Bab 39

Romance Completed 1280357

Di bilik mesyuarat di restaurant itu
Mereka memulakan makan tengahari selepas Danish menyelesaikan membaca doa. Kelihatan muka Syed Arman kusut dan kelat itu mengundang suasana tidak ceria, apatah lagi dia duduk bersebelahan dengan Nurlisa.
Demi menceriakan keadaan daripada suasana yang sangat tegang, Nurlisa memanggil pelayan restoran yang memesan air untuk Syed Arman. Sedari tadi Syed Arman merajuk, apabila ditanya tentang minuman, dia hanya mengeleng kepala.
“I nak order dua tea o ais limau, tea nipis dan less sugar. Limau tu letak 3 ya,” Syed Arman memandang Nurlisa apabila kedengaran Nurlisa memesan air seperti dia selalu pesan apabila berada di restauran, kerana dia seperti kehairanan apabila Nurlisa tahu tentang air kegemarannya.
“Sayang, you order for me, right? How you know exactly my favorite drink?,” Syed Arman berhenti makan dan memegang tangan Nurlisa. Dia teruja apabila Nurlisa seperti tahu dia merajuk dan juga sangat perlukan minuman. Dari tadi dia hanya makan tanpa minuman.
Nurlisa menolak tangan Syed Arman lembut dan membisikkan ke telinga Syed Arman.
“Boss, rambut you kusut masai, lepas tu baju depan you terbuka, lepas tu kat bibir you ada nasi, lepas tu janganlah pegang I kat depan dorang. Nanti dorang fikir yang bukan bukan,” suara dari keluar dari bibir Nurlisa kedengaran sangat seksi, lunak dan penuh lemak.
Syed Arman tidak sempat membalas bisikan Nurlisa apabila terdengar suara Syed Adam berdehem beberapa kali.
Nurlisa menghulurkan tisu kepada Syed Arman, tetapi Syed Arman mendekatkan mukanya ke arah Nurlisa. Untuk tidak menjatuhkan air muka Syed Arman, dia mengelap bibir Syed Arman lembut dan mengunakan jarinya untuk memastikan bahagian bibir itu bersih.
Syed Arman terkesima dengan perlakuan Nurlisa, dia tidak sangka Nurlisa memegang bibirnya di hadapan Syed Adam. Selama yang dia tahu, Nurlisa sangat menjaga batas di depan CEO Endah Holdings itu.
Sekali lagi Syed Adam berdeham, di ikuti oleh Sharifah Teha, Danish cuma tersenyum dengan respon spontan dari dua beradik itu.
Syed Arman menjeling tajam Syed Adam, mengacau waktu dia mahu beromantis dengan Nurlisa. Apabila Nurlisa berada dekat dengannya, jiwa lelakinya kacau bilau. Bau badan Nurlisa mengoncang jiwanya. Dia mula tidak keruan apabila baju Nurlisa tersentuh dengan bahunya apabila Nurlisa mengambil lauk di meja itu.
“Lisa, abang I tu manja, mengada gada then suka merajuk, entah entah dia saja kotorkan bibir dia, sebab nak minta you bersihkan,” Sharifah Teha menambah garam ke dalam jelingan itu.
Mereka saling tersenyum memandang muka Syed Arman yang sudah kelat.
Apabila pesanan air minuman sampai, Syed Arman terus mengambil dan menghirup dengan laju. Dia tersenyum bahagia.
“Sayang, rasa dia sama, how you know?” soalan yang tadi tidak berjawab dan dia mengulangi lagi sekali.
“Tak sure pulak boss, but itu favorite drink someone yang I kenal dulu. Alhamdulilah, kena pulak dengan tekak you,” kenyataan itu mengundang pandangan Syed Arman ke arah Nurlisa. Nurlisa tersenyum manis kepada Syed Arman.
“You hutang I cerita pasal tu, right?,” Syed Arman meletakkan sudu dan menarik tangan Nurlisa ke bawah meja. Dia memegang kemas dan kejap. Dia terasa Nurlisa cuba menarik tangannya, tapi dia mengemaskan pegangan itu.
Sesungguhnya dia mahu menikmati kelembutan tangan Nurlisa, sudah lama dia tidak memegang tangan itu. Sudah lama juga dia tidak menikmati bibir itu. Dia rindu..
Syed Arman memandang Nurlisa dengan cinta yang sangat mendalam. Dia tidak sanggup lagi berpura pura di depan sesiapa pun.
Nurlisa juga terasa sesuatu dengan pegangan Syed Arman. Dia mencuba sekuat hati agar dia tidak hanyut di dalam cerita lama mereka. Dia menegakkan badannya, memberi oksigen kepada dirinya. Dia harus bernafas dengan teratur agar jiwanya tidak menerawang.
“Sayang, I love you so much,” dia mendengar suara Syed Arman begitu dekat dengan telinganya. Dia pasti orang lain tidak mendengar, hanya telinganya.
Semasa ucapan sayang itu singgah ke telinganya, tangan Syed Arman masih meramas tangannya lembut, bukan lembut yang sedikit, tapi lembut yang boleh mengkhayalkan dirinya. Dia harus sedar, kalau tidak pasti sesuatu akan berlaku di luar jangkaan.
Matanya sudah kuyu, dahinya sudah berpeluh. Dia menarik tanganya dari pegangan Syed Arman, dia harus berbuat begitu. Dia harus berbuat begitu.
Walapun tangan Syed Arman kembali mencari tanganya, dia melarikan tangan jauh ke tepi, supaya sentuhan tidak berlaku, sekurang kurang saat ini.
Dia tahu Syed Arman sedang memancing dirinya. Syed Arman tahu dia akan kalah kalau di perlakukan romantik begitu. Syed Arman dengan sengaja menjerat dirinya.
“Sayang, you ok tak? You berpeluh ni…,” kata kata Syed Arman itu mengundang perhatian daripada mereka. Mereka semua memandang Nurlisa.
Nurlisa hanya tersenyum tawar, dia hampir masuk ke dunianya tadi.
“I’m ok. penat kot…. Kalau dah habis, kita start our meeting la boss. Nanti kita kena mengadap jem pulak,” Nurlisa cuba menukar topik supaya mereka tidak menumpukan perhatian kepadanya seorang.
“Danish, nanti connect with projector ya. Show our slide that day, we can capture the important items from there. Nanti terus add into our proposal thru offline systems. After semua dah ok, boleh submit online,” Danish menganguk dan memangil pelayan restoran untuk mengemas meja mereka.
“Nurlisa ok tak? If not, we can postpone tomorrow, we still have time,” Syed Adam bersuara dengan lunak yang tegas. Dia begitu prihatin dengan Nurlisa.
“Aah la sayang, Teha free jer esok, I hantar you balik,” Syed Arman menambahkan perkataan abangnya dan dengan senang lenang memberitahu adiknya free esok.
Nurlisa memandang Syed Arman sambil tersenyum. Dia sayangkan lelaki itu, sungguh dia sayangkan lelaki itu.
“I ok jer, kita habiskan la today. No worries,” Nurlisa menghabiskan minumannya dan menghulurkan kepada pelayan restoran itu.
“Bro, give me mineral water, and fruits pun ok jugak,” ujar Syed Arman sambil kembali menatap wajah kesayangan di sebelahnya.
Mereka memulakan perbincangan mengenai uniform anak anak tahfiz dan pekerja di sekolah tahfiz itu. Kelihatan Sharifah Teha mengeluarkan lakarannya dan Nurlisa juga memberi idea untuk mencantikkan uniform tersebut.
Mengambil idea daripada Nurlisa, Sharifah Teha memulakan lakaran baju seperti yang mereka bincangkan. Sebagai fesyen designer, tidak menjadi masalah kepada dirinya kerana itu yang di lakukan setiap hari.
Sambil meletakkan idea di atas lakarannya, dia mula berbual dengan Nurlisa, supaya yang lain tidak bosan menunggu.
“Lisa, you hebat juga ya dalam design baju, no wonder Ameena always puji you cantik, always pakai baju kurung pergi office, with kasut tinggi, like model jalan kat pentas. Setiap hari Ameena share picture you dengan I, I pulak rasa insecure,” Sharifah Teha berkata sambil tersenyum memandang Nurlisa.
Nurlisa hanya tersenyum malu.
“You kenal Ameena?,” Nurlisa cuba menutup wajahnya yang sudah merah menahan malu dengan pujian Sharifah Teha.
“Ameena dulu pernah jadi PA i. Lepas tu Abang Adam perlukan secretary sebab secretary CEO masa tu accident. Pas tu MC for 6 months. I minta Ameena assist sekejap, lepas tu Endah serap terus. Lepas tu Ameena jaga Abang Arman pulak. Seksi kan dia?,” Sharifah Teha ketawa apabila merujuk seksi itu pada Ameena.
“Kalau kita tengok drama melayu, seksi secretary tu perkara biasa eh?,” Nurlisa ketawa dan dia mengakui Ameena terlalu seksi.
“Abang Arman pernah minta I tegur pakaian Ameena sebab too seksi. Lepas I cakap dengan Ameena, dia jawab takkan I nak pakai baju kurung macam buah hati dia. That time I ingatkan Ameena bergurau, rupanya dia refer kat you,” Sharifah Teha masih lagi melakar pakaian anak anak tahfiz, kali ini pakaian untuk menghadiri acara, setiap pelajar akan mempunyai tiga pakaian rasmi.
“Ameena beritahu I yang you famous kat office, setiap orang kenal you, ye ke Danish?,” Sharifah Teha bertanya Danish pulak setelah melihat Danish begitu concentrate dengan laptopnya.
“Ha ah, Cik Lisa viral kat office. Kalau Cik Teha nak tahu, setiap hari ada jer gambar Cik Lisa kat workplace, kat instagram. Yang ambil gambar masa dia tengah makan, tengah tunggu lift, kat café bawah. Semua duk update story. Ada tu Cik Lisa jalan kaki balik pun ada yang share pic. Dorang cakap Cik Lisa ni Bidadari Endah,” Danish menambah cerita.
“Hari hari Cik Lisa terima hadiah, bunga, makanan, coklat, coffee, ada tu hantar kek lagi. Yang paling latest, En Eusoff yang tengah rindu rinduan, saya pulak jadi mangsa menjadi orang tengah,” Kata kata Danish untuk membuatkan muka Syed Arman kemerahan. Dia cuba menahan sabar dengan cerita Danish.
“Ada sekali tu, Cik Lisa pergi meeting dengan production department, discuss pasal video Yayasan Endah nak post kat social media, elok elok jer dalam meeting tu 3 orang, dalam sejam semua staff production meeting masuk. Pas tu semua nak bergambar dengan Cik Lisa. Macam artis pulak. Nasib baik saya jadi bodyguard Cik Lisa,” Danish pula terlebih ramah apabila menyambung cerita berkenaan Nurlisa.
‘Danish, stop cerita about me, malu la, dalam meeting ni, kita meeting, jangan bawak cerita luar ke dalam meeting. I dah pesan banyak kali,” tegas suara Nurlisa, kerana sebelum ini staffnya juga selalu bawak cerita tentang mereka yang memperkatakan tentang dirinya.
Sharifah Teha tersenyum memandang abangnya yang sudah mulai tidak selesa dengan cerita Danish. Dia dapat melihat sinar cinta dari mata abangnya, bukan cinta yang sedikit.
“Sorry Cik Lisa, terlebih cerita pulak,” Danish spontan meminta maaf dan sedikit terusik apabila melihat muka kelat Syed Arman
“Ye lah, I terlupa nak return call En Eusoff tadi,” tanpa mengetahui Syed Arman kepanasan, Nurlisa berkata spontan apabila dia teringat tentang Eusoff tadi. Sungguh dia terlupa, keadaan yang tidak mengizinkan dia berbuat begitu.
“Tak per Cik Lisa, tadi dia call I balik, I dah inform dia Cik Lisa tak available to talk. Nanti Cik Lisa kena call balik sebab En Eusoff kata mummy dia nak cakap dengan Cik Lisa. Nak discuss pasal makan kat rumah dia, mommy dia nak jemput Cik Lisa nanti, by the way, I dah forward text to Cik Lisa tadi. You phone off kot….,” Danish hanya memberitahu apa yang di pesan oleh Eusoff tadi, tanpa dia mengetahui mata mata mereka sudah memandangnya.
“Thanks Danish, later la I call dia, let’s sambung balik our meeting… Teha dah siap dah draw semua baju tu, cantiknya… ,” Nurlisa menumpukan perhatian kepada lakaran Nurlisa. Dia mula merasa tangan Syed Arman memegang pehanya. Dia tahu Syed Arman mulai cemburu. Dia tahu itu.
Nurlisa tidak menghiraukan sentuhan Syed Arman, dia malas membalas manjaan Syed Arman, nanti apa pula kata mereka yang lain.
Dalam mereka sedang berbincang tentang perkara lain, dah Sharifah Teha pula masih lagi mengemaskan lakarannya, Nurlisa mengambil teleponnya dan mengaktifkan kembali setelah beberapa jam “off”. Dia risau sekiranya ada panggilan penting daripada abang dan kakaknya, juga Eiman. Setelah teleponnya aktif, berdesud desub message masuk dan whatapps juga.
Nurlisa teus membuka message, message paling atas dibaca.
~I tahu rumah you kat mana. I boleh buat apa sahaja kat you. Please behave. I orang baik, tapi tak sabar. Jadi I nasihatkan you berhati hati~
Ya, message itu daripada Sakinah. Dia tahu Sakinah mesti berada di persekitaran sini, mana mungkin dia boleh melepaskan Syed Arman begitu mudah. Nurlisa mula merasa tidak selesa.
Semasa dia membaca message itu, Syed Arman sedang berbincang dengan Syed Adam tentang jumlah student, dah cara untuk mereka membuka pendaftaran kepada pelajar tersebut. Mereka perlu menapis kerana semua student adalah di bawah tanggungan Yayasan Endah.

Meeting mereka tamat pada pukul 5 petang. Semua kepenatan setelah memerah idea untuk menyudahkan proposal tentang bajet kedua yang perlu di keluarkan oleh Endah Yayasan. Walaupun mungkin bajet perlu digunakan selepas 2 tahun, mereka perlu kelulusan daripada Lembaga Pengarah.
Selepas bersalaman dengan Sharifah Teha, Nurlisa meminta izin untuk pulang. Dia sangat perlukan rehat. Dia penat dengan semua kejadian hari ini.
“Sayang, I hantar you balik. Guna kereta you, nanti kereta I minta sesiapa hantarkan. No objection. I hantar you,” Syed Arman memandang Nurlisa dengan wajah yang serius.
“Thanks Abang dan Teha for today. Danish juga. Thanks, see you guys kat office tomorrow,” Syed Arman menghulurkan tangan kepada Syed Adam dan mencium tangan abangnya. Begitu juga dengan Sharifah Teha dan Danish.
Mereka mula beredar, tinggal Syed Arman dan Nurlisa yang masih di bilik itu. Sebenarnya tanpa Nurlisa ketahui, bilik itu di tempah sehingga pukul 6 petang. Mereka masih mempunyai sejam untuk sampai ke pukul 6.
“Boss, I boleh balik sendiri. Kejap lagi buah hati you penggal kepala I pulak. Jangan lah buat orang nampak I jahat,”Nurlisa pula mula mencapai bag laptopnya. Dia perlu menyelamatkan diri daripada Syed Arman. Kalau tidak dia perlu berhadapan dengan Sharifah Sakinah.
“Sayang, kalau you bergerak dari bilik ni, I kiss you,” suara Syed Arman keras, tapi bibirnya tersenyum nakal.
“Kenapa pulak kiss I, kiss lah perempuan tadi tu…,” Nurlisa mula berani menunjukkan belangnya. Dia juga harus pandai berkata kata.
“Perempuan tadi itu nama dia Sharifah Sakinah. Sayang I cemburu eh? Comel jer…..,” jemari Syed Arman mula menyentuh pipi gebu Nurlisa. Lembut dan romantic.
Dia harus menyentuh Nurlisa, melepaskan Nurlisa dengan sentuhannya, agar Nurlisa tidak berganjak daripada bilik ini.
“Takde masa la nak cemburu. Boleh jangan raba raba tak? Tangan you dah pegang orang lain, peluk orang lain, pas tu nak pegang kita pulak,” Nurlisa berjalan menuju ke pintu bilik mesyuarat itu.
Syed Arman mendekati Nurlisa, tapi gadis jelita itu mengundurkan kakinya kebelakang, cuba menjauhkan diri daripada Syed Arman. Tanpa peduli jelingan Nurlisa, Syed Arman terus mendekatkan diri dengan Nurlisa, sehingga badan Nurlisa merapat ke pintu keluar itu.
“Sayang nak gi mana? Tak boleh lari dah,” muka Syed Arman cuba jarak seinci dengan muka Nurlisa. Nurlisa mendengar dengan jelas nafas laju Syed Arman.
Nurlisa cuba menolak Syed Arman, cuba menjauhkan Syed Arman daripadanya. Syed Arman mencapai tangan Nurlisa dan merapatkan ke dinding dan menindih tangan Nurlisa dengan tangan kasarnya.
Nurlisa sudah tersepit dan tidak boleh lari kemana mana, Sedari tadi dia cuba menolak, kali ini dia berserah. Itu kerana jantungnya sudah bergerak keras dan laju. Dia harus menggunakan tenaganya untuk memberi ruang kepada jantungnya untuk bertenang. Dia tidak boleh kalah, dia berusaha untuk tidak hanyut.
“Sayang……………….” Dia mendengar suara Syed Arman dekat dengan telinganya.
Nurlisa juga sudah hampir terjerat.
“Sayang, sorry I kena buat ni, I minta maaf. I kena buat jugak,”
Setelah habis perkataan daripada bibir Syed Arman, bibir itu terus memagut bibir Nurlisa lembut.
Rakus, penuh dengan nikmat berahi.
Tangan Syed Arman memeluk Nurlisa kemas, terdengar desahan nafas Nurlisa, apabila dia juga menikmati kucupan berahi daripada Syed Arman. Dia masih di dunia ini, tapi dia dapat merasakan kucupan itu penuh dengan cinta.
Mereka saling berbalas kucupan, Syed Arman masih merangkul Nurlisa kemas, sehingga dapat merasakan bentuk badan Nurlisa melekat kemas dengan badannya.
Jiwa kejantanannya sudah meresap keseluruhan badannya.
Didalam mereka menikmati cinta mereka, mereka terdengar ketukan keras daripda luar.

BERSAMBUNG

Setelah beberapa hari berada di negara jiran, mereka sampai di rumah agam di Arau itu. Setelah masuk ke dalam rumah itu, si suami berkata kepada isterinya yang beberapa hari di nikahi.
“kau tahu kan aku nikah dengan kau sebab nafsu, aku cuma akan panggil kau bila aku perlukan kau. Kau masih orang gaji kat rumah ni, aku tuan rumah ni, jangan nak claim kau wife aku. Jangan pernah cakap dengan sesiapa. Kalau aku tahu, siap kau,”
Gadis itu cuma menganguk kepala. Dia memandang ke bawah, tidak berani mengangkat muka.
Dia sedia maklum kedudukannya, tetapi lelaki itu berterusan mengingatkan dia.
Tapi sesungguhnya dia sangat menyintai lelaki itu. Dia rela diperlukan apa sahaja, asalkan dia bersama lelaki itu.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-20 01:59:03 

hi dear. bila nk uodate lg

YAZNI-ERNIE
2020-10-18 02:36:58 

best sangat chapter ni utk lisa...

YAZNI-ERNIE
2020-10-18 02:19:36 

monink dear. tqvm update. love u.


NovelPlus Premium

The best ads free experience