Chapter 1: Perjalanan di dunia baru

Fantasy Series 97

Ketika aku bangun aku melihat ke arah langit yang berwarna biru, awan bergerak secara perlahan dan aku dapat mendengar suara kicauan burung dari suatu tempat.

Aku kemudian berdiri untuk melihat keadaan sekeliling , Sepertinya aku berada di tengah hutan. Aku tak tahu kenapa aku boleh berada di sini tapi aku harap Airen akan hantar aku ke tempat yang lebih baik seperti kota terdekat.

Jadi ini adalah dunia yang dikuasai oleh Raja iblis? Adakah aku dapat bertahan hidup di dunia seperti ini?.

Aku rasa untuk sekarang aku tak perlu fikirkan tentang itu kerana bencana yang sesungguhnya akan berlaku dalam masa 3 tahun lagi. Apa yang perlu aku lakukan sekarang hanyalah mencari cara untuk aku tingkat kebolehan aku.

Selain itu, bagaimana dengan tujuh menara yang dikatakan oleh Airen? Kerana itu  adalah sebuah menara jadi aku sepatutnya boleh nampak dari jauh.
Menara pertama sepatutnya ada di Negara bernama Nistia tapi bagaimana caranya untuk ke sana?.

Sebelum itu aku perlu tentukan Kemana tujuan aku? Kalau boleh aku ingin pergi ke kota terdekat kerana aku perlu membuat persiapan yang rapi untuk hidup di Garsia.

Aku juga perlu mencari beberapa maklumat penting tentang kemunculan Raja Iblis. Kalau boleh aku ingin kumpulkan sekutu yang akan ikut dalam perjalanan panjang aku.

Aku mendengar suara air dari sini. Sepertinya itu tidak jauh daripada tempat aku berada sekarang. Aku kemudian membuat keputusan untuk pergi ke arah suara itu.

Ternyata itu adalah sebuah sungai, aku agak terkejut setelah melihat warna air yang masih kelihatan sangat jernih dan juga aku dapat melihat ikan berenang di sana. Di dunia aku pemandangan seperti ini sangat jarang dapat dilihat kerana air sungai tercemar kerena perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

(Taichi)
"Warna rambut aku berubah?"

Ketika aku melihat pantulan wajah aku di air aku dapat melihat warna rambut aku yang berwarna kuning keemasan. Padahal warna rambut asal aku adalah hitam adakah ini Perbuatan Airen?

Aku juga memakai baju besi. Di bahagian dada terdapat logo bulan di sana. Sebelum aku dihantar ke sini Airen pernah cakap yang identiti aku juga berubah tapi siapa sebenarnya aku? Dilihat dari mana pun aku terlihat masih berusia sekitar 16-17 tahun.

Aku mengambil air menggunakan kedua-dua tangan aku dan meminumnya. Rasanya agak hambar tapi masih layak untuk diminun. Setelah selesai minum aku membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan aku.

"Hey! Kau!"

Langkah kaki terhenti setelah mendengar suara seseorang yang seperti sedang memanggil aku. Aku melihat sekeliling untuk memastikan jika ada seseorang di sini tapi aku tidak melihat siapa-siapa di sana.

(Taichi)
"Mungkin hanya imaginasi aku"

"Hey! Hey! Tolong aku!!"

Setelah mendengar suara itu aku pun secara langsung melihat ke atas. Secara tiba-tiba aku ternampak seorang perempuan sedang tergantung dalam posisi badan terbalik. Hampir separuh tubuh badanya berada di dalam mulut pokok. Adakah itu Venus Flytrap?

Secara perlahan-Lahan tubuhnya mula menghilang di telan oleh Venus Flytrap.

"Hey Boleh tolong selamatkan aku? Kalau terus seperti ini aku akan mati dimakan!!"

Ternyata saiz tumbuhan di dunia ini sangatlah tidak masuk akal?. Sejujurnya aku berniat untuk tak nak terlibat dalam masalah yang tidak perlu tapi aku rasa bersalah jika tinggalkan dia dalam keadaan seperti ini.

Sekurang-kurangnya aku perlu melakukan sesuatu untuk menurunkan dia dari akar yang mengikat tubuhnya. Venus Flytrap adalah jenis tumbuhan yang memakan serangga tapi aku tak sangka malah manusia yang manjadi mangsa.

Sebenarnya aku tak nak terlibat dalam sebarang masalah tapi aku tak boleh biarkan dia begitu sahaja.

(Taichi)
"Apa yang mesti aku lakukan?"

"Guna kan pedang aku yang ada di sana! Ahh~ Gwli!!"

Aku melihat sekeliling untuk mencari keberadaan pedang yang dimaksudkan itu. Setelah beberapa langkah aku menjumpai sebuah pedang yang tertutup oleh cairan lendir tidak jauh dari Vanus Flytrap itu berada.

Nampaknya dia juga melakukan perlawanan tapi sepertinya dia kalah dan berakhir seperti sekarang.

"Kenapa kau hanya diam je? Cepat ambil pedang tu dan kalahkan makhluk ni!!!"

(Taichi)
"Baiklah! Baiklah!  Tunggu sekejap "

Aku mempersiapkan langkah aku. Setelah itu aku menebas tubuh Venus Flytrap sehingga terpotong menjadi dua bahagian hanya dengan satu tebasan.
Kepala Vanus Flytrap yang terpotong itu terhempas jatuh ke tanah dengan sangat kuat.

"ahh~"

Dari sini aku dapat mendengar bunyi sesuatu yang jatuh dengan sangat keras. Aku terlupa untuk menyediakan sesuatu yang lembut sebagai tempat mendarat.

"Badan aku meleket! Mahluk tak guna! Kalau aku jumpa lagi aku akan bakar Menggunakan "Fire Storm" sampai tak ada yang tersisa!"

Dia betul-betul marah dengan apa yang berlaku tapi kalau dia lakukan itu aku rasa bukan sahaja Venus Flytrap Akan pupus tapi hutan ini akan hangus terbakar. Aku mesti halang dia jika itu betul-betul terjadi .

"Heal"

Perempuan yang baru sahaja aku selamatkan tadi menggunakan semacam sihir untuk memulihkan lukanya. Kerana dia terjatuh bersama dengan Venus Flytrap itu dapat mengurangkan tekanan ketika jatuh.

Dia meletakan tanganya pada kepala dan setelah itu sebuah cahaya berwarna biru muncul, luka-luka secara perlahan pun menghilang. Walaupun begitu tubuh dia mengelurkan bau yang sangat busuk! Aku boleh sahaja pingsan jika menghidunya terlalu lama.

"Aku nak mandi dulu, Maaf ya tapi aku nak mintak bantuan kau untuk berjaga-jaga jika ada Monster yang datang ke sini"

(Taichi)
"Baiklah"

"Dan lagi satu jangan mengintip "

Setelah itu dia pergi ke sungai untuk mebersihkan tubuhnya. Perlu mengambil masa sekitar setengah jam untuk dia mandi.

Perempuan itu memakai sebuah penutup kepala jadi aku tidak dapat melihat mukanya dengan jelas. Setelah selesai mandi dia datang kepada aku untuk mengucapkan terima kasih.

"Aku sangat berterima kasih kerana telah menyelamatkan aku tadi kalau tidak aku tak tahu apa yang akan terjadi "

"Tak ada masalah aku cuma kebetulan lalu di sana. Lagipun aku tak boleh tinggal kan orang yang kesusahan begitu sahaja"

"Begitu ke? Tapi apa pun aku tetap bersyukur atas bantuan kau. Oh ya aku belum perknalkan diri lagi. Selamat berkenalan Nama aku adalah Rin Greenwood"

(Taichi)
"Selamat berkenalan juga nama aku Yanigahara Taichi"

Di kehidupan sebelumnya aku jarang bercakap dengan perempuan. Sekarang aku jadi agak gementar.

(Taichi)
"Jadi Rin boleh aku bertanya kenapa kau boleh berada dekat sini?"

(Rin)
"Sebenarnya aku sedang menjalankan sebuah Misi Mengalahkan 'White Tiger, bersama dengan seorang kawan aku. Pada awalnya Semua berjalan dengan baik tapi aku tak sangka 'White Tiger' hidup secara berkumpulan dan pada akhirnya Kami terpisah"

(Taichi)
"Kau pasti kesusahan dengan apa yang terjadi ?"

(Rin)
"Ya itu kesalahan kami kerana tidak mencari tahu apa-apa tentang White Tiger. Peringatan dari pihak Guild juga kami abaikan "

(Taichi)
"Jadi apa yang akan kau lakukan sekarang?"

(Rin)
"Aku akan kembali ke Guild untuk memberi laporan tentang misi ini. Bagaimana dengan kau?

(Taichi)
"Aku sebenarnya baru sahaja sampai ke sini jadi aku berniat untuk pergi ke kota Renoa terlebih dahulu tapi aku tak tahu macam mana nak ke sana"

(Rin)
"Bagaimana kalau kau ikut dengan aku? Kebetulan tujuan kita sama iaitu kita Renoa"

Ini bukanlah sebuah kebetulan aku cukup yakin pertemuan aku dengan Rin sudah dirancang oleh Airen. Ini lebih mudah daripada aku berjalan tanpa tujuan.

Rin membuka penutup kepalanya dan Setelah diperhatikan baik-baik aku dapat melihat sosok seorang perempuan yang memiliki rambut panjang berwarna Perang emas. Kedua-dua matanya yang berlainan warna membuat dia terlihat sangat menawan, Mata kanan berwarna Biru sedangkan mata kiri berwarna merah. Dia juga memiliki telinga yang panjang tidak seperti manusia pada umumya.

Aku terdiam kerana terpesona melihat kecantikan yang dimiliki oleh Rine.

(Rine)
"Ketika sampai di kota aku akan berikan sesuatu sebagai bentuk balas budi. Aku ada beberapa kenalan di sana jadi aku boleh mintak bantuan mereka jadi apa keputusan kau?"

Lagipun tujuan kami sama jadi tak ada masalah kalau aku pergi ikut bersama Rine.

(Taichi)
"Baiklah kalau macam tu aku ikut dengan kau"

Ini juga termasuk rancangan awal aku untuk ke kota Renoa. Sampai sahaja si sana aku akan cuba dapatkan beberapa informasi tentang Menara dan juga kebangkitan Raja Iblis.

(Rin)
"Bagus! Kalau macam tu kita terus sahaja ke sana"

(Taichi)
"Huh?"

Sebuah lingkaran cahaya berbentuk bulat tiba-tiba muncul di permukaan tanah. Sebuah Formasi sihir terbentuk di atas bulatan tersebut.

(Taichi)
"Apa sebenarnya ini?"

(Rine)
"Ini adalah lingkaran teleportasi , Jangan hanya berdiam sahaja di sana! Kau juga perlu masuk ke dalam lingkaran"

Aku berjalan dengan perlahan-lahan ke dalam lingkaran itu. Sejujurnya aku sedikit ragu dengan apa yang akan dilakukan Rine. Lingkaran itu memancarkan cahaya berwarna kuning yang sangat terang sehingga aku tidak dapat melihat dengan jelas.

Apabila aku membuka mata aku sedar bahawa kami sudah berada di sebuah bilik.

(Taichi)
"Cahaya tadi? Rine adakah kau?"

(Rin)
"Taichi, Pakai ni"

Sehelai tuala mendarat tepat di wajah aku. Aku mengalihkan tuala tersebut dari wajah aku kerana itu hanya menganggu pandangan aku.

Setelah itu aku dapat melihat Rine dengan hanya memakai pakaian dalam sahaja dan dengan cepat aku kembali menutup wajah aku menggunakan tuala.

(Rin)
"Nampakanya semua berjalan dengan baik"

(Taichi)
"Apa maksud semua ini?"

(Rine)
"Kerana aku kekurangan tenaga sihir jadi aku hanya dapat memindahkan tubuh kita kecuali pakaian. cuba kau tengok balik aku masih pakai pakaian walaupun hanya lah pakaian dalam"

(Taichi)
"Apa pun cepat pakai sesuatu!"

Rine berjalan menuju ke Almari mengeluarkan baju dan memakainya.  Dia membuat semuanya seakan-akan tidak pernah terjadi apa-apa.

(Rine)
"Kali ini kita cukup bertuah kerana masih Menggukan pakaian kerana sebelum ini aku selalu Teleportasi dalam keadaan tanpa pakaian. Jangan risaukan tentang itu aku sudah terbiasa"

(Taichi)
"Jangan terbiasa dengan hal seperti itu! Adakah rasa malu kau sudah hilang?"

(Rine)
"Taichi , ternyata kau sangat cerewet"

Setelah itu Rine memberikan aku sepasang pakaian yang ada di atas meja untuk dipakai.Setelah itu aku bertanya tentang lokasi kami. Ternyata  ini adalah sebuah tempat perginapan dimana Rine tinggal. Ketika aku dan Rine keluar dari bilik banyak orang yang terkejut melihat aku.

Sejujurnya aku malu dilihat seperti itu aku yakin mereka pasti berfikir yang bukan-bukan. Kenapa aku mesti lalui semua ini.

Kami turun dari tangga dan setelah itu kami di sapa oleh pemilik penginapan di sini. Dia adalah seorang wanita berusia sekitar 38 tahun. Rambutnya berwarna merah dan juga memiliki mata berwarna biru. Walaupun dia tidaklah muda lagi tapi dia masih sahaja terlihat cantik .

(Rine)
"Selamat pagi Magaret"

(Magaret)
"Rine-chan Ini bukan pagi lagi"

(Rine)
"Hahaha aku hanya bergurau, Magaret aku nak pesan makanan"

(Magaret)
"Sekarang aku tidak ada makanan yang dapat dihidangkan tapi kalau kau tak kisah aku masih ada roti bakar sisa pagi tadi, kau tak ada masalah dengan itu?"

(Rine)
"Tak ada masalah! Kalau macam tu aku pesan roti bakar"

(Margaret)
"Aku akan siapkan makanan dulu"

Nama tempat penginapan ini adalah starlight dan pemiliknya bernama Magaret Sinny. Di tingkat satu terdapat tempat makan yang terlihat sangat mirip dengan sebuah bar.

Aku kemudian duduk di sebelah Rine. Selepas beberapa minit kemudian Magaret datang dengan membawa beberapa keping roti dan secawan sake bersamanya.

Sedar kedatangan aku Magaret pun bertanya tentang aku pada Rine tapi dia tidak dapat menjawab kerana mulutnya sudar penuh dengan makanan.

Rine meminum sake hanya dengan sekali teguk. dia memukul dadanya beberapa kali dan dia setelah itu dia pun bernafas lega.

(Magaret)
"Jadi siapa lelaki yang bersama kau?Aku belum pernah melihat dia sebelum ini?"

(Rine)
"Dia adalah yang telah menyelamatkan aku!"

"Penyelamat?"

(Rine)
"Ketika menjalankan misi aku mengalami sedikit kesusahan dan akhirnya hampir dimakan hidup-hidup oleh tumbuhan raksasa"

(Magaret)
"Oh ya. Pagi tadi kau ada cakap nak melakukan sebuah misi tapi di mana Tsubaki? Bukan ke kau pergi bersamanya?"

Seingat aku Rine ada cakap yang dia menjalankan misi memburu Red Tiger bersama seorang kawan tapi aku tidak pernah melihat sama sekali. Rine juga tidak pernah menceritakan secara terperinci tentang itu.

(Rine)
"Kerana beberapa alasan kami terpisah"

(Magaret)
"Macam tu ke? Lebih baik kau cari Tsubki cepat atau sesuatu yang buruk akan terjadi pada dia"

Aku dapat merasakan bahawa Rine seperti sedang sebunyi kan sesuatu, itu terlihat sangat jelas dari reaksi wajahnya yang terlihat pucat dan peluh di tubuh yang mengalir laju seperti air sungai.

(Magaret)
"Jadi anak muda siapa nama kau?"

(Taichi)
"Selamat berkenalan Nama aku adalah Yanigahara Taichi "

(Magaret)
"Selamat berkenalan juga Nama aku Magaret. kau berasal dari mana? Aku belum pernah melihat kau sebelum ini?"

Tak mungkin aku akan memberi tahu bahawa aku berasal dari bumi. Jika aku bercakap dengan jujur sekalipun mustahil akan ada orang yang percaya.

(Taichi)
"Negara yang sangat jauh"

(Magaret)
"Maksud kau Negara Restina?"

Aku sedikit kebingingan dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh magaret.

(Taichi)
"Restina? Ya.. Mungkin"

(Rine)
"Aku dah kenyang!"

Rine yang baru sahaja selesai makan membaringkan kepalanya di atas meja. Magaret memukul kepala Rine dengan menggunakan senduk ditanganya.

(Rine)
"Aduhh!!"

(Magaret)
"Bersikap lah sopan seperti seorang gadis "

(Rine)
"Magaret! Kenapa kau selalu layan aku macam budak-budak padahal aku lebih tua daripada kau!"

Tidak peduli dengan bantahan Rine, Magaret sekali lagi memukul kepada Rine menggunakan senduk.

(Taichi)
"Kau lebih tua dari Magaret? Sebenarnya berapa usia kau?"

(Rine)
"Lebih baik kau tak payah tahu!

(Taichi)
"Maafkan aku"

Rine melihat aku dengan tatapan mata yang sangat tajam seakan-akan ingin membunuh aku. Tak kira dimana pun bertanya usia pada seorang gadis itu perkara yang sensitif.

Setelah itu aku dan Rine meneruskan perjalanan untuk menuju ke Guild. Sepanjang perjalanan kami selalu dipelawa untuk membeli sesuatu tapi kami dengan sopan menolaknya.

Ketika berjalan aku mendengar bunyi loceng yang sangat kuat, Daripada jauh aku dapat melihat menara jam yang sangat besar berada di tengah-tengah kota Renoa. Bentuk menara jam itu terlihat seperti menara Paris.

Jika sahaja menara jam itu boleh mengeluarkan cahaya (sihir) pada waktu malam aku yakin ia akan terlihat sangat indah.

(Rine)
"Kenapa Taichi?"

(Taichi)
"Aku cuma rasa kagum setelah melihat menara jam itu"

(Lyn)
"Itu adalah BIG Bell atau lebih dikenali sebagai Great Bell. Menara jam itu dibina sekitar 19 tahun yang lalu untuk memperingati hari kelahiran Puteri Nistia pada waktu itu"

(Taichi)
"Puteri Nistia?"

(Rine)
"Ya, Walaupun begitu aku pernah menjumpai dokumen ataupun sebarang catatan tentang puteri Restia yang lahir 19 tahun yang lalu. Boleh dikatakan itu tak pernah wujud atau disembunyikan"

(Taichi)
"Ternyata kau juga tahu banyak tentang sejarah Nistia?"

(Rine)
"Aku selalu baca buku tentang beberapa negara seperti Nistia atau Galark tapi aku tak terlalu ingat dengan apa yang aku baca"

Aku tak sangka Rine adalah seseorang yang sangat hebat kerena memiliki pengetahuan yang sangat luas. Sebenarnya berapa usia Rine? Aku semakin ingin tahu walaupun itu berbahaya.

Sampai sahaja di Guild kami disambut oleh seorang perempuan berpakaian seperti seorang penyihir.
Kalau dilihat secara Sekilas dia seperti memakai pakaian cosplay Dark Megicion.

Ketika masuk ke Guild aku dapat melihat banyak orang yang melihat ke arah ke kami. Mereka seperti ingin memberitahu kami bahawa mereka adalah yang terkuat di sini.

Yang paling menarik perhatian adalah 2 orang lelaki botak yang terus memerhati kami dari tadi. Kerana aku berjalan terlalu lambat Rine pun menarik tangan aku dan menjauh dari sana.

(Rine)
"Aku akan selesaikan urusan aku terlebih dahulu. Kau boleh tunggu di sana"

(Taichi)
"Baiklah"

Sementara menunggu Rine menyelesaikan urusan peribadi aku berjalan-jalan di dalam Guild untuk melihat keadaan sekeliling. Kerana tempat ini agak luas aku membuat keputusan untuk pergi ke tingkat 2

Tingkat 2 merupakan tempat untuk adventure kelas S, aku boleh katakan tempat ini memeliki orang-orang yang hebat. Aku merasa sangat rendah diri setelah berada di sini.

Aku melihat banyak bangsa yang belum pernah aku temui di sini seperti Elf, Dwaff, Fairy dan Demon.

(???)
"Jangan ketawa kan aku lah!"

Sepertinya ada pergaduhan antara sesama adventure. Ramai orang berkumpul untuk menyaksikan pergaduhan itu.

Kerana merasa tertarik aku juga pergi ke tingkat 1 untuk menyaksikan pergaduhan itu. Kerana terlalu ramai aku pun kembali ke tingkat 2 untuk melihat dari atas sahaja.

Sebenarnya apa yang aku cuba lakukan? Turun ke tingkat satu kemudian kembali ke tingkat 2.

Aku melihat 2 Orang lelaki botak sedang berlawan dengan seorang budak berpakaian merah seperti Gadis Ruby. Bukan ke lelaki botak itu adalah orang yang memerhati aku dan Rine tadi?

(???)
"Aku juga boleh menggunakan sihir"

(Lelaki 1)
"Tunjuk pada kami sihir yang kau ada?"

Lelaki botak itu mengambil sabit yang dipegang oleh perempuan berjubah merah itu kemudian menendangnya dengan kuat di bahagian perut sehingga dia terpelanting jauh di sudut ruangan.

(???)
"Ahh.."

Budak perempuan itu memuntahkan darah daripada mulutnya. Dia kemudian membersih darah yang tersisa di mulut dengan pakaiannya.

(Taichi)
"Dia cedera di bahagian perut"

Budak perempuan itu dibuli dengan sangat teruk sehingga memuntahkan darah tapi kenapa tak ada siapa yang cuba menolong dia? Adakah semua orang di sini buta?.

(???)
"Kembalikan!"

Budak perempuan itu berusaha sekuat tenaga untuk mengambil semula sabit yang dicuri oleh lelaki botak tapi sepertinya tidak berhasil kerana ketinggian mereka sangat berbeza

Budak Perempuan itu mengeluarkan sebuah tongkat yang dihias dengan permata biru di atasnya.

(???)
"Aku akan tunjukkan kepada kau!"

Budak perempuan itu kemudian mengangkat tongkat ke atas. Walaupun dia kelihatan begitu yakin tapi aku dapat tahu bahawa dia sedang ketakutan.

(Lelaki 2)
"Hibir kamu budak hahaha"

Kedua-dua lelaki botak itu kemudian tertawa dengan sangat Kuat sehingga mengeluarkan suara yang sangat bising.

(???)
"Wahai dewa kilat yang agung! Pinjamkan lah aku kekuatan MU yang maha kuasa! Water ball!!"

Secara mengejutkan tongkat yang dipegang oleh perempuan itu mengeluarkan cahaya yang sangat terang sehingga membuat satu bangunan ini terang dengan cahaya itu.

(Taichi)
"Adakah dia berjaya?"

Setelah beberapa saat berlalu tiada apa-apa yang berlaku. Adakah sihir dia gagal? Atau cahaya tadi lah sihirnya?

"Hahaha"

Semua orang di Guild kemudian tertawa melihat kejadian itu. Budak perempuan itu tertunduk dan mengeluarkan air mata.

(???)
"Aku adalah seorang Penyihir"

Tunggu dulu. Ini bukanlah acara Comedy show? Tiada apa yang patut diketawakan! Budak perempuan itu... Dia....dia dibuli. Aku tak boleh biarkan ini terus berlaku aku mesti lakukan sesuatu!!!

Aku kemudian melompat dari tingkat 2 menuju tingkat 1. Aku mendarat pada sebuah meja yang berada di sana. Semua orang terkejut melihat kedatangan aku yang muncul secara tiba-tiba.

(Taichi)
"Pendaratan yang sempurna!!"

(Lelaki 1)
"Siapa.. kau?"

(Taichi)
"Nama aku Yaniganara Taichi ! "

Aku menghulurkan tangan kepada Perempuan berjubah merah itu untuk membantunya berdiri tapi dia hanya melihat ke arah aku tanpa melakukan apa-apa! Kenapa? Adakah dia rasa ketakutan setelah melihat aku turun daripada tingkat 2?

Aku sebenarnya mempunyai tubuh yang agak kuat tapi bukan beerti aku tidak akan cedera setelah menerima serangan yang Fatal. Kalau hanya turun dari ketinggian 15 M rasanya tak akan ada masalah.

(???)
"Apa yang kau lakukan? Itu sangat bahaya"

(Taichi)
"Mungkin kau tak percaya tapi aku adalah orang yang kuat"

(???)
"Kau dah gila? Kau boleh mati kalau turun dari ketinggian seperti itu"

Itu bukan lah kata-kata yang sesuai untuk kau ucapkan kepada watak utama. Baiklah masa untuk Kembali Serius. Dua orang lelaki botak membuli seorang budak perempuan. Tidak boleh dimaafkan!

Aku melihat ke arah mereka berdua dengan tatapan mata yang sangat serius, Sama seperti seekor burung helang yang sedang memerhati mangsanya.

(Lelaki 1)
"Apa yang kau tengok budak?"

(Taiichi)
"Kenapa kalian semua tak menolong dan hanya melihat sahaja? Adakah kalian tidak mempunyai rasa malu?"

Keadaan di dalam Guild menjadi Riuh rendah. Mereka semua saling melihat dan bertanya antara satu sama lain. Sepertinya mereka tidak sedar dengan apa yang mereka lakukan.

(Lelaki 1)
"Kau ingat kami kisah? Ini adalah Guild jadi perkara seperti itu sudah biasa berlaku setiap hari"

(Lelaki 2)
"Lagipun budak perempuan tu memang lemah"

Lemah? Dia baru sahaja ditendang di bahagian perut dan memuntahkan darah tapi mereka semua hanya tertawa?. Ini bukanlah Gurauan!!

(Taichi)
"Lemah? Jadi sebab itu kau pukul dia!!?"

(Lelaki 1)
"Kau nak berlawan dengan kami ke? Kami adalah Adventure Ranking B, kau cukup berani untuk cari masalah dengan kami budak!"

(Lelaki 2)
"Berapa Rangking kau budak?"

(Taiichi)
"Ranking? Aku belum pernah mendaftar sama sekali"

Semua orang di dalam Guild ketawa terbahak-bahak setelah aku mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal.

Aku baru sahaja mati dan dihidupkan semula di dunia yang lain. Aku tidak begitu faham macam mana dunia ini berjalan. Walaupun begitu aku tetap mempunyai pengetahuan tentang Guild dan Adventure kerana aku selalu bermain Game bertemakan RPG.

(Lelaki 2)
"Kau hanya lah budak hingusan yang cuba untuk menjadi pahlawan?"

(Lelaki 1)
"Bertenang Leo, kita tengok apa yang budak ini boleh lakukan"

Nampaknya aku sedang diremehkan. Hanya kerana aku belum mendaftar di Guild itu bukan beerti aku tidak kuat.

Aku berpusing ke belakang dan melihat ke arah budak perempuan itu. Badannya kelihatan sangat lesu. Mungkin sahaja ini kerena serangan tadi.

(Taichi)
"Hey budak, Boleh aku tahu nama kau?"

(???)
"Louise... Louise Leohart"

(Taichi)
"Louise? Aku tahu ini bukanlah waktu yang tapi boleh kau beritahu aku beberapa mentera sihir yang aku boleh gunakan?"

(Louise)
"Aku rasa aku tahu beberapa mentera sihir yang boleh digunakan untuk pemula Tapi apa yang akan kau lakukan? "

(Taichi)
"Ada sesuatu yang aku nak cuba, kau hanya perlu duduk dan lihat apa yang akan berlaku"

Louise melihat aku dengan mata yang bersinar-sinar. Sepertinya dia sangat percaya dengan apa yang akan aku lakukan kepada dua lelaki botak itu.
Aku sebenarnya boleh sahaja mengalahkan mereka menggunakan kekuatan fizikal tapi aku rasa itu tidak cukup!

(Louise)
"Water Ball, itu merupakan sihir tingkat dasar kau hanya perlu membaca Wahai dewa kilat yang agung! Pinjamkan lah aku kekuatan MU yang maha kuasa! "

(Taichi)
"Water Ball? Wahai dewa-"

Aku mengangkat tangan kanan aku dan mengarahkan kepada kepada dua lelaki botak itu. Di tangan aku terbentuk pusaran air yang sangat besar! Aku cuba menekan tekanan sihir pada tangan aku dan mengarahkan kepada dua lelaki botak itu.

Tunggu dulu, aku belum membaca habis mentera tapi kenapa pusaran air sudah terbentuk?.

Aku dapat merasa tekanan yang sangat kuat pada tangan aku. Setelah aku rasa semuanya sudah cukup aku pun melepaskan sihir itu secara rawak.

Water Ball kemudian menghempas dua orang lelaki itu sehingga dinding pada Guild roboh.

(Louise)
"Apa yang kau lakukan?"

(Taichi)
"Aku hanya menggunakan sihir yang kau sebut 'Water Ball'"

(Louise)
"Itu bukan lah "Water nak" Tapi "Water Slash", Aku tak sangka dapat melihat orang menggunakannya selain Rebecca"

(Taichi)
"Adakah itu buruk?"

(Louise)
"Itu lebih baik daripada sihir Water Ball, Siapa sebenar kau?"

(Taichi)
"Aku dah bagi tahu sebelumnya kan? Nama aku Taichi, Yanigahara Taichi"

(Louise)
"Bukan itu maksud aku? Kekuatan kau tu tak normal!"

Semua orang di dalam Guild Kagum melihat aksi aku. Tepuk tangan yang sangat meriah. Apa kalian lupa? Kalian juga mangsa aku. Tak apalah, hanya mereka berdua yang melakukan kesalahan.

(???)
"Louise!!"

Tiba-tiba pintu Guild terbuka dengan sangat kuat. Aku melihat sosok seorang perempuan dihadapan pintu Guild.

Penampilan sangat cantik. Rambut dan biji mata yang berwarna ungu adalah ciri-ciri khas daripada perempuan itu. Daripada bentuk tubuh badannya aku rasa dia mungkin berumur sekitar 18-19 tahun.

(Taichi)
"Adakah dia kenalan kau?"

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience