PROLOG

Young Adult Completed 90037

AMIR menelan liurnya yang terasa kelat. Dia sudah agak, berurusan dengan penjenayah memang tiada jujurnya. Tetapi, dia sudah tiada pilihan lain. Dia hanya diam dan tidak melawan supaya keadaan tidak bertambah keruh.

Ketua samseng memberi arahan kepada pengikutnya. Kali ini mereka bersenjatakan senapang pula. Amir dan Salina diawasi oleh dua orang bersenjatakan senapang itu sementara ketua samseng berdiri di tepi sungai menunggu sesuatu.

Beberapa minit berselang, sebuah lagi bot tiba. Bot dari Thailand dan mereka berurusan menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh Amir, kemungkinan juga Salina.

Rupa-rupanya bot itu sudah tersedia dengan dadah dan senjata api yang diseludup dari seberang. Nilainya RM1 juta! Syahir dibawa keluar dari bot itu sambil diawasi dengan senapang oleh orang-orang samseng dari Thailand. Syahir amat terkejut melihat Amir di situ.

“Bravo, good job! Kawan kesayangan kau pandai berurusan. Job besar! Tak sia-sia kau serah diri pada aku. Aku offer kau join aku, kau tak mahu. Kau hanya mahukan perempuan tu saja! Kau tak nak jadi kaya! Ha! Ha! Ha!” Ketua samseng ketawa besar melihat Syahir yang baginya bodoh kerana menolak tuah.

Ketua samseng mengalihkan pandangannya melihat Amir.

“Ini kawan kesayangan kau. Aku nak duit aku, atau ...” Kali ini muncung senapang pula diacu ke kepala Syahir.

Syahir yang masih terkejut melihat kelibat Amir di situ bertambah terkejutnya apabila mengetahui ada wang tunai yang telah disediakan. Dia langsung tidak menyangka bahawa Amir telah berjaya menyediakan wang sebanyak itu kerana dia telah ditawan oleh samseng sebelum Amir sempat memaklumkan padanya tentang wang tunai tersebut.

Syahir merasa amat berang kerana dia telah ditipu dan dipergunakan hidup-hidup, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana hujung senapang betul-betul berada di kepalanya.

Amir mengambil sebuah lagi beg berisi separuh lagi wang tunai yang disorokkan di belakang semak. Beg itu diserahkan kepada ketua samseng dan sekali lagi ia dikira satu per satu sehingga selesai. Ketua samseng disergap gembira yang bukan kepalang. Urusannya hari ini sangat berbaloi dan keuntungannya berlipat kali ganda.

Sebelum meninggalkan tempat itu, ketua samseng mengarahkan pengikutnya supaya tidak melepaskan mereka bertiga lagi. Ikatan di tangan Salina dileraikan. Salina memeluk erat tangan adiknya.

Dia dapat merasakan tidak semudah itu mereka akan dilepaskan, apatah lagi setelah semua kegiatan mereka telah terbongkar. Tidak mungkin mereka akan meninggalkan saksi. Syahir turut merasakan hal yang sama. Semua terdiam memikirkan jalan keluar.

‘Ya Allah, jika di sini pengakhiran hidupku, bagaimana dengan ibuku?’ Tubuh Amir dihujani peluh dingin. Dia mencium ubun-ubun kakaknya dengan penuh kasih sayang.

Ketua samseng menghampiri Amir. Dipandangnya Amir bersama rasa dendam bersulam amarah. Terbayang-bayang di layar matanya mayat abangnya yang mati ditembak oleh ibu kedua beradik ini.

Hutang darah akan dibayar darah!

Insya-Allah bab-bab lainnya akan diupdate sentiasa memandangkan novel ini sudah completed manuskrip penuhnya

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-09-01 20:25:23 

sentiasa fffffffff


NovelPlus Premium

The best ads free experience