D.U.A

Other Series 1833

Format asas menulis secara digital dan semestinya terutama di NovelPlus.

1. Jangan tekan enter jika perenggan itu bukan perenggan baru. Kerana nanti bila dah publish kedudukan dia tak berapa kemas. Dan semua kena ingat perenggan yang kemas semestinya tak menyakitkan mata.

2. Gunakan hanya satu titik tanda noktah atau tiga tanda noktah (.) atau (...)
Janganlah gunakan dua atau empat atau sepuluh. Guna saja satu atau tiga. Tiga tu pun dah cukup banyak. Dan ini adalah peraturan asas dalam penulisan.

Tidak hanya tertakluk pada tanda noktah tapi merangkumi apa saja tanda baca dan tanda yang ada semasa menulis. (,) (!) (?)

3. Gunakan (") ini sebagai dialog. Bukan yang ini (').

4. Cliffhanger sangat penting. Ini adalah untuk membuatkan pembaca menjadi tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Jadi, penulis perlu buat cerita tergantung sikit. Ini untuk cerita full content ataupun cerita pendek.

5. Jaga ejaan. Ejaan yang betul membuatkan pembaca rasa mudah untuk membaca. Bukan itu saja, malah anda semua telah mengajar pembaca secara tidak langsung. Ejaan asas seperti barang berjenama atau nama khas seperti WhatsApp, WeChat, Telegram.

Huruf besar dan huruf kecil juga penting.

Okay itu saja untuk harini. Bersama-samalah kita belajar untuk menuju lebih baik. Tulis yang baik-baik dan semoga kita dapat yang baik-baik. Serta bertanggungjawablah dengan apa yang kita tulis.

Terima kasih.

Art,
Content, NovelPlus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience