BAB 5

Fanfiction - KPOP Completed 1468

3 tahun kemudian.........

" Mana Aera ni. Minhyuk tak kan buat persediaan kahwin kalau tak ada adik kesayangan Minhyuk " ucap Minhyuk kepada appa nya dengan hati nya yang resah.Minhyuk atau pun nama panjang nya Bang Minhyuk adalah abang kepada Aera.

" Sabarlah kejap lagi dia datang lah tu " jawab appa nya tenang.

Kebetulan pula di situ adanya RM, Jin, Suga, Jhope, Jimin, V dan Jungkook. Sebenarnya semasa mereka bersekolah sama dengan Aera mereka sudah menjadi boy band grup iaitu BTS.

Kedengaran bunyi tayar kereta seperti bunyi kereta drift di litar lumba kereta. Bunyi kereta tersebut datang daripada kereta Honda CRV yang menuju ke Bang Si HyukTuan kereta tersebut memparkingkan keretanya di depan rumahnya. Seorang perempuan berbaju kulit berjenama mahal berwarna hitam keluar dari perut kereta tersebut. Semua orang di dalam rumah melihat perempuan tersebut masuk ke dalam rumah. Minhyuk tersenyum lebar lalu memeluk permpuan tersebut.

" Pahal Aera lambat datang. Aera tau tak oppa rindu Aera " ucap Minhyuk selepas memeluk adiknya.

" Tadi jalan sesak. Maklunlah orang tu kan kahwin time orang lain cuti umum. Kan orang tu dah kene tunggu kite " perli Aera. Dia saja membuat hati oppa nya panas.

Mulai hari ini Aera belajar di Universiti di Seoul sahaja. Tidak sanggup Aera ingin berulang alik dari Busan ke Seoul.

" Tak pe lah kalau Aera nak perli oppa ke kutuk oppa ke, asal kan adik kesayangan oppa ni ada time oppa kahwin nanti " ucap Minhyuk dengan matanya sudah berkaca.

Dia akui yang dulu dia sangat anti dengan Aera. Pantang berjumpa bagai anjing dengan kucing. Tapi setelah Aera menyambung belajar di Busan, dia bosan kerana tiada kawan gaduh.

" Asal oppa ni, oppa tak yah lah touching sangat " Aera juga ingin nangis apabila melihat mata oppa nya berkaca.

" dah dah tak payah nak drama sangat " halang Bang Si hyuk sambil menarik telinga kedua dua anak nya itu. RM dan kawanya tergelak

" alah appa ni kitaorang baru nak lepaskan rindu " mereka mengadu kesakitan. Bang Si hyuk melepaskan tangan nya dari telinga mereka. Tidak lama selepas itu, Aera menyalam tangan insan yang pertama dia sayang.

" Aera, nanti ikut oppa dengan suzy unnie pergi tengok baju kahwin " pinta Minhyuk sambil tersenyum manis.

" Bayar la. Tak ada duit, Aera tak nak tolong kau " ucap Aera sambil tayang muka nakal. Semua orang dalam rumah itu ketawa dengan ugutan nakal Aera.

Aera menoleh ke arah tetamu yang duduk di sofa ruang tamu rumah nya. Aera terkejut kerana tetamu tersebut adalah rakan sekelas nya dulu. RM dan kawan nya tersenyum manis ke arah Aera.

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience