Bab 1

Thriller Series 142

'Hahhh , menyesal pulak suruh budak2 hantar kerja harini'

aku terpaksa balik lambat harini sebab nak kena mark buku latihan budak . dah lah ade 6 kelas yang hantar serentak
aku bukannya tak nak buat kat rumah , tapi ye lah aku pun manusia biasa en ade rasa malas so aku mark kat dalam bilik guru je lah .
tik tok tik tok ..
tahu2 dah pukul 8 malam , mujur lah tinggal 2 buku lagi nak mark

'krekkkkkk......'
ha sudah .. time dah nak siap ni baru nak jenguk ke
aku malas layan , aku tengah penat ni ade aku gigit makhluk ni kang . tengah duk fokus mark buku budak ni aku perasan je ade yang tengah main lompat lompat dari meja ke meja .
haaaa last question nak mark

'ploppp'
ehhh sumpahlah benda ni , dia ludah apa ni atas buku budak
aku dah tak pikir ape , terus aku dongak nak tengok makhluk apa yang kacau aku ni

....
dekat .. dekat sangat muka dia

haaaaa..... ain tak balik lagi
dia tegur pulak dah ..

'aku sibuk .. aku nak buat keje'

well aku sambung balik mark keje budak .. sebab aku dah tahu ni makhluk mana , dah lali
terkejut sikit sebb tengok2 ade depan mata
dah lah dengan mata putih saja , bibir takde nampak gigi yang dah hitam berulat . rambut pulak ade separuh separuh je .
pelik dia main kat area bilik guru pulak ..

hahhh dah siap , aku kemas cepat2 tutup apa yang patut terus turun ke kereta . malas nak duduk sana lama2 nanti datang puak lain pulak .
actually sekolah rendah ni dekat dengan hutan , cliche kan wkkwkw . takde tempat lain ke nak buat sekolah , kat hutan jugak dia naikkan . 200m dalam hutan ni ade kubur orang asli lama , aku tahu pun sebab makhluk kat sini yang cakap . kebanyakkan yang cakap tu asal dari area kubur orang asli tu , diorang banyak kena buang ,kena seru, kena puja , macam macam lah sebabtu banyak yang buat onar kat sini . hutan belakang sekolah ni pun nampak suram je , ade jugak aku dengar kes buang mayat dalam hutan ni , buang baby . orang berkuasa macam taknak teroka hutan ni , taknak sentuh tanah dia .

aku dah masuk kereta , time hidupkan enjin tu berderau weyh darah . aku lupa aku park dekat parking yang menghadap hutan ni . aku kalau boleh nak elak daeipada parking sini . mungkin sebb aku lambat tadi
ahhhh tak kira , aku nak cepat blah dari sekolah . u know what , kereta aku mati pulak . memang haihhh , kena keluar cari pak guard ni .
baru je nak bukak pintu tiba2 ade tangan yang tarik bahu aku

'kak ain , jangan keluar bahaya ...'

aku toleh cepat2 ke arah suara tu , siapa ?
eh budak ? budak yang duduk kat seat belakang aku ni bukan macam makhluk lain . muka dia elok je , mata biru sebelah merah sebelah . macam ade muke2 arab plus british sikit .

'eh '
'kak ain , jangan keluar . duduk sini '
'kenapa ????? '

budak tersebut menundingkan jarinya ke arah hutan tersebut
saat aku toleh ke hutan tersebut , darah aku berderau lagi , jantung aku berdegup kuat ..

ade seekor makhluk yang sebesar pokok sedang bergerak menuju ke sesuatu arah , tapi bukan ke sini . dia lalu didepan kereta aku . yaaa makhluk yang tak pernah aku nampak wujud nya sejak aku kerja kat sini . badan sebesar pokok , kepala yang hampir putus dan tergantung kebelakang . sosok ngeri yang buatkan aku terpaku , takut .

'tu ialah ketua makhluk dalam hutan ni . setiap 3 bulan sekali , malam jumaat , dia akan keluar pergi ke makam perkuburan jasad dia sebab ade orang jamu makanan untuk dia . saya yang matikan kereta kak ain supaya dia tak perasan kak ain , kalau tak habis lah kak ain '
'apa dia buat kalau dia perasan ain '
'rasuk sampai mati'

jawapan dia ringkas tapi buatkan aku meremang

tak sempat nak tanya soalan lagi kereta aku dah hidup balik and budak tu pun dah hilang . ade jugak eh makhluk yang nak tolong aku . kalau tak mati dah aku ni .

....

sosok makhluk tu masih bermain dalam fikiran aku , lepasni aku kena elakkan malam jumaat .
sampai kat rumah , still ade masalah .

'HAAA AIN BALIK DAHHH' suara nyaring dari pokok kelapa itu menerpa ke telinga , aku cepat2 masuk rumah

nasib aku lah , ustaz dah pagar rumah aku ni . so selamat sikit tapi aku perasan pagar dia retak sikit . sejak dua menjak ni aku perasan jugak banyak makhluk tu lalu lalang kat sini . mungkin sebab tu kot pagar ni retak . kena jumpa ustaz lagi lepasni

ouhh btw yang suara nyaring tu tadi belaan orang yang kena buang , dia ikut aku time balik dari sekolah . nak buang tapi dia datang balik . so ustaz yang tolong tu ade cakap terpaksa buang dia kat area rumah aku . aku pun pilih lah pokok kelapa tua tu . but still dia ganggu sebelum rumah aku kena pagar . paling tak tahan dia duduk bawah selimut time aku demam , kau rasa boleh tahan ? dah lah tengah demam lepastu dia jumpscare bila aku bukak selimut .

//ulang

'tak laratnye nak masak sendiri , kalau tahu blik rumah ibu je'

tibe2 rasa mcm ade benda sejuk sentuh kaki aku , macam kulit bertemu kulut rasa dia .
aku pun selak la , terpampang muka dia tengah . kepala dia atas dada aku , dengan muka yang hangus mata terbeliak darah keluar dari mulut . aku terus tutuup balik selimut and tidur .

//

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience