Rate

Bab 2

Romance Series 3627

¤¤¤

Selepas buku tebal tadi diperiksa oleh Pengetua Sekolah,aku dan Mia pulang ke kelas lalu melihat jika Cikgu Jasmin sudah masuk ke kelas atau belum.Nasib kami baik apabila mengetahui bahawa Cikgu Jasmin cuti bersalin.

"Fia..Awak pergi mana tadi?Puas saya cari tau!"kata Finaz manja.Aku tersenyum.
"Buat apa cari saya?"soalku lalu tertawa kecil.

"Buat saja-saja"balasnya ringkas.
"Dah agak!"aku dan dia tertawa.

"Finaz?Cikgu Fauzi suruh awak ke pejabat."kata Ranz yang teragak-agak untuk bercakap apabila tahu yang Finaz sedang berbual.Sopan pula.

"Alaaa..Nak apa lagi cikgu tu?Kecoh jer..By the way,thanks bagitahu"kata Finaz lalu melambaikan tangannya ke arah aku

"Bye,Fia"katanya lalu keluar dari kelas.

"Erm..Awak..Na-nama awak apa eh?"soalnya tergagap-gagap.
"Sofia Eliza.Panggil Fia jer..Oh ya Ranz.Orang apa eh?"soalku sambil tersenyum.

"Mak saya orang Itali.Ayah saya orang Malaysia."jawab dia lalu mulutku dibentuk menjadi huruf 'O'

"Ayah awak orang mana?"soalku lagi.
"Orang Johor."sebaik sahaja dia berkata begitu,Cikgu Ross masuk.

Salam diberi lalu mata pelajaran terakhir iaitu Fizik bermula seperti biasa.

¤¤¤

Tring!!Bunyi loceng menandakan waktu balik.

"Fia.Awak boleh ke balik ni?Basikal awak kan pancit.."Mia kerisauan melihat aku yang baru sahaja keluar dari sekolah.

"Saya boleh balik laa..Ini Sofia Eliza lah."kataku lalu menolak basikalku.

"Awak dah kata macam tu jadi saya pergi dulu lah ye?Tata!"kata Mia lalu motorsikal yang ditunggangnya memecut laju.

Aku kekal menolak basikal ke rumahku.Kelihatan sebuah kereta Vampire hitam berhenti di tepiku.

Cermin kereta diturunkan.Terpacul wajah Ranz.

"Tak penat ke?Rumah awak kat mana?Boleh saya hantarkan?"soalan Ranz terpacul keluar satu demi satu tanpa sempat aku jawab.

"Eh takpe lah.Rumah saya kat depan tu jer."kataku lalu meneruskan tolakan aku tadi.
"Marilah saya tolong.Basikal awak tu boleh letak kat seat belakang"Ranz senyum manis lalu keluar dari perut kereta.

Basikalku diletakkan di seat belakang manakala aku disuruh duduk di depan.
"Tak kotor ke kereta awak ni?"soalku namun Ranz masih memandu.

"Takpe.Rumah awak yang warna merah ni eh?"soalnya dan aku mengangguk.Kami keluar dari perut kereta lalu Ranz berjalan ke seat belakang dan memberikan basikal aku kembali.

"Saya pergi dulu eh?Selamat tinggal."Ranz berlalu pergi tanpa sempat aku mengucapkan terima kasih.

"Budak tu..Nasib aku tak cair"omelku lalu masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience