Rate

4

True Story Series 1518

dalam perjalanan pulang ke rumah Edda hampir terlanggar seorang lelaki.

"maaf saya taksengaja" kata Edda memohon maaf.

"saya patut minta maaf sebab terlanggar awak sebab tengok telefon tanpa pandang kiri dan kanan" kata lelaki tersebut.

"takpe lah kalau macam tu, saya pergi dulu, assalamualaikum" kata Edda lalu beredar.

lelaki tersebut melihat Edda dari jarak jauh hanya tempisan senyuman manis.

waktu malam yang sunyi, Edda diluar tingkap melihat bintang berkelip dilangit yang gelap.

"abah...Edda rindukan abah" kata Edda seorang diri.

"abah tahu tak harini Edda terluka, disekolah ramai yang ejek Edda kerana badan Edda yang sekarang, abah...Edda rindukan senyuman abah, suara abah.." rintihan hati Edda. rindunya terhadap cinta pertama nya.

ayahnya meninggalkannya sejak umur 10 tahun. hidupnya bagaikan angin tidak bertiup. sunyi. ibunya sudah mencuba untuk menceriakan Edda tapi Edda masih murung.

tetapi dengan kedatangan Fara , Edda kembali ceria seperti dulu sampailah Fara dan Edda satu sekolah menengah. tetapi makin ramai yang cuba untuk memburukkan Edda kerana rupanya yang tidak secantik Fara dan badannya tidak sekurusnya Fara membuatkan Edda sedih.

ramai yang cuba merasuk Fara supaya tidak berkawan dengan Edda. tetapi siapa sangka seorang sahabat sanggup menolong sahabatnya dalam kesusahan kan.

Edda baring melihat siling bumbung, sunyi seperti tiada penghuni. rindunya terhadap abahnya begitu remuk.

"abah... semoga abah tenang disana.." kata Edda sebelum menutup matanya.

Edda berjalan menuju keadilan ilmu. boleh pula dia terlanggar lagi, Edda...Edda apa lah nasib kau Edda..

"maaf awak saya dah lambat nii" kata Edda lalu berlari menuju ke pagar sekolah dimana cikgu Shamsul iaitu cikgu disiplin sudah menunggu pelajar yang lambat.

"ish dekat mana aku nak lari ni.." bisik Edda menyorok disebalik pokok berdekatan dengan sekolah. *korang bayang lah sendiri*.

Edda tengah-tengah mengintai ada pula yang menarik tangannya.

"lepaslah..." kata Edda cuba untuk melepaskan diri dari seorang lelaki seragam sekolah itu.

"awak bole panjat pagar tak ?" tanya lelaki tersebut. Edda hanya mengeleng , takkan lah badan sebesar dia larat untuk keatas.

"bak sini bag awak , awak panjat batu besar tu pastu naikkan sikit kain awak tu supaya senang awak nak naik" balas lelaki tersebut.

"awak jangan pandang ek" kata Edda lalu mengikut apa dikata oleh lelaki itu.

"hati-hati" kata lelaki itu.

Edda terjatuh diatas tanah.

"awak...?" tiada bunyi.

"bag saya awak..." masih tiada bunyi.

tertiba *buk!* bunyi seperti ada orang jatuh.

"awak okay tak ni?" tanya Edda melihat lelaki tersebut terjatuh bersama bag Edda.

"saya okay" balas lelaki tersebut.

"bag saya" kata Edda lalu mengambilnya.

"taknak ucap terima kasih ke?" perli lelaki tersebut.

"terima kasih" balas Edda.

"nama awak Edda kan ? Edda Sofea kan" tanya lelaki itu.

"macam mana awak kenal nama saya?" pelik mamat ni.

"tu.." kata lelaki itu sambil menunjuk ke tag name Edda.

"ohh" balas Edda.

"awak murid baru ke ?" sambung Edda.

"jom masuk kelas, nanti kena tangkap dengan cikgu lak" ajak lelaki tersebut menarik tangan Edda.

"awak takjawap lagi soalan saya" kata Edda.

"nanti awak tahu lah , jom masuk kelas" balas lelaki tersebut masih memegang tangan Edda lalu berlari ke arah yang tersembunyi dari cikgu Shamsul. *buka lagu korea cepat !*

taktahu cerita ni happy ending ataupun sad ending , bye nak perah otak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience