Bab 5

Romance Completed 4298

"Yes dah siap" ujar Nysa sendirian. Nysa kelihatan begitu anggun dengan mengenakan blouse berwarna ungu berseluar putih dan mengenakan shawl berwarna putih. Dia mengenakan sedikit solekan dimukanya. Nysa mengambil handbagnya lalu turun menuju ke bawah kerana Fikri dah berjanji ingin membawa dia keluar. Abg Fendi yang melihat adiknya bongsunya begitu cantik mencuit Pn.Nor disebelah. Pn.Nor melihat anak bongsunya yang begitu cantik menegur "Adik nak kemana lawa lawa ni?". "Haa adik nak pergi mana lawa kemain anak ayah ni"ujar En.Sabri. Nysa yang kena puji terasa bahang mukanya kerana malu. "Adik nak keluar kejap ayah. Fikri nak bawak pergi dinner". "Em ptutlah lawa kemain adik abg ni nak pergi dating rupanya" kata Fendi. "eihh mana ada lawa biasa je" begitulah sikap Nysa dia selalu merendah diri baginya kecantikannya adalah anugerah dari allah. Ciptaan Allah begitu indah sekali. Kedengaran orang memberi salam. "Assalamualaikum". "Takpe biar abang fadil buka" ujarnya setelah berdiam diri melihat kecantikan adiknya itu.
"Oh kau rupanya Fikri,masuklah Nysa dah siap lawa kemain princess abang tu" ujar Fadil
"haha terima kasih"
Fikri melangkah masuk kedalam bersalam dengan Fendi dan En.Sabri.
"Pakcik saya nak minta izin bawa Nysa keluar boleh" kata Fikri
"Boleh tapi jangan balik lewat. jaga anak pakcik elok elok tau" kata En.Sabri
"Baik pakcik kami pergi dulu. Assalamualaikum".
"waalaikumusalam"

"Sayang cantik sangat malam ni" ujar Fikri. Nysa tersipu malu bila dipuji oleh Fikri. "Hish ayang nie mana ada biasa je. ayang nak bawak pergi makan dekat mana ?". Fikri mengenyitkan matanya lalu berkata "rahsia". Nysa hanya mampu mencebikkan mukanya sahaja. Setiba di restoran tersebut Fikri membawa Nysa ke meja yang telah dia tempah. Mereka duduk disitu sambil memerhati permandangan yang indah sekali. "Cantik" itulah yang terkeluar dari mulut Nysa selepas teruja melihat pemandangan pantai dan meja yang telah dihiasi dengan bunga rose yang ditaburi sepanjang jalan. Fikri memandang ke arah Nysa. "Jangan pernah tinggalkan ayang, walau besar mana dugaan mendatang tolong tetap disisi ini" ujar Fikri sambil merenung ke dalam mata Nysa. Fikri merenung mata yang ada didepannya mencari kekuatan untuk terus mencintai Nysa menerima Nysa sepenuh hatinya. "Sayang takkan pernah tinggalkan orang yang sayang sayang,tak mampu diri ini untuk berdiri tanpa ayang disisi sayang. Insyaallah, sayang akan sentiasa ada disisi ayang. sayang akan pergi seandainya ayang yang minta sayang pergi dari hidup ayang" ujar Nysa. Terdiam Fikri mendengar kata kata Nysa .
"Boleh ayang tanya sesuatu ?"
"Boleh" kata Nysa sambil tersenyum.
"Berapa banyak sayang sayang dan cintakan ayang ?"
"Sayang sayang ayang berapa banyak cukup Allah sahaja yang tahu sebab kalau sayang bagitahu ayang tak terkira banyak dia". "Ayang pula " kata Nysa.
"Ayang mampu cakap ayang takut untuk kehilangan sayang. Berapa banyak cukup hanya ayang yang tahu". Nysa maafkan aku. Aku cuba untuk sayang kau tapi aku masih lagi mencuba. Ya Allah maafkan aku kerana memberi harapan kepada dia kata Fikri dalam hatinya. Sebenarnya cinta dan sayang itu ada dalam dirinya cuma dia tidak dapat rasa kerana hati dia terlalu mengharap kepulangan si dia. Semoga terselit satu kebahagian untuk Nysa dan Fikri suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience