Chapter 1

Drama Series 2028

"Jangan pernah berputus asa jika menghadapi masalah,kerana setiap titisan air hujan yang jernih berasal daripada awan yang gelap." Begitulah anggapan aku dalam kehidupan ini. Aku dibesarkan dalam keluarga yang serba serbi sederhana. Alhamdulillah aku bersyukur atas kurniaanmu tuhan. Bapa dan ibuku dikurniakan 5 orang anak,1 lelaki 4 perempuan dan aku anak yang ketiga dari 5 adik beradik. Dulu keluarga aku,adalah keluarga yang penuh riang gembira suasana rumah penuh dengan kegembiraan tapi apakan daya,jodoh bapa dan ibuku tidak berpanjangan.
Bapa dan ibuku bercerai atas kemahuan hati masing-masing tanpa ada sebarang masalah. Benarlah kata orang,jodoh maut semua ditangan tuhan. Bapa dan ibuku boleh dikatakan menjalani hubungan jarak jauh dari start aku berumur 13 tahun. Aku dan adik-adikku dibesarkan dan dijaga oleh bapaku selama ibu balik ke kampung atas sebab mempunyai gerai makan kerana tanah ibu telah disewa oleh company oil and gas untuk pemasangan paib. Dari situ,ibu mula berubah. Ibu tidak pernah balik ke rumah kami setelah ibu membuka gerai makan disana. Aku dan adik-adik mulai kurang perhatian seorang ibu. Kami ditinggalkan oleh ibu pada usia muda.
Aku berumur 13tahun pada masa ibu tinggalkan kami dengan bapa. Setiap kali ada majlis permuafakatan atau majlis izin ilmu atau majlis yang berkaitan dengan bapa dan ibu,aku mula rasa aku anak yatim piatu. Aku cemburu akan kawan-kawanku yang setiap kali ada majlis,ibubapa mereka akan datang bersama dengan mereka tetapi aku? ibuku jauh dan bapa pula kekadang busy dengan kerja. Jadi aku biasakan diri dan menganggap diri aku adalah malang. Dan aku sentiasa terfikir akan nasib diri aku dan keluarga.
Semakin hari,semakin aku mula berubah. Sikap aku yang happy go lucky mula berubah kearah yang kasar dan perwatakan yang tidak baik. Aku mula kasar dan lebih suka bergaul dengan lelaki. Aku mula belajar mengenali erti cinta monyet. Aku bergiat aktif dalam permainan futsal,aku tidak perduli akan aku diejek oleh makcik-makcik bawang. Aku jadi liar,setiap kali masuk kelas,aku akan disuruh berdiri atas kerusi atau meja kerana melawan kata cikgu. Aku juga bergiat aktif dengan aktiviti luar salahsatu terjebak dengan tarian shuffle.
Aku mengenali seorang lelaki yang bernama Yengki yang beragama non muslim. Yengki adalah salah seorang dari kumpulan lelaki shuffle. Yengki seorang lelaki yang berkulit sawa matang,mata bulat,kening tebal dan mempunyai hidung mancung. Maklum lah Yengki lelaki yang berbangsa Kelabit mix Bidayuh. Aku mengenali Yengki dalam jangka masa yang singkat. Aku tidak tahu makna atau maksud bercinta. Tetapi dalam aku mengenali Yengki,aku tidak berubah satu pun sikap aku yang kasar seolah-olah aku adalah lelaki. Aku akan keluar dating bersama Yengki pada waktu petang selepas habis sekolah. Selepas waktu sekolah,aku akan bersiap untuk berjumpa dengannya.
Dan pada suatu petang,aku pulang dari sekolah,aku membuka handphone dan membaca massage dari Yengki,bahawa Yengki meminta putus denganku atas sebab aku kasar dan dia mengatakan,dia seolah-olah bercinta dengan lelaki. Aku redha tanpa menitis air mata apapun. Sepanjang aku berhubungan dengan Yengki,aku selalu ditipu dan aku pernah dapati dia mempunyai wanita lain,tetapi aku hanya berdiam diri sahaja. So bagi aku,lelaki seperti Yengki tak perlu ditangisi kerana aku tidak rugi apa-apa pun.
Sewaktu aku berumur 15 tahun,aku mula berubah menjadi wanita tulen. Aku mula merubah pakaianku. Aku mula buang sifat kasarku. Aku berubah setelah aku diputuskan oleh Yengki. Aku masih bergiat aktif dalam futsal malah aku mula bergiat aktif menjadi olahragawati iaitu mewakili sekolah dalam acara lari 100m,200m,lompat jauh, dan larian berganti-ganti. Dan pada satu hari,aku menerima satu pesanan dari number yang tak dikenali. Aku diganggu dan terus diganggu dengan panggilan dan pesanan. Dan bila aku bertanya dari mana dapat number,dia mengatakan bahawa kawan aku memberi number telefone aku kepadanya. Chat punya chat,baru aku tahu bahawa dia adalah ex classmate aku semasa aku berumur 13 tahun yang bernama
Ung Kai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience