Rate

1

True Story Series 1518

dia masih menunggu seseorang itu tetapi kerana cinta dia sanggup berkorban apa pun.

Edda Aida.

pelajar terbaik di sekolah. seorang yang bersopan santun, baik, rajin itu membuatkan cikgu tertarik dengan sikapnya.

"Edda" panggilan Fara membuatkan aku terhenti gelamun.

"ya Fara" tanyaku.

"kau kenapa Edda ? ada masalah ke?" tanya Fara risau tentangku.

"tiada apa perlu dirisaukan lah Fara, aku baik-baik sahaja" balasku hanya senyuman.

"Edda , kau dengan aku bukan 2 hari kenal Edda , aku kenal kau dari zaman tadika lagi, aku dah cukup masak dengan perangai kau Edda" balas Fara.

"tiada apa lah Fara, aku okay je" balasku.

"kalau ada apa-apa masalah cerita dekat aku tau Edda, aku tak suka kau simpan lama-lama pendam tu" balas Fara. aku hanya mengangguk.

"kau masih sukakan dia lagi ke?" soalan Fara membuatkan aku membisu semula.

"Edda aku tanya ni, kau masih berharap dekat dia lagi ke?" tanya Fara semula.

aku masih membisu tiada jawapan.

"aku tahu kau masih sayangkan dia lagi kan" balas Fara sudah terlampau faham keadaanku sekarang.

"masih mencintai , mengharapkan orang yang sama sehingga kini walaupun sering disakiti berulang ulang kali ." balasku. mataku berpaling diluar jendela. tenang seperti mana hatinya tenang.

"jangan terlampau berharap pada seseorang , sedangkan dia tengah gembira diluar sana" balas Fara. aku berpaling semula dihadapan Fara. melihat anak mata Fara. ya betul kata Fara.

aku tidak perlu nampak seperti aku ini masih mencintainya lagi.

"aku tahu kau masih sayangkan dia , tetapi sampai bila kau akan derita sebabkan dirinya lagi, bangun lah Edda tunjukkan yang kau ni kuat tanpa dia" balas Fara. aku hanya mampu tersenyum manis.

"mungkin senang dengan kata-kata tetapi tidak dengan hati" balasku menunduk lemah. sayu hati Fara mendengar harapanku.

"perlu ke stay dengan orang yang tak reti menghargai ? blah jela weih . untuk apa sakitkan hati sendiri ." kata Fara.

aku hanya diam membisu. nak nangis takboleh. aku sudah kehabisan air mata untuk si dia.

"tolong lah Edda , aku taknak kawan aku ni lemah sebabkan lelaki" balas Fara.

"you can go without her love Edda" aku masih mendiam membisu. tanpa sedar air mataku mengalir lagi.

"shh dah Edda, aku tahu kau kuat, aku selalu ada dengan kau Edda" pujuk Fara. aku disisinya letakkan kepalaku dibahunya. air mataku biarkan sahaja mengalir begitu.

"lupakan memori yang membuat dirimu terluka ,
ia akan membunuhmu secara perlahan ." kata Fara lagi.

"kalau lah perasaan ni dapat hilang sebegitu mungkin aku dapat lupakan memori tu" balasku.

"kau boleh Edda, lupakan dirinya" kata-kata Fara hanyalah buaian mimpi.

"dia pun sudah bahagia dengan pilihan dia sekarang, tolong berhenti berharap pada orang yang sudah taknak kepada kita semula" sambung Fara. kata-katanya membuatkan aku membisu. Fara lah orang yang paling memahami perasaanku sekarang. dialah kawan baikku.

taktahu cerita ni happy ending ataupun sad ending . bye nak perah otak .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience