SEPI. Angin sejuk bertiup dengan kuat di tengah malam yang sunyi dan sepi. Jarum jam menunjukkan sudah hampir pukul 12.Ditambah pula dengan biasan cahaya kilat yang memanah bumi menyebabkan rumah yang gelap-gelita menjadi terang-benderang. Angin kuat menyebabkan langsir-langsir turut berkibar-kibar ditiup angin. Sesekali bunyi guruh berdentum selepas petir memancar.
BAM!!
Satu dentuman guruh berbunyi. Bunyi guruh itu lebih kuat dari sebelumnya.
Seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 12 tahun tersedar dari tidur nyenyaknya dek kerana terdengar dentuman guruh yang kuat.Tekaknya mula terasa haus. Dia terus bangun daripada katil empuk yang ditiduri dirinya.Dirinya segera menuju ke arah dapur.
Suasana malam yang gelap dan sunyi sesekali menakuti dirinya. Seram sejuk dirasa dia.Namun,perasaan itu ditolak mentah-mentah. Dia terus memberanikan diri untuk turun dari tangga menuju ke arah dapur.
"Liyana.." kedengaran satu suara sayup-sayup memanggil dirinya tapi diendahkan.
"Liyana...." suara itu mulai lagi kedengaran. Lebih kuat daripada sebelum ini tetapi masih sayup-sayup.
"Umaira..." masih lagi sayup-sayup,namun kali ini dia tidak mengendahkan suara itu.
Liyana memusingkan badan ke belakang terus mendekati dan mencari suara yang memanggil dirinya. Dirinya yang merasa haus terus membatalkan niatnya menuju ke arah dapur apabila mendengar suara itu.
Dia memberanikan diri menuju ke arah ruang tamu kosong dan gelap di hadapannya. Suara yang sayup-sayup semakin kedengaran suaranya.
Sesampainya liyana di ruang tamu kosong itu. Cahaya kilat terus menembusi cermin tingkap. Melihatkan dua kujur tubuh yang sangat dikenali dia seakan-akan sudah tidak bernyawa lagi.
Liyana segera mendekati dua kujur tubuh. Badannya mula menggigil ketakutan melihatkan darah yang mengalir keluar dari perut, muka dan kepala lelaki itu. Manakala, wanita disebelahnya turut sama terbaring mengeluarkan darah yang banyak mengalir keluar daripada kepala dan beberapa lebam pada bahagian badan tapi masih boleh mengeluarkan kata-katanya.
Air mata mula bergenang. Air mata mula mengalir mengenai pipi dan seterusnya jatuh ke bawah mengenai muka lelaki yang kelihatannya sudah tidak bernyawa lagi. Esakkan semakin kuat tanpa sesiapa di sisi untuk menemani.
"Li..yana hu..maira.."sekujur tubuh wanita di sebelahnya memanggil nama penuhnya.
Liyana segera memalingkan muka dan tubuhnya ke arah wanita di sebelahnya. Terus dia melihat ke arah wanita itu. Kepalanya terus ditundukkan. Tubuh wanita yang terbaring itu dipeluk perlahan. Dia tidak peduli dengan darah yang akan melekat di bajunya.
"Maaf.. kan mama, say..ang"perlahan suaranya diucapkan, tangan kanannya dikuatkan untuk angkat lalu mengusap lembut kepala anaknya.
Liyana hanya mendengar sambil menangis teresak-esak.
" Kenapa ma? Kenapa? Jangan minta maaf, mama tak salah. Kenapa mama minta maaf? Umaira tak faham, apa dah jadi ni? Tolong,tolong jangan tinggalkan umaira. Umaira dah takde siapa-siapa lagi ma. Papa dah takde. Macam mana umaira nak hidup tanpa ma dan pa?" bertubi-tubi soalan dan kata-kata diselang-selikan dengan esakkan yang kian sebak.
" Umaira.. maafkan salah silap mak, te..terus..kan hi..dup"mata terus dipejamkan, tangan yang mengelus lembut kepala liyana dihentikan.
"Ma.. Ma.. Ma..mama?"berkali-kali dia memanggil wanita dipelukkannya.
Pelukan terus dilepas. Liyana memandang mamanya. Jari diletakkan di bawah lubang hidung. Hembusan nafas tiada. Terus meletakkan tangan ke bahagian jantung. Tiada detakan jantung. Liyana memegang tangan mamanya. Sejuk.
"Ma! Mama!!!"Liyana menjerit kuat tanpa didengari sesiapa bersama esakkan demi esakkan yang menjadi semakin kuat dan kuat.
Dia menangis teresak-esak seorang diri apabila melihat tubuh mama dan papanya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Liyana kembali memeluk mamanya. Pelukan diperkuatkan. Papanya yang terbaring di sebelah turut dipeluk dengan kuat.
"Mama, papa, macam mana umaira nak teruskan hidup tanpa mama papa di sisi umaira. Umaira dah jadi sebatang kara.Tolong umaira.Umaira tak kuat. Tolong" liyana berdialog sendirian ditemani air mata yang masih mengalir laju ke pipi serta hujan yang tiba-tiba turun dengan lebat.
Assalamualaikumm, Thank you baca novel terbaru saya<3
Share this novel