T.I.G.A

Other Series 1833

Menulis ni perlukan tanggungjawab. Sebab tu dalam bab-bab sebelum ini. Saya mengingatkan kamu semua dan diri saya jugak tentang bertanggungjawablah dengan apa yang kita tulis. Jadi, kali ini lebih kepada bagaimana nak menjadi penulis yang bertanggungjawab.

1. Buat kaji selidik (research)
Setiap apa yang kita tulis kalau nak memberi hadis ke, fakta sejarah ke atau gosip sekalipun. Haruslah kita membuat selidik sikit. Sama ada ia benar atau tidak.

? Contoh, macam hadis atau ayat Quran, kita tak boleh sewenangnya buat rumusan dengan pemahaman kita. Salah tau.

? Contoh kedua, sejarah. Terengganu adalah negeri pertama di Tanah Melayu. Atau Alor Gajah di negeri Perlis. Jadi, kalau tak pasti. Google atau bertanya okay. Begitu juga dengan bahagian perubatan dan segala cabang yang ada. Tak pasti jangan tulis.

? Gosip ni kita pastikanlah, selitkan juga kata-kata positif juga kalau nak guna pasal gosip tu. Contoh, artis tu bercerai berai dan kita sebagai penulis katalah penceraian ini satu langkah yang akan menyakitkan banyak pihak dan kita tak pun berada di tempatnya. Malah, setiap kes punya berlainan kisah. Jadi, kita jaga kisah kita okay?

2. Lebihkan banyak membaca.

? Bacalah karya orang lain juga. Mana tahu kat situ kita juga boleh belajar benda lain.

? Bila banyak membaca, kita punya banyak idea. Baca saja apa-apa yang ada. Mungkin pasal kisah benar, berita dunia ke atau apa saja. Mana tahu bila kita dapat idea yang baik dan meletop. Hehehe.

3. Kawal perasaan bila sedang menulis.

? Dulu ada seorang pensyarah saya di Universiti dulu pernah cakap kawal perasaan bila menulis. Sebab kita mungkin akan tertulis benda yang tak patut dan dalam satu karya kita ada banyak karakter. Ingat sebagai penulis kita banyak jadi karekter lain selain diri sendiri bila menulis. Fuhhh penat kut. Hehehe.

? Kadang-kadang kita tak perasan perasaan kita ketika itu mempengaruhi penulisan kita. Jadi, kawal emosi okay. Nanti cerita seram jadi sedih pulak.

4. Yakin dengan cerita/karya kita.

? Kita je tahu pergi mana cerita kita semua ni. Watak mana nak dimatikan. Watak mana yang boleh berubah. Semua atas kita. Seronok kan jadi penulis?

5. Bertanggungjawablah dengan apa yang kita tulis.

? Jangan sesekali menciplak idea orang lain. Kalau rasa nak ikut juga tapi ubah sikit. Boleh je kita kreditkan kat orang tu. Contohnya; Karya saya ini diolah sedikit daripada cerita Ada Apa Dengan Cinta. Ataupun, karya saya diinspirasi daripada karya Siti Rosmizah. Contoh tau.

? Tulislah benda yang baik-baik. Yang boleh bawa pengajaran untuk semua orang.

Apa yang saya tulis di sini tiada kena-mengena dengan sesiapa. Ini hanyalah catatan ringkas saya kepada diri saya dan kepada sesiapa yang menerima. Jika ada salah sepanjang saya bagi tips atau ada benda nak tegur. Boleh saja komen di bawah atau email di . Jangan lupa cc kan pada Art.

Terima kasih,

Art,
Content, NovelPlus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience