Bab 77

Romance Completed 1276668

Jam menunjukkan pukul 4 petang.
Syed Adam berdiri di tepi tingkap bilik VVIP yang menempatkan adiknya Syed Arman, dia sendiri sudi untuk menunggu adiknya sedar, memberi ruang kepada Babahnya untuk bersama anaknya, anak yang dia tidak pernah terfikir kewujudannya.
Dia tenggelam di dalam syahdu yang tidak bersyarat. Dia tahu semua ujian ini bukan untuk Babahnya, bukan juga untuk adiknya, Syed Arman, tapi untuk dirinya juga.
Dia bukan budak budak, dia sudah tahu untuk berfikir, dia tahu kesakitan uminya, dia tahu derita uminya, dia tahu kerana peristiwa itu, uminya sudah tidak lagi dapat berfikir dengan bijak.
Dia tahu kesalahan uminya, tetapi dia juga tahu ketidakadilan babahnya dalam menangani uminya.
Bertahun tahun uminya cuma melihat jasad ayahnya yang tidak pernah punya perasaan. Dia pernah mendengar cara percakapan ayahnya dengan uminya. Suara ayahnya memang lembut, tetapi tiada secebis cinta pun yang melekat di dalam cinta itu.
Cinta itu sudah kosong.
Cinta itu sudah tidak bernyawa
Cinta Babahnya sudah tidak punya apa apa.
Selama bertahun tahun, Babahnya cuma menyalahkan uminya di atas apa yang terjadi kepada ibu Syed Arman, juga menyalahnya uminya di atas semua yang terjadi pada Syed Arman.
Babahnya tidak pernah tahu apa yang umi rasa, apa yang umi alami, apa kesakitan umi.
Syed Adam tahu normal manusia biasa tidak akan bertindak seperti uminya, manusia yang sempurna tidak mungkin akan menyeksa anak kecil dan berniat untuk membunuh Syed Arman semasa adiknya itu masih kecil.
Jiwa lemah uminya yang bertindak begitu, dia tahu itu.
Mak Zah pernah bercerita tentang tangisan uminya apabila pertama kali tahu tentang kecurangan suami, tentang pernikahan rahsia Babahnya.
Mahu tidaknya, wanita secantik ibu Syed Arman menjadi madunya, dibandingkan dengannya yang berbadan rendah dan berisi, juga berkulit hitam manis.
Isteri mana yang boleh berdiam diri apabila melihat madunya yang tinggi lampai, cantik dan juga berhidung mancung. Dia dapat melihat mata suaminya yang bersinar apabila memandang madunya.
Mengikut cerita Mak Zah, uminya hampir pengsan apabila melihat Babahnya makan berdua bersama bersama seorang wanita cantik di restaurant di mall yang kebetulan uminya keluar untuk berjumpa dengan Doktor yang merawat migrainnya.
Lebih menderita apabila dia mendapat tahu wanita itu adalah madunya dan dirinya telah dimadu oleh suaminya.
Mak Zahlah yang merawat uminya apabila uminya hampir membunuh dirinya, apabila uminya menjerit jerit histeria di biliknya. Uminya seperti hilang pedoman apabila dia merasa sangat di khianati oleh suaminya.
Uminya tidak keluar bilik selama beberapa hari, apabila Babahnya tidak balik beberapa hari dengan alasan outstation.
Waktu itu Syed Adam berumur 9 tahun, walaupun dia tidak faham, tetapi tangisan wanita yang melahirkan dia itu sangat meruntuh jiwanya.
Dia masih ingat tentang itu…
Selepas beberapa hari, uminya keluar, tetapi jiwanya uminya berubah, dia seperti bersemangat, dia seperti dapat roh lain. Mak Zah juga takut melihat cara uminya bercakap, mata uminya meliar, seolah olah dia ingin membalas dendam untuk semua penderitaannya.
Bertahun tahun dia melihat perubahan kehidupan keluarga, dia memilih untuk mengikut alunan takdir Allah, kerana dia pasti tahu Allah adalah terbaik, yang Maha Tahu, yang Maha Merancang, pasti ada kesudahan yang baik untuk cerita mereka.
Apa yang dia buat selama bertahun adalah menjalankan tugas sebagai anak sulung kepada Syed Awaludin, dan menafikan kedukaannya sendiri.
Setiap hari juga, dia akan memastikan dia meluangkan masa bersama uminya, mengaji bersama, makan bersama, membersihkan uminya, memandikan uminya dan memastikan uminya tidak terasa keseorangan.
Walau jahat hati uminya, dia tetap memastikan jiwa uminya terisi dan uminya terasa di sayangi. Dia pernah bercakap dengan uminya tentang apa yang berlaku, dia meminta uminya memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menyakitinya, dia pernah merayu sambil menangis kepada uminya, agar uminya dapat melayan Syed Arman dengan baik, kerana adiknya tidak bersalah.
Tetapi apa yang dia tahu, uminya tidak pernah rasa bersalah, uminya tidak pernah rasa menyesal, sampaikan uminya pernah membalingkan mangkuk bubur ke dinding hanya kerana dia bercakap tentang Syed Arman.
Sedari itu, dia bertekad untuk melayan adiknya dengan baik. Dia akan memastikan adiknya peroleh kebahagian, adiknya dilindungi daripada anasir jahat dari uminya.
Bila tiba masanya, dia akan berterus terang tentang apa yang dia telah perbuat untuk memastikan adiknya bahagia. Walaupun di mata adiknya, dia seperti seorang abang yang menurut semua kemahuan Babahnya, tetapi dia punya plan sendiri untuk melindungi adiknya.
Dalam cerita mereka, Sharifah Teha adalah anak yang paling kasihan dan terpinggir kerana kelahirannya tidak pernah di dendangkan, dia juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada uminya.
Sharifah Teha di besarkan oleh Mak Zah, wanita yang di lantik oleh Babahnya untuk mengurusi rumah tangganya, membantu isterinya. Urusan kerja rumah adalah di bawah tanggungjawab orang gaji tetapi kekadang uminya memperlakukan Mak Zah juga seperti orang gaji.
Mengikut sejarah keluarga mereka, uminya juga pernah cemburukan Mak Zah, pernah menghalau Mak Zah hanya kerana Mak Zah menyediakan makan malam kepada babahnya lewat pagi, walhal umi sendiri tidak bersedia untuk mengurusi Babah seperti Mak Zah.
Jadi…
Syed Adam fahami kesan dan perlakuan uminya memberi impact yang besar kepada keluarga mereka. Dia juga fahami Babahnya, jadi dia bertindak untuk menjadi anak yang baik, dia tidak akan sesekali memberi masalah kepada Babahnya.
*****************************
Kesejukan bilik di hospital itu tidak memberi sedikit ketenangan pun kepada Syed Arman, terlalu banyak perkara yang berada di dalam fikirannya. Otaknya seperti mahu pecah kerana berfikir semenjak dia sedar dari pengsannya beberapa minit yang lalu.
Semasa dia membuka matanya beberapa minit yang lalu, dia melihat abangnya menangis ditepi tingkap, tangan abangnya laju menyapu airmata di pipinya. Dia menyaksikan abangnya seperti tenggelam di dalam kesedihan yang tiada bertepi.
Dia sayangkan abangnya, sangat sayangkan abangnya. Dia tahu kehadirannya ke dalam hidup abangnya telah menukar corak pemikiran abangnya.
Dia tahu itu, dia sangat tahu kesengsaraan abangnya.
Kini, ingatannya telah kembali, Allah SWT kembalikan kesemuanya, kerana setiap detik dan saat, dia ingat kesemuanya.
Syed Arman bingkas bangun daripada katilnya, tiada apa apa wayar yang melekat pada badannya, dia tahu otaknya yang tidak dapat menerima ingatannya, kerana itu dia menjadi lemah dan menjurus kepada kelam matanya semasa dia melihat darah yang banyak mengalir di dahi isterinya.
“Abang, aku minta maaf, hidup aku dari aku kecik sampai besar tak pernah senangkan abang, selalu buat abang susah, aku minta maaf,” dengan perlahan dia bangun dan mencapai tangan Syed Adam dan menciumnya.
Syed Adam terkejut apabila terasa tanganya di capai kuat dan Syed Arman memeluknya erat. Dia membalas pelukan adiknya, mengosok belakang adiknya agar dapat bertenang.
“Arman duduk dengan Abang sekejap boleh, dalam 30 mins, sebab abang tahu Arman dah ingat semua, sebab dalam tidur tadi Arman mengigau sebut nama Lisa, berkali kali Arman minta untuk Lisa tidak pergi,” Syed Adam menjarakkan pelukan adiknya dan mendudukkan adiknya di sofa di sebelah tingkap itu.
“Kenapa abang nak aku stay for 30 mins? Aku nak tahu keadaan Lisa sebab aku nampak banyak darah tadi. Lisa ok ke bang?,” Syed Arman menapak ke katilnya untuk mencapai telefonnya.
“Lisa dah keluar dari bilik OT dalam 15 mins lepas. Babah update abang sekejap tadi. Lisa ok, masih kat ICU, tapi doctor kata stabil. Abang nak Arman tenang diri kejap, sebab doctor kata Arman masih lemah lagi,” suara Syed Adam lembut, nada yang sama dia gunakan selama bertahun tahun.
Dia tidak pernah berkasar dengan adiknya, walaupun dia dalam keadaaan marah sekalipun.
“Abang, aku ada sesuatu yang cakap, something yang abang tak pernah terfikir aku buat,” Syed Arman membetulkan kedudukannya, mengadap abangnya yang selalu baik dengannya.
“Sebelum kamu beritahu abang, abang nak minta tolong sesuatu, abang harap kamu sudi tolong abang,” suara itu tegas, tetapi dalam keadaan yang seperti terdesak.
“Abang tidak mahu kamu mengangap abang pentingkan diri sendiri, tetapi abang perlu berkata agar abang tidak rasa bersalah pada umi. Kalau dalam ingatan kamu, umi yang menyebabkan kamu kemalangan dan kamu hampir mati, abang nak kamu maafkan umi. Abang merayu kerana dia satu satunya umi yang abang ada. Walaupun dia jahat, dia tetap wanita yang melahirkan abang, wanita yang bertarung nyawa sebab lahirkan abang,”
“Semua ini hanya permintaan abang. Kalau kamu rasakan kamu perlu bawa umi ke balai polis, abang tidak membantah, kerana abang pernah dengar Babah bercakap dengan Uncle PI, selepas kamu ingat semula, Babah akan humban kan umi ke penjara. Sebagai anak, abang tak sanggup melihat wanita yang lahirkan abang dalam kesakitan. Abang sayangkan umi,” suara itu perlahan, dia tahu dia pentingkan diri sendiri, tetapi dia perlu berkata begitu kepada Syed Arman.
Syed Arman mencapai tangan abangnya dan mengosok perlahan. Dia tahu abangnya seorang anak yang baik, dia tahu itu.
“Mungkin minggu depan, Babah akan hantar umi ke banglo yang Babah baru beli, di Terengganu. Babah dah siapkan semuanya. Umi akan melalui process pemulihan di sana. Arman takkan jumpa umi lagi,” dia menambah lagi, dia tahu Babahnya akan menjauhkan Syed Arman dengan uminya.
“Abang….kau fikir jauh sangat, aku takkan buat begitu pada umi. Dia yang merana kerana perbuatan ibu aku, jadi bukan semua salah umi. Ya..aku dah ingat semuanya. Apa yang berlaku di Fraser Hill, bagaimana aku tercampak ke gaung di kuala kubu baru. Banyak rahsia yang akan aku ceritakan nanti. Buat masa sekarang, kita bertenang dulu. Tapi aku takkan setuju dengan Babah untuk humban umi ke penjara, tetapi Babah kena pastikan tangan dan kaki umi tidak bertindak seperti sebelum ni, kot nanti banyak nyawa yang terkorban. Kita setuju dengan Babah dulu, bawak Umi ke Terengganu, dah Babah kena pastikan umi tidak akan keluar dari banglo itu, Babah kena jauhkan umi dari persekitaran sekarang, kerana semua cerita hari ni akan membuat umi bertindak. Aku cuma nak cakap, umi tu bahaya, dia akan berbuat apa sahaja agar dendam dia terbalas, sampai membunuh dia sanggup,” Syed Arman bercakap dengan teratur, perlahan lahan agar abangnya tidak salah faham.
Syed Adam tersenyum pahit, dia faham apa yang di maksudkan oleh adiknya. Dia juga dapat mengagak yang kemalangan yang menimpa Syed Arman adalah perbuatan uminya.
“Thanks Arman, abang akan pastikan umi tidak akan dekat dengan Arman dan Lisa,” Syed Adam memeriksa teleponnya apabila mendengar ada text yang baru masuk.
~Kami nak jumpa Arman dulu, you kena make sure Arman tak jumpa Lisa. Try lengahkan dia. I dah called Doktor sekejap tadi, I dah block semua visitor termasuk your father. I akan sampai ke hopital dalam masa 2 jam from now~
Syed Adam membaca text itu berkali kali, dia faham maksud itu, tetapi bagaimana dia harus menahan Syed Arman daripada melihat Nurlisa.
“Abang, Kinah yang pukul Lisa. Aku tak nampak dia pukul, sebabaku terserempak dengan Kinah kat lift, tangan dia penuh dengan darah,” Syed Arman bangun dari sofanya dan berdiri mengadap abangnya.
“Kinah tu bahaya bang, kena buat report polis tu, nanti dia apa apakan Lisa pulak,” Syed Arman melangkah ke pintu untuk mencari isterinya.
“Arman, Babah text kata Lisa kat ICU, no visitor allowed. Babah pun tak boleh masuk. Family dia call hospital untuk block semua visitor. Kita stay kat sini kejap, sementara Babah cari jalan untuk jumpa Lisa,” Syed Adam terpaksa berbohong kerana text yang masuk sebentar tadi bukan dari Syed Awaludin.
“Abang, aku nak jumpa Lisa. Gila ke block semua visitor. Family dia belum tahu apa hubungan aku dengan Lisa. Aku minta maaf abang, apa aku cakap ni buat kau terkejut. Lisa tu isteri aku. Masa aku tinggal kat Arau dulu, aku dah berkahwin dengan dia. Dia isteri aku bang,”
Syed Adam mendengar dengan jelas setiap bait perkataan yang keluar dari bibir adiknya, dia memandang adiknya dengan wajah yang sayu bercampur terkejut dengan berita yang di bawa adiknya.
“Kenapa abang tak terkejut? Atau abang dah tahu, lepas tu simpan sendiri?,” Syed Arman kepanasan apabila melihat abangnya tenang.
“Kamu rilex dulu, abang faham hati dan perasaan kamu. Sabar kejap, Babah tengah usahakan something. Abang bersyukur sebab kamu dah ingat, kesian Lisa selama ni menderita sebab kamu. Abang dah agak, something happened between kamu dengan Lisa, sebab the way Lisa pandang kamu itu macam bukan biasa biasa,” Syed Adam berkata perlahan, apabila melihat adiknya yang berjalan mundar mandir di bilik itu.
Dalam mereka tenggelam di dalam perasaan masing masing, kedengaran pintu di ketuk dari luar.
“Arman, dah bangkit dah, alhamdulilah, Allah mendengar doa Babah,” Syed Awaludin masuk ke bilik dan memeluk anaknya erat. Dia merasa Syed Arman mengeraskan badannya, seperti sedang jiwanya didalam ketegangan.
“Babah, Arman nak jumpa Lisa. Adam dah cakap, family Lisa blocked semua visitor,” Syed Adam menjawab bagi pihak Syed Arman apabila melihat kedutan di wajah Babahnya.
“Sabar Arman, Lisa dah depan mata kita, dia dah lepas waktu kritikal. Babah tengah usahakan untuk dapat phone number family dia sekejap tadi. Dalam masa sejam dorang sampai. Lepas jumpa kita semua, dia akan izinkan. Arman duduk dulu, kamu pun lemah lagi,” Syed Arman mendengar suara Babahnya yang sedikit lemah.
Syed Arman masih diam membisu, dia tidak tahu apa yang harus dia memberi respon kepada Babahnya.
“Babah bersyukur sebab Arman dah sihat, Babah rasa ringan, terlepas semua beban dalam jiwa Babah. Maaf sebab Arman kena tempuh semua ni, Babah yang salah,” Syed Awaludin masih memeluk anaknya, walaupun dia tidak mendapat balasan pelukan dari anaknya.
Syed Adam sudah memberitahu Syed Arman sudah ingat semula, jadi dia sangat bersyukur.
Selepas Syed Arman mendengar ucapan Babah, dia memeluk Babahnya kemas, dia seharus bersyukur kerana Babahnya menjaganya, selalu melindungi dirinya.
“Arman minta maaf, Arman banyak buat Babah risau, Arman selalu susahkan Babah, Arman anak yang jahat. Arman buat Babah rasa bersalah. Arman minta maaf Babah, maafkan Arman,” di dalam ingatannya, dia teringat Babah yang selalu melindunginya.
“Ammar, kamu boleh masuk,” Syed Awaludin melepaskan pelukan anaknya.
Dia harus menghabiskan tugasannya untuk hari ni, dia harus menemukan mereka, dia tidak lagi mahu bertangguh.
“Assalamualaikum,” Ammar Ziyad muncul di sebalik pintu bilik VVIP itu.
Syed Arman memandang ke arah suara itu, dia melihat wajah yang pernah dia temui, di Resort Hendon. Dia masih ingat wajah yang merawatnya ketika dia sakit di resort itu bersama Nurlisa.
Ya..dia masih ingat kerana wajah itu yang muncul ketika dia di dalam kesakitan yang amat sangat.
“Adam, Arman, ini Babah kenalkan, Syed Ammar Ziyad, adik lelaki bongsu kamu berdua. Adik kandung Arman, anak kepada ibu Arman,” Syed Awaludin memegang bahu Ammar Ziyad dan meluruskan kedudukan di hadapan Syed Adam dan Syed Arman.
Mereka saling berpandangan..
Kelu..
Senyap..
Sunyi..
Ammar Ziyad mencapai tangan Syed Adam dan menciumnya. Dia memeluk abang sulungnya, abang yang dia tahu kewujudannya dari jauh.
Syed Adam membalas pelukannya, dia dapat merasa getaran dada Ammar Ziyad. Anak muda itu kelihatan mengigil di dalam suhu aircond yang sejuk itu.
Ammar Ziyad beralih ke Syed Arman, dia mencapai tangan abang kandungnya, mencium dan memeluk abangnya. Dia dapat merasa badan abangnya yang mengeras, tidak memberi respon kepada pelukannya.
“Wait, kau doctor kat Resort Hendon kan? Bermakna wanita yang bersama kau malam itu adalah ibu, kan?,” Syed Arman meruap kepalanya kasar
Ammar Ziyad menganguk perlahan, dia dapat mendengar desahan nafas abangnya.
“ Ya Allah, Arman dah jumpa ibu, tapi Arman tak kenal ibu masa itu. Allahuakbar….,” dia mencapai bahu adiknya dan memeluk kemas.
Syed Awaludin dan Syed Adam memerhati tingkah laku Syed Arman.
Kali ini airmata mereka bergenang, mereka tidak dapat menahan tangisannya.
“Babah, ibu masih cantik, sama macam dulu, tapi ibu dah pakai tudung, ibu masih kurus macam dulu, wajah ibu masih macam dulu, suara ibu juga lembut macam dulu, Arman berdosa pada ibu” dia melepaskan pelukan adiknya dan meraut wajahnya.
“Maksudnya, Arman dah jumpa ibu, kat mana?,” Syed Awaludin pulak hilang rasa apabila melihat Syed Arman menangis tersedu sedu dan mengadap wajahnya di dinding bilik itu.
“Babah, biar Am cerita. Babah masih ingat kan masa ambulan ambik abang kat Resort kat Janda Baik. Resort itu adalah Resort Ibu, Ibu dah tukar nama ke Hendon Binti Abdullah, untuk mengelak dari Abah. Masa abang dengan Kak Lisa datang tu, hari dah malam, jadi ibu beri abang dan kak Lisa tinggal di family resort. Malam itu abang jatuh bilik air, Am datang sebab ibu minta Am check abang. Abang ok masa tu, until ada orang datang ambik abang, and tinggalkan Kak Lisa sorang. Ibu tak cam abang sebab malam, tapi ibu tengok registration details, sebab ibu plan nak buat kek kat tetamu. Dari situ ibu tahu tetamu kat resort dia adalah Abang Arman, yang dia rindukan bertahun tahun,” Ammar Ziyad duduk di sofa itu, dia tiada berdaya untuk berdiri.
“Arman, Babah minta maaf, Babah yang salah pisahkan Arman dengan ibu, Babah penting kan diri sendiri,” sekali lagi Syed Awaludin meminta maaf, rasa bersalah tiada bertepi, dia sudah tidak malu untuk meminta maaf, walaupun berkali kali.
Syed Arman memandang adiknya, dia terkedu apabila melihat seseorang yang sangat mirip dengan dirnya. Cuma adiknya kelihatan lebih sempurna, percakapan, cara berdiri dan cara mempamerkan dirinya.
Syed Adam berdiam diri, dia memberi ruang kepada mereka untuk bercakap, meluahkan rasa gundah dan derita selepas bertahun tahun berpisah.
“Terimakasih Ammar sebab jaga ibu, selama bertahun tahun abang berdendam dengan ibu sebab abang ingat ibu lupakan abang. Maaf Ammar, sebab abang tak kenal Am, tak kenal ibu. Selama ini abang hidup dalam kesakitan sebab abang rasa ibu sudah lupakan abang,” suara tangisan Syed Arman jelas di telinga mereka.
Jelas terdengar sendu sedan itu dan mereka yang lain juga mengesat airmata.
“Ibu tak pernah lupakan Eyad, sehari pun tak pernah lupa. Ibu pun minta maaf sebab tak cari Eyad, tak berusaha mencari Eyad, lepas itu ibu melarikan diri. Ibu minta maaf,”
Dunia berhenti, dunia mereka berhenti apabila mendengar suara lunak itu kembali menyinggah ke telinga Syed Arman dan Syed Awaludin.
Semua memandang ke pintu, mencari di mana suara itu bermula.
Syed Adam terpegun melihat kejelitaan wanita separuh umur itu, dia bersetuju wanita itu seperti wanita inggeris yang punya class tersendiri.
Syed Arman memandang ke pintu, dia menerpa tubuh ibunya, badannya terus terlurut ke bawah untuk mencium kaki ibunya.
Tangisan Syed Arman mengila, dia memeluk lutut wanita itu tanpa segan silu.
Puan Embun terduduk di lantai beralas carpet mahal di bilik mewah itu. Dia menangis semahu mahu sambil mencium pipi anaknya.
“Eyad minta maaf, ampunkan Eyad. Hidup Eyad menderita kerana Eyad berdendam dengan ibu, Eyad minta maaf, ampunkan Eyad, jangan jauhkan syurga dari Eyad. Eyad rindu ibu, Eyad sayang ibu,” percakapan di dalam tangisan itu meruntuh jiwa.
Puan Embun masih duduk, dia memeluk anaknya yang sekian lama di rindui.
“Ibu tidak pernah marahkan Eyad, tiada apa yang harus ibu maafkan. Eyad anak yang baik, Eyad anak yang solehah. Ibu tahu Allah akan melindungi anak ibu,” Ammar Ziyad datang untuk menangkat ibunya ke sofa.
“Abang, Am bawak ibu ke Sofa, sebab ibu penat ni, ibu datang dari Kuantan sebab ada urusan di sana,” Syed Arman masih memeluk ibunya. Semasa ibunya bangun ke sofa, wajahnya masih di lengan ibunya, dia tidak mahu melepaskan.
“Anak ni pasti Syed Adam kan? Terimakasih sebab jagakan Arman untuk Ibu. Arman beruntung punya abang yang baik,” Puan Embun menyapa Syed Adam yang kelihatan mengelap airmatanya.
Syed Adam datang dekat dengan Puan Embun dan menyalaminya. Dia mencium tangan wanita hebat itu.
Kini dia tahu kenapa Babahnya jatuh cinta dengan wanita cantik ini.
“Eyad membesar menjadi pemuda yang kacak ya, sama dengan Am. Alhamdulilah, Allah menemukan anak anak ibu yang hebat. Ibu sangat gembira,” Puan Embun mencapai tangan Ammar Ziyad dan mendudukkannya di sebelahnya.
Di dalam kekalutan itu, dia baru sedari ada orang lain di dalam bilik itu, yakni bekas suaminya Syed Awaludin.
“Maaf abang Awal, saya tak perasan abang ada kat sini. Abang apa khabar? Maaf kalau kedatangan saya menganggu keluarga abang. Selepa saya berjumpa Lisa, saya akan pergi dari sini,” Puan Embun terkejut apabila melihat kedutaan di mata Syed Awaludin dan rambutnya juga sudah memutih.
Syed Arman memandang ibunya apabila mendengar cara percakapan ibunya seperti masih berkecil hati dengan Babahnya.
Syed Awaludin menapak ke sofa dan mengambil tempat di hadapan bekas isterinya.
“Abang bersyukur sebab Allah memberi peluang untuk berjumpa dengan Embun. Allah mendengar doa abang walaupun banyak dosa yang abang buat,” suara itu perlahan, dia seperti menahan perasaannya.
“Abang minta maaf, untuk semua dosa abang. Kita settlekan hal anak anak dulu, abang perlu bercakap berdua dengan Embun,” matanya tidak lari daripada menatap wajah bekas isterinya, wajah yang menyimpan maaf selama bertahun tahun.
Puan Embun memberi senyuman paling manis untuk lelaki yang pernah menjadi suaminya. Dia tidak mahu lagi menyimpan dendam.
“Eyad, selama Lisa menghilang, dia tinggal di resort ibu. Ibu yang menjaga Lisa, menantu ibu. Tadi Am kabarkan berita tidak baik pada ibu. Sebab itu Ibu datang sini untuk melawat menantu ibu. Ingatan Am dah ok? Ada apa apa tentang Lisa yang Am ingat?,” perkataan menantu yang keluar dari mulut Puan Embun itu mengundang kerutan di wajah Syed Awaludin, tetapi tidak yang lain.
Syed Arman menganguk perlahan, kepalanya masih di lengan ibunya.
“Maaf kalau saya membuatkan yang lain tertanya tanya. Lisa adalah menantu saya, isteri kepada Syed Arman. Mereka berkahwin hampir 6 tahun. Selepas berkahwin 2 bulan, Eyad kemalangan dan lupa tentang dia sudah beristeri,”
Syed Arman memeluk ibunya kemas, dia beryukur kerana ibunya yang menerangkan kepada Babahnya.
“Abang Awal jangan salahkan Eyad, dia tidak bersalah, perkahwinan mereka sah, cuma sesuatu berlaku dan Lisa terpaksa sendirian kerana suaminya tidak ingat dirinya, tapi alhamdulilah, semua dah kembali ke asal. Mulai saat ini, Eyad kena bertanggungajawab pada isterinya,” suara tegas ibunya menyinggah ke telinganya
Dia bahagia, kerana ada ibu yang memarahinya.
Dia gembira kerana ada ibu yang menunjuk jalan.
Dia tenang kerana ada ibu yang menyayangi dirinya.
Dia memeluk bahagia itu.
Syed Awaludin mendiam diri, dia memandang Syed Adam dan anak lelaki sulungnya itu menganguk perlahan.
Kini dia tahu dia yang terakhir tahu, tetapi tidak mengapa, dia bahagia apabila melihat kemanjaan Syed Arman dengan ibunya.
“Sharifah Sakinah accident, kereta dia terbabas di highway Seremban. Kereta dia hancur. Tak tahu apa yang jadi dengan pemandu kereta,” Syed Adam berkata perlahan, apabila dia membca text message daripada Sharifah Teha.
BERSAMBUNG

Share this novel

Intan Dan Zamri
2021-04-29 19:05:13 

Lambatnya update. Seminggu sekali pn payah. Lambat la habis citer ni

Suzila Bt Ahmad Sulikin
2021-04-24 11:23:01 

bilr nak update, tertunggu²....

Suzila Bt Ahmad Sulikin
2021-04-23 01:01:10 

best...teruja baca...update plisss


NovelPlus Premium

The best ads free experience