Chapter 2

Drama Series 2028

Aku menerimanya sebagai teman lelaki aku setelah sekian lama single. Aku terima permintaan Ung Kai,bagi aku hanyalah untuk suka-suka. Aku mula berhubungan dengan Ung Kai yang berbangsa cina tetapi mempunyai kulit hitam manis. Sepanjang aku mempunyai hubungan dengan Ung Kai,dia tidak pernah menolak apa yang aku mahu malah dia turutkan apa yang aku mahu. Aku mewakili sekolah untuk bermain futsal,dia sentiasa support aku dan sentiasa bersama aku digelanggang sepanjang game berlangsung.
Tapi,hubungan aku dengan Ung Kai mula retak setelah aku dapati bahawa dia mempunyai wanita lain,janda anak 1. Wanita itu yang menghantar pesanan kepadaku dalam ayat yang tidak menyenangkan. Aku disumpah tidak sedar diri dan dianggap perempuan murahan kerana menganggu hubungannya dengan Ung Kai. Setahu aku,aku yang patut marah kerana Ung Kai tidak pernah memberitahu mengenai perempuan itu. Aku redha dan aku mengalah kerana buat apa bergaduh sesama perempuan atas sebab berebut lelaki. Aku mulai kembali single.
Aku hanya berkawan sahaja setelah aku dipermainkan 2 kali. Setelah hujung tahun persekolahan,aku dan rakan sekelas membuat party perpisahan dirumah aku dan didatangi oleh guru-guru yang rapat denganku. Kami menyambut dengan penuh kegembiraan. Keesokkan harinya,aku berjalan bersama kawan classmate aku yang bernama Cheng Wei Seng berbangsa cina. Kami hanyalah kawan biasa. Aku berjalan dengannya dengan menunggang motorcycle. Kami berjalan menyukat pekan Marudi dengan motosikal sambil tengok permandangan.
Puas berjalan, Cheng akan menghantar aku terus pulang kerumah. Pada jam 8 malam,aku dipanggil oleh bapa ku kerana ada sebuah motorcycle ex5 hitam kehulur kehilir dihadapan rumah aku dan bapa memberitahu bahawa itu adalah kawan aku yang pernah datang ke party perpisahan itu. Aku turun dan menyapa mereka dan betul sangkaan bapa bahawa mereka adalah kawan sebaya dengan aku,Amirul dan rakannya. Aku menanya kepada mereka atas apa tujuan datang kerumah,rupanya Amirul dan rakannya ingin membawa lepak bersama. Aku memberitahu mereka bahawa aku belum mandi lagi. Aku menyuruh mereka pulang dahulu dan datang balik setelah aku selesai mandi.
Aku menghantar pesanan kepada Amirul yang aku telah selesai mandi. Setelah beberapa minit pesanan dihantar,bunyi ekzoz ex5 Amirul pun menyelebungi dihadapan rumah aku. Aku membawa adikku lepak bersama mereka. Lepak punya lepak akhirnya,Amirul dan rakannya meminta diri untuk pulang kerana khuatir dimarahi oleh bapaku. Setelah sampai rumah,aku dapati ada pesanan baru dari number yang tak dikenali. Pesanan tersebut berbunyi "Hai,blh saya berkenalan dgn awk". Aku menanya kan soalan kepadanya,dari mana dapat number aku dan dia mengatakan "saya yg tadi kawan Amirul yang ddk lepak sama dgn awk td". Dengan serta merta,aku menghubungi Amirul dengan nada marah atas kerana memberi number telefon aku tanpa memberitahu.
Amirul menceritakan kisah sebenar dan tujuan sebenar mereka datang kerumah aku kerana rakanya hanya ingin melihat aku dari jarak dekat dan menanyakan bahawa aku masih single atau tidak. Amirul memberitahu bahawa rakannya ingin berkenalan dengan aku. Dan aku hanya balas pesanan rakannya dengan hati terbuka. Balas punya balas pesanan,akhirnya rakan Amirul memberitahu bahawa dia ingin mengajak aku menjadi kekasihnya. Aku memberitahunya beri aku masa untuk berfikir kerana aku tidak mahu dipermainkn seperti sebelum ini. Setelah seminggu kemudian,dia menghantar pesanan memberitahu bahawa dia kecewa kerana aku tidak layan dan menghantar apa-apa pesanan kepadanya. Dia menganggap aku menolak permintaannya.
Aku terima permintaannya dengan alasan yang sama semasa aku bercouple dengan Ung Kai. Aku hanya terimanya atas suka-suka. Aku mula mengenalinya dan dia perkenalkan dirinya sebagai Jijan. Jijan berbangsa islam. Jijan adalah anak angkat,menurut keturunan dalam ic,Jijan adalah keturunan India. Jijan adalah India mix Bidayuh mix cina. Jijan mempunyai mata yang besar,hidung yang mancung,kening yang tebal,bibir yang seksi dan berkulit putih. Rupanya,Jijan adalah classmate aku dari sekolah rendah lagi. Jinan adalah ank angkat kepada guru besar sekoalh rendah aku dahulu. Wow kecil sungguh nya dunia. Waktu sekolah rendah dahulu,aku palingg benci dengan Jijan nie. Mana tak,mentang-mentang dia ank guru besar,suka hati jer dia buat apa yang dia suka. Setiap kali aku buat sesuatu perkara mesti ada jer xkena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience