Rate

Bab 1

Romance Series 3627

Aku duduk di atas kerusi lalu cuba untuk lelapkan mata di atas meja.Cikgu Fauzi tak dapat hadir kerana dia sedang menghadiri khursus.Mia yang berada di sebelahku sedang membuat kerja sekolah dengan tekun sekali.Pembetulan!Meniru sebenarnya.

Tok!Tok!Tok!

Semua pelajar menoleh ke arah pintu dan melihat Cikgu Fariz yang diikuti oleh seorang pelajar.

"Kelas ni akan terima pelajar baru.Nama dia Ranz Haiqal.Sila beri tunjuk ajar kepadanya.Finaz!Carikan dia tempat duduk."ujar Cikgu Fariz lalu Finaz selaku Ketua Tingkatan menyuruh Ranz untuk duduk di hadapannya kerana sebelum ini pelajar yang duduk di situ sudah pindah.

Cikgu Fariz keluar dari kelas.Kelas yang tadi sepi kini menjadi terlalu sepi namun terdengar bisik-bisikan beberapa orang pelajar.

Aku bangkit dari kerusi diikuti Mia.Ditanganku telah tersedia sebuah buku yang tebal.

"Nama awak Ranz Haiqal.Umur dan kelas dah tahu.Ada nombor telefon?"soalku sambil mengisi biodata pelajar baru tadi.
Dia mengangguk lalu membisikkan nombor telefonnya di telingaku.Tak selesa.

"Sign kat sini ya?"ujarku lalu Ranz terus mencapai pen yang aku beri.Aku ucapkan terima kasih pada dia dan duduk semula di atas kerusiku.

"Mia,nanti awak teman saya ke pejabat untuk hantar buku ni lepas rehat ni ya?"ujarku sambik tersenyum manis.

"Baiklah.Lepas tu awak tolong saya buat kerja sekolah tau?"kata Mia sambil mengemas buku-bukunya.Aku hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience