Bab 3

Romance Completed 4298

Suasana di lapangan terbang begitu sibuk sekali. Dalam kesibukan itu terlihat sepasang kekasih yang harus berpisah. "Saya kena pergi awak. Saya kena kejar cita-cita saya. Bukan saya tak sayangkan awak, tapi keadaan harus saya putuskan hubungan saya dengan awak. Saya sayangkan awak Fikri. Awak lelaki pertama yang buatkan saya rasa apa itu cinta. Berat hati saya untuk berpisah dengan awak. Tapi demi impian saya, saya terpaksa lepaskan awak. Andai ada jodoh kita. Kita akan bertemu kembali Fikri". Fikri hanya mampu diam seribu bahasa. Aku sayangkan kau Shaa. Kenapa perlu kau pergi sejauh ni. "Kenapa awak buat saya macam ni? penting sangat ke impian awak dari hubungan kita shaa?" kata Fikri. "Awak saya terpaksa buat semua keputusan ini. Saya sayangkan awak. Sampai bila pun tetap sayangkan awak. Saya pergi untuk kejar cita-cita saya". Terdengar suara yang memanggil "Tashaa we have to go now". Tasha tersenyum kepada Fikri sambil meletakkan tangannya kedada Fikri sambil berkata "Jaga hati ini buat saya. Sematkan nama saya dalam hati ini. Sampai masa saya akan kembali kepada awak. Yakin kepada takdir allah" sambil menitis airmata Tasha. "Baiklah , saya tunggu awak walau berapa tahun pun. Hati saya nie cuma untuk awak seorang sahaja. Andai hilang perasaan sayang itu untuk awak, Jangan salahkan saya mungkin allah takdirkan awak bukan tulang rusuk saya" kata Fikri. Tasha tersenyum lalu melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Pergilah kau, aku disini sentiasa mendoakan kebahagian kau. Fikri berkata di dalam hatinya sambil menahan pedihnya rasa hati. "Andai ada rindu akan aku salurkan melalui doa" kataTasha di dalam hati.

Fikri melangkah keluar dari lapangan terbang menuju ke keretanya. Dalam keadaan yang serabut Fikri terus melangkah tanpa melihat ke depan. Dengan tiba-tiba sebuah kereta yang bergerak laju hampir melanggar Fikri, Fikri pada saat itu terkedu merasakan dirinya bakal dilanggar merasakan dirinya seperti ditolak. Fikri tercampak ke tepi jalan bersama dengan seorang gadis. Fikri melihat ke arah gadis itu. "Kau nie nak bunuh diri ke apa?!" kata gadis tersebut. Fikri yang tidak tahu apa-apa hanya senyap. Lidahnya Kelu melihat gadis itu. Beraninya gadis itu menyelamatkan aku. Dari mana datangnya. Wajahnya cantik sekali. Mata bulat, bibir merah bak delima, dan kulit dia putih cerah. Muka yang tanpa secalit make up. Subhanaallah indahnya ciptaanMu. "Kau okey tak? Dah kenapa senyap ?" kata gadis tersebut setelah dia melihat lelaki itu hanya memandangnya tanpa kata. "Aku okey. Terima kasih sebab selamatkan aku. Kalau takde kau maybe aku dah dekat hospital sekarang. Terima kasih sekali lagi" ujar Fikri kepada gadis tersebut. Gadis itu hanya mengangguk lalu ingin berlalu pergi. Fikri melihat terus menahan gadis tersebut. "Eh kejap nama kau siapa ?" kata Fikri. "Nama aku Nysa and kau ?" . "Saya Fikri" . Semenjak kejadian itu mereka jadi rapat sehinggalah sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience