'ain!! ouhh ain!! jom pergi main !!'
'ain.. umairah dah datang tu , pergilah main dengan dia'
gadis cilik yang bernama ain itu segera keluar dari rumah dengan perasaan yang gembira
'ainn !! jom main pondok" kat belakang surau sana , boleh main dengan aiman sekali ' umairah
'Jom!!!'
dua kanak kanak cilik tersebut segera pergi ke tempat yang mereka tuju
pondok yang agak usang tetapi masih kukuh berdiri terletak diantara surau dan pokok mangga yang agak besar
'aiman jadi ayah ! ain jadi mak ! umairah nak jadi baby !! mama , baby lapar nak makan ' umairah
'baby lapar .. kejap yaa mama pergi cari lauk , papa dah pergi kerja ' ain
'haa pergi keje?' aiman
'yeee shuhhh pergi cakar daun kat tepi tu ' ain
'HAHAHAHAAH papa kena marah dengan mama ' umairah
'kejap ya baby , mama nak pergi cari lauk . baby tunggu kat rumah ya' ain
ain segera pergi mencari beberapa ketul batu, ranting kayu , daun kering dan daun segar di bawah pokok mangga tersebut. sedang asyik gadis kecil itu mencari cari barang yang diinginkan
'adik? buat apa kat situ?'
ain menoleh ke arah suara yang menyapanya tersebut
ternyata suara tersebut berasal dari seorang gadis bertudung putih yang memerhatikan ain dari tepi pokok mangga
'kakak ni siapa' ain
'kakak orang sini , duduk sini . kenapa datang sini ya ?'
'nak cari barang masak masak , kite tengah main pondok pondok ' ain menjawab sambil meneruskan mencari bahan yang diperlukan
'adik tanya dulu tak , nak ambil semua ni'
ain memandang gadis tersebut dengan pandangan yang pelik
'kenapa kena tanya ?' ain
'nanti tuan dia marah' gadis tersebut tersenyum
'haaaa , tuan barang barang ni saya nak pinjam boleh nanti saya letak balik' ain meminta izin sambil memandang ke arah pokok
'kakak izinkan' gadis itu membisik ke telinga ain
ain segera menoleh ke arah gadis tadi , tiba" satu hembusan menerpa ke mata ain
'AINNNN!!! OH AINNN , AINN BALIK LAH SAYANG '
kedengaran suara ibunya memanggil Ain
'Ya Allah ainnnnn !!' ibunya segera memeluk ain dengan erat , air mata deras mengalir dipipi ibunya
'ibu kenapa'
penduduk kampung juga turut berada di situ
'ain.. ain pergi mana ? ain dah 4 hari tak balik ..' kata salah seorang dari penduduk kampung tersebut
'ehh , ain tak pergi mana mana .. ain main pondok pondok dengan umairah aiman lepastu ain jumpa kakak ni cantik '
sejurus ain menoleh ke arah pokok mangga tersebut alangkah terkejutnya dia apabila melihat pokok tersebut telah tumbang dan menimpa pondok usang .
selepas peristiwa itu Ain baru dimaklumkan yang rakan ain iaitu Umairah meninggal dunia akibat ditimpa pokok besar tersebut , aiman pula terselamat
kelibat umairah bermain main di belakang surau sering dilihat oleh Ain , entah sejak bila dia seringkali melihat sesuatu yang menakutkan tidak kira dirumah mahupun ditempat lain atau masa yang tidak tentu . dia takut tapi tidak mampu untuk menghalang penglihatannya .
ibunya juga sudah lelah mencari pakar perubatan untuk menutup kembali hijabnya yang terbuka namun tidak berhasil
so bermulalah hidup ain yang baru dengan 'rakan rakan' baru nya
Share this novel