Aku terbangun di sebuah tempat yang sangat asing bagi aku. Di sekeliling aku tiada apa-apa kecuali warna Putih yang tiada penghujungnya.
"Selamat datang ke Alam Dewa Yanigahara Taichi"
Pandangan aku teralih setelah mendengar seorang sedang memanggil nama aku. Dihadapan aku ada Seorang perempuan berambut biru dengan Pakaian Kimino sedang duduk di sebuah singgahsana.
(Airen)
"Selamat Berkenalan Taichi-kun, Nama aku Airen! Aku adalah Dewa! Maaf sebab panggil kau tiba-tiba ke sini tapi sebenarnya aku cuma nak bagitau yang kau dah pun mati "
Seorang perempuan yang mengaku dirinya sebagai Dewa baru sahaja mengatakan aku telah mati. Sebenarnya aku tidak terlalu terkejut dengan pernyataan tersebut kerana aku tidak pernah ingat bagaimana aku mati dan juga rasanya ini tidak begitu nyata.
Aku melihat Awan-awan lalu di hadapan aku, bukan ke awan ini terlihat sangat Nyata? Adakah ini semacam kesan khas? Tapi bukan ke ini terlihat terlalu Nyata untuk disebut "Kesan Khas" Pada awalnya aku berfikir ini hanyalah sebuah mimpi jadi aku pun mencubit pipi aku untuk memastikannya, rasa sakit!! Ternyata ini bukanlah mimpi.
(Airen)
"Apa yang kau buat?"
(Taichi)
"Aku cuma berharap yang aku sedang bermimpi"
(Airen)
"Ini bukanlah sebuah mimpi tapi ini adalah kenyataan. Ada beberapa sebab kenapa kau dipanggil ke sini jadi kita tak perlu cakap perkara yang tak perlu dan aku akan terus ke topik utama"
Airen kemudian berdiri dan matanya pun terus menatap ke arah aku. Pandangan mata kami saling bertatapan satu sama lain. Sejujurnya pandangan mata itu membuat aku sedikit ketakutan tapi aku tetap berusaha bersikap tenang. Setelah itu Airen mula berjalan melalui anak tangga dan-
"Ahhhhhhhhhh"
Dia terjatuh?
(Airen)
"Ahhhhhh! Sakitnya"
Menurut aku pakaian yang dia pakai itu terlalu besar sehingga menyukarkan dia untuk berjalan. bukankah lebih baik kalau dia memakai pakaian yang mudah untuk bergerak?.
Airen kemudian berdiri sambil memegang pingangnya yang kesakitan. Aku yakin itu pasti sakit kerana dia jatuh tadi seperti sebuah bola yang sedang berputar dengan sangat kencang.
Aku cuba menahan diri untuk ketawa bila teringat kejadian itu, Airen yang sedar aku sedang ketawa melihat ke arah aku dengan tatapan mata yang agak kecewa aku pun dengan cepat pandang ke arah lain.
(Airen)
"Hmmmm?"
(Taichi)
"Maaf...."
Airen memetik jari dan Secara tiba-tiba Pakaiannya berubah kepada T-shirt berwarna biru dan seluar Jean Berwarna Hitam. Oh ya sekarang dia memakai sebuah topi. Kalau dia boleh berpakaian normal kenapa tak lakukan dari tadi?
(Airen)
"Sekarang jadi lebih mudah untuk bergerak"
(Taichi)
"Boleh aku tanya sesuatu?"
(Airen)
"Ya boleh, Silakan tanya apa pun yang kau nak"
(Taichi)
"Bukan ke kau cakap yang aku dah mati? Jadi kenapa aku boleh berada di sini?"
(Airen)
"Aku sebenarnya tidak diizinkan untuk beritahu kau tentang itu tapi aku boleh beritahu kenapa kau dipanggil ke sini "
Airen berjalan ke Arah aku dan dia berhenti tepat di hadapan aku , Setelah itu kedua-dua tanganya memegang bahu aku dengan erat. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku tapi sekarang jadi kelihatan lebih semangat dan matanya mula bercahaya seperti bintang di langit.
(Airen)
"Kau adalah orang yang di pilih oleh 7 Dewi untuk selamatkan Garsia!!"
(Taichi)
"Tunggu dulu! Aku tak faham "
(Airen)
"Kau adalah seorang pahlawan "
(Taichi)
"Ehhhh? Maaf aku tetap tak faham apa yang kau katakan?"
(Airen)
"Aku akan jelaskan dengan lebih terperinci. Garsia adalah sebuah dunia yang menyerupai Bumi tapi kehidupan di sana tidak lah maju tapi Mereka mempunyai Kelebihan dalam menggunakan sihir. Garsia mempunyai 7 kerajaan dan setiap kerajaan mempunyai Dewi masing-masing dan salah satunya adalah aku. Di Garsia manusia dan Iblis selalu sahaja berperang sehingga membuat dunia itu menjadi tidak lagi seimbang. Jika ini terus berlaku Garsia akan berakhir atau kiamat"
(Taichi)
"Aku sedikit faham dengan situasinya tapi aku tak pernah setuju untuk lakukan apa-apa"
Bukankah ini keputusan sepihak? Kehidupan di alam lain pasti lebih baik daripada menyelesaikan Masalah yang tidak jelas seperti menyelamatkan dunia.
(Airen)
"Dengar sini Taichi-kun, Kehidupun di Syurga tidak seindah yang kau bayangkan "
(Taichi)
"Kenapa kau tahu apa yang aku fikirkan?"
(Airen)
"Kerana aku adalah adalah dewa"
Itu bukan alasan yang bagus kerana telah menganggu Privasi orang.
(Airen)
"Jadi Taichi-kun kau akan dihantar ke dunia lain sebagai pahlawan tapi aku tak boleh hantar kau ke sana kalau belum dapat persetujuan dari kau?"
(Taichi)
"Aku ada pilihan lain?"
(Airen)
"Sudah tentu tidak"
Airen menjawab pertanyaan aku dengan sebuah senyuman. Kenapa aku rasa seperti sedang dipermainkan dari tadi.
(Taichi)
"Baiklah Aku akan pergi tapi dengan satu syarat "
(Airen)
"Oh kau tiba-tiba jadi bersemangat! Jadi apa syaratnya?"
(Taichi)
"Aku nak sebuah senjata yang membuat aku terlihat kuat di Garsia"
(Airen)
"Haaa~"
Airen terlihat sedikit mengeluh dan kemudian dia meneruskan apa yang ingin dikatakan.
(Airen)
"Kau tak perlu risau tentang itu, Kami sudah menyiapkan semuanya untuk kau dari persediaan , kelengkapan dan juga identiti diri"
Sebenarnya ini bukan lah keputusan yang aku inginkan tapi hidup di dunia lain tidak buruk juga. Di kehidupan sebelumnya semua tidak berjalan sesuai kehendak aku jadi kali ini aku akan lakukan yang terbaik.
(Airen)
"Satu lagi aku lupa nak beritahu bahawa kami semua akan membantu dalam perjalanan kau"
(Taichi)
"Bagaimana caranya kau nak bantu aku?"
(Airen)
"Di Garsia terdapat tujuh menara yang ada di setiap kerajaan jadi aku nak kau cari kesemua menara itu. dan aktifkan lingkaran sihir yang ada di sana. Menara aku ada di Regulus jadi kau akan dengan mudah berjumpa dengan aku dan Ketika kau berjumpa dengan yang lain mereka juga akan membantu kau"
(Taichi)
"Regulus? Bagaiaman dengan yang lain?"
(Airen)
"Kalau aku beritahu kau ia tidak akan terlihat menyeronokkan hahaha"
Menyusahkan, Kenapa aku mesti mencari menara yang aku sendiri tidak di mana lokasinya. Adakah mereka memang tidak mempunyai niat untuk menolong aku?.
(Airen)
"Dengar sini Taichi, Kami semua tidak diizinkan untuk membantu kau terlalu banyak kerana itu akan menganggu kesimbangan dunia"
(Taichi)
"Baiklah aku faham."
(Airen)
"Kalau macan tu aku akan bawak kau ke sana sekarang!"
Sebuah cahaya berwarna biru muncul pada tangan kanan Airen. Setelah beberapa saat kemudian kepala aku mula sakit dan kesedaran aku mula hilang secara perlahan-lahan.
Bersambung
Share this novel