'kkrrriiinnnngggg........'
Bunyi loceng menandakan sesi persekolahan bermula. Hari ini adalah tahun 2013 iaitu tahun terakhir Aera bersekolah di situ. Aera masuk ke kelas bersama kawan kawan nya iaitu Jisoo,Jennie,Rose dan Lisa. Sebelum masuk ke kelas dia sempat membuli budak junior.
Di dalam kelas
"woi..bla..aku nak duduk kat sini" Aera berkata dengan nada mencari gaduh.
"kau pahal..tetibe datang pastu suruh bla" marah Jihyo.
"bagi je lah tempat duduk kau tu kat aku..banyak pulak cekadak kau ni" Aera menjawab sambil tangan nya menolak kasar bahu Jihyo.
"ai kau..nak gaduh ke..tolak ii bahu orang pulak" tengking Jihyo.
"kalau gaduh pun,nanti ade orang tu nangis" ejek Aera sambil tangan nya membuat gaya persis budak kecil nangis.
Jihyo terasa dengan usikan Aera lalu menolak Aera sehingga Aera jatuh. Aera bingkas bangun dan menolak Jihyo kembali. Mereka bergelut sesama sendiri.
"kau yang mulakan dulu kan?" marah Jihyo sambil tangan nya menarik rambut Aera.
Aera menarik kembali rambut Jihyo. Selepas itu Aera menarik kolar baju Jihyo. Mereka menjadi tontonan rakan sekelas. Bukan sahaja rakan sekelas, murid dari kelas lain juga turut melihat aksi tumbuk menumbuk kedua dua musahan ini.
Share this novel