BAB 2

Thriller Completed 4402

Kes 1 (tahun 1983) – Sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan merancang untuk memulakan kehidupan baru di kota ini. Rumah tersebut telah disewa di atas faktor harga sewa yang murah dan kedudukannya yang agak privasi. Selang beberapa bulan menginap mereka diganggu dengan pelbagai gangguan yang aneh lagi menyeramkan. Kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut,pasangan suami isteri itu nekad untuk berpindah. Sebulan setelah berpindah,dikhabarkan pasangan suami isteri itu telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.

Kes 2 (tahun 1990) – 7 tahun berlalu,empat sekawan yang menuntut di universiti bersepakat untuk menyewa di rumah bernombor 13 itu kerana jarak antara rumah tersebut dan universiti tidak begitu jauh. Namun,empat sekawan itu hanya mampu bertahan menyewa di rumah tersebut selama sebulan. Pada hari terakhir mereka tinggal di rumah itu,satu kejadian yang mengerikan telah berlaku. Salah seorang daripada rakan mereka ditemui mati tergantung di atas pokok di belakang rumah. Mayatnya ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan mata yang dicungkil,lidah yang terjulur keluar serta perut yang terobek. Sejak kejadian itu,mereka terus berpindah dan sehingga sekarang tiada siapa yang mengetahui di mana mereka berada. Mereka seolah-olah menyembunyikan diri dari suatu kuasa jahat yang mengejar dan memerhati mereka setiap masa.

Kes 3 (tahun 1999) – Rumah itu kembali disewa oleh pasangan suami isteri. Kehidupan mereka sangat harmoni dan bahagia ditambah pula dengan kehadiran seorang cahaya mata. Namun,kebahagiaan yang dikecapi telah direnggut. Sejak menyewa di rumah tersebut,pasangan tersebut sering bertengkar dan mereka juga sering diganggu dengan perkara-perkara yang bersifat halus. Kemuncaknya sangat mengerikan. Mayat si isteri ditemui dengan anggota badannya dikerat kepada 13 bahagian. Anak mereka pula ditemui tanpa kepala hanya bahagian tubuh sehingga ke leher sahaja yang dijumpai. Manakala si suami pula,mati tergantung di kipas ruang tamu. Mayat mereka bertiga ditemui setelah tiga hari berlalu. Itupun setelah salah seorang penduduk setempat terbau bau yang sangat busuk datang dari rumah tersebut.

Niza membacakan satu persatu kes yang terjadi di rumah tersebut kepada 4 orang rakannya iaitu Asri,Hafiz,Faiz dan Atilia . Helaian kertas A4 yang mengandungi butiran kejadian yang berlaku turut diserahkan kepada rakan-rakannya. Masing-masing tekun membaca dan memahami butiran yang terkandung di dalam helaian kertas tersebut. Sesekali dahi mereka kelihatan berkerut. Mungkin perasaan gerun terbit di dalam diri tatkala terbaca kejadian mengerikan yang telah menimpa setiap penghuni rumah tersebut.

Sebenarnya mereka berlima merupakan sahabat baik sejak dari bangku persekolahan lagi. Meskipun telah 3 tahun meninggalkan alam persekolahan tetapi ikatan tali persahabatan antara mereka berlima masih teguh. Mereka mempunyai minat yang sama iaitu cenderung terhadap mengkaji,menyelidik mahupun menyiasat terhadap sesuatu fenomena yang bersifat paranormal. Kejadian-kejadian paranormal yan sering dikaitkan dengan perbuatan makhluk halus sering menarik perhatian mereka berlima.

Oleh itu,atas persetujuan bersama satu kumpulan khas yang dianggotai oleh mereka berlima telah ditubuhkan. Usia kumpulan ini baru menjangkau satu tahun. Dalam tempoh itu,telah banyak pengalaman yang diperolehi mereka berkaitan fenomena paranormal ini. Mereka melakukan perkara ini hanya kerana sukarela dan bukan bertindak atas bayaran. Kerana minat yang mendalam kadang kala mereka sanggup untuk bermalam di sesuatu tempat yang dikatakan berpenunggu bagi membuktikan kesahihannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience