HOODIE hitam disarung ke badan. Gadis itu mulai berjalan keluar dari rumah. Lantas, menuju ke arah kereta hitam yang diparkir di depan rumah. Dia masuk ke dalam badan kereta. Kunci kereta dikeluarkan. Pintu ditutup.Dia mulai memandu keluar kereta dari perkarangan rumah.
Lampu isyarat menunjukkan warna merah. Kereta diberhentikan seketika. Gadis itu meraba-raba kocek di hoodienya. Dirabanya kedua-dua belah sisi.
"So, ini alamat rumah kau ye?"
Sekeping gambar rumah dipegang. Lantas melihat rupa rumah itu. Bahagian belakang gambar dilihatnya. Alamat rumah itu terlihat.Lampu isyarat kembali hijau. Gambar di letakkan di lubang tepi pintu kereta.Kereta dipandu semula.
****
Panggilan disambungkan semula.
"Ha, dapat pun! Assalamualaikum, hello dik" terdengar suara seseorang yang serak-serak basah suaranya di hujung telefon.
"Waalaikumusalam, Hahaha! Ye ngah ni adik, angah sihat?" Jawab aidan.
"Alhamdullillah, sihat. Adik, mummy daddy okay?"
"Okay je, masih sihat. Alhamdullillah. Kenapa angah tak telefon je diorang?"
"Dah telefon dah. Tak berjawab. Busy agaknya." keluhnya perlahan.
"Angah balik Malaysia bila? Lama lagi ke kat France tu? Mummy tak sabar nak kenalkan calon menantu dia tu kat angah. Hahaha" tawanya dihujung ayat.
"Eh! Ada-ada jelah kau ni dik. Yelah tu mummy cakap macam tu.Inn sha allah, hujung minggu ni maybe angah dapat balik"
Aidan tergelak kuat. Aidan kembali menyambung percakapan.
"Angah tak nak tanya pasal along ke?" sambungnya semula.
Lelaki tersebut terdiam sebentar. Suasana di telefon menjadi kaku secara tiba-tiba.
"Okaylah dik bye! Angah busy, kirim salam kat mummy daddy"
Panggilan diputuskan.
"Hello, hello, Angah, hello angah! Hello"
Berkali-kali aidan memanggil lelaki tersebut dihujung telefon. Namun masih tidak ada suara yang menjawab. Aidan melihat telefon di tangan.
"Dah letak? Awal, haish" keluhnya perlahan.
Ding dong! Bunyi loceng rumah berbunyi.
****
Terlihat seorang lelaki menangkap gambar pemandangan-pemandangan di france sambil berdiri. Sesekali dia melihat gambar-gambar yang diambil pada kamera yang tergantung di leher dan dipegang.
Puas dirinya mengambil gambar. Bangku yang berada berdekatan di duduk dirinya. Kamera di leher dipegang. Gambar-gambar di kamera kembali dilihat semula.
Sebuah gambar di kamera ditatap. Gambar tersebut menunjukkan gambarnya bersama seorang lelaki yang lebih tua darinya saling berpeluk bahu satu sama lain. Entah bagaimana gambar itu boleh terselit itu pun dia tidak tahu.
"Kau dah tau benda tu salah! Tapi kau tetap nak buat kau ni kenapa?!" bentak lelaki itu.
Pasu kaca yang berada di atas meja ditepis kuat dirinya. Bukan setakat pasu sahaja. Barang-barang yang lain di atas meja juga turut terjatuh sekali.
"Kau tau apa?! Kau tak faham, serious aku cakap! Kau tak akan faham apa yang aku rasa!"terus direntapnya kuat kolar leher lelaki di hadapan.
"Ye, aku mengaku! Ye memang aku tak faham kau! Tapi, itu tak menjadi penghalang untuk aku nasihat kau, Aiden. Kau tu abang aku! Dan aku tak nak salah satu daripada keluarga aku jadi penjenayah!" dia menolak kuat lelaki itu.
Kolar leher yang direntap tadi segera diperbaiki.Aiden yang ditolak terus badannya terhentak ke dinding.
" Heh? Penjenayah? Kesah apa aku? Janji aku puas! Dendam aku terbalas! "tawanya di hujung ayat.
" Kau! Kau tak kisah ke tentang aku, aidan, mummy and daddy? Don't you love us? Aku. Aku tak kesah sangat kalau kau tak kisah kan pasal aku tapi. Please, aku merayu kat kau. Tolong jangan hampakan mummy daddy. Aku taknak diaorang sedih. Dan pasal Aidan.." rayunya perlahan.
" Ah! Kisah apa aku! Aidil, kau dah lupa ke dengan apa yang kau dah buat pada aku? Aku rasa kau tak lupa kan? "lelaki itu berdiri kembali.
Kerusi yang berada di situ segera diduki aidil. Rambut dikusutkan. Meja dihentak.
" Arghh! Benda tu dah lepas kan! Yang kau nak pusingkan hal tu balik kenapa?! "
" Lepas? Kau jangan ingat aku bodohlah Aidil hisyam. Aku tau kau masih ada.."
"Enough! It's all enough! Go! Pergi! Berambus! Berambus dari sini! Jangan kau tunjuk muka kau!" jerit lelaki tersebut.
Aiden menjeling tajam aidil sebelum meninggalkan biliknya. Pintu dihentak kuat. Beng!
****
Suasana menjadi tegang. Aidan terkesima melihat sekujur tubuh wanita di hadapannya. Terus perasaannya bercampur baur. Serasa bagai mau lari pun ada.Tapi tidak boleh. Takut pun ada. Suka pun ada. Bermacam-macam dirasai dirinya tatkala melihat gadis di hadapan. Ya, benar. Gadis yang selama ini dia nantikan. Liyana humaira.
"So, can i come in your house?" soal gadis di hadapan.
Aidan yang dari tadi terpaku melihat gadis di hadapan terus tersedar mendengar suara gadis itu.
"yeah, sure. Get in"
Gadis tersebut memasuki rumah tersebut. Terus dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Wait, you tunggu kejap. I ambil air"
"Ok, but before that, do you remember me,
aidan hakeem?"
Assalamualaikum, Maaf lambat. Sis busy dengan assignment <3 Gomene minna :3 Te hee!
Share this novel