“Dari mana kau dapat maklumat tentang semua perkara ni?”soal Asri ingin mendapatkan kepastian.
“Sebenarnya,kisah mengenai rumah tersebut pernah heboh seketika satu ketika dahulu. Aku berjaya dapatkan info tentang perkara yang terjadi tu dalam Google.”jelas Niza. Semua mata kini tertumpu ke arahnya.
“Ke mana perginya pemilik rumah ini. Tak kan dia tinggalkan rumah ini begitu saja?”soal Faiz pula.
“Itu aku kurang pasti. Tetapi dari apa yang aku pernah dengar,pemilik rumah itu telah meninggal dunia. Ada juga info yang mengatakan pemilik rumah itu telah menjadi gila dan kini ditempatkan di Tanjung Rambutan.”tenang Niza menjawab. Sememangnya salah satu ciri yang perlu ada dalam diri setiap ketua kumpulan. Kemudian Niza mengedarkan sekeping gambar kepada setiap ahli kumpulannya.
“Itu adalah rumah yang aku maksudkan tadi. Tengok gambar tu baik-baik. Aku mahukan kata sepakat dari korang sebelum kita menjalankan sebarang aktiviti di rumah itu.”ujar Niza. Masing-masing tekun memerhatikan ganbar yang diedarkan oleh Niza itu.
“Aku tengok rumah ni nampak macam biasa saja. Tiada apa pun yang menyeramkan.”tingkah Hafiz. Niza tidak memberikan sebarang reaksi. Dia masih menantikan jawapan dari ahli kumpulan yang lain.
“Kau pasti ke ini rumahnya? Nampak biasa sahaja.” Atilia mula bersuara. Dia bersependapat dengan Hafiz. Mungkin pengalaman mereka yang pernah berkunjung ke rumah yang lebih menyeramkan membuatkan mereka bertanggapan sedemikian. Yang lain hanya mengangguk-angguk setuju kecuali Asri yang kelihatan mendiamkan diri. Dia kelihatan resah.
“Jadi korang setuju ke kalau kita jadikan rumah ini sebagai lokasi kita seterusnya?”soal Niza ingin mendapatkan kepastian.
“Sedangkan tanah perkuburan pun kita pernah bermalam,apa lar sangat rumah usang ni.”balas Hafiz. Terselit keangkuhan dalam kata-katanya itu. Anggota kumpulan yang lain tergelak kecik kecuali Asri. Dia masih tekun melihat gambar tersebut.
“Kalau begitu kita jalankan aktiviti hujung minggu ini. Korang semua berkumpul dekat ruamh aku macam biasalah ye.” Niza memberikan arahan yang acap kali didengari oleh mereka.
“Aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini.”ujar Asri secara tiba-tiba. Semua mata terarah kepadanya.Asri kelihatan gelisah.
“Apa yang tak kena?”soal Niza. Yang lain menanti memandang Asri dengan pandangan yang menghairankan. Sebelum ini Asri tidak pernah berkelakuan seperti itu.
“Entah, Aku dapat rasakan ada sesuatu yang..aku sendiri tidak pasti.”balas Asri. Dia menatap semula gambar tersebut.
“Kalau kau tak nak ikut tak mengapa. Kami tak memaksa.”balas Niza. Sememangnya tiada paksaan dalam menyertai aktiviti itu. Asri menggeleng perlahan tanpa suara. Niza mengangguk perlahan. Lantas sesi perbincangan berkenaan aktiviti yang akan diadakan hujung minggu ini diteruskan.
“Belum pernah seumur hidup aku berasa takut sebegini. Hati aku tidak sedap. Aku pasti ada sesuatu yang bersifat kejam sedang bersembunyi menanti kehadiran kita di dalam rumah itu.”kata Asri secara tiba-tiba. Semua terdiam mendengar kata-kata Asri seraya mengalihkan pandangan ke arahnya. Asri bingkas bangun menggalas begnya dan terus berlalu keluar meninggalkan rakannya yang lain dalam keadaan terpinga-pinga.
***
Hujung minggu yang di nanti telah tiba. Mereka berlima telah mempersiapkan segala peralatan yang perlu bagi menjalankan aktiviti tersebut. Antara peralatan yang dibawa ialah . Segala peralatan tersebut dibeli sendiri menggunakan wang hasil kerja yang dikumpul sedikit demi sedikit. Minat yang mendalam terhadap hal berkaitan paranormal menyebabkan mereka berlima tidak kisah untuk mengeluarkan duit bagi membeli segala peralatan yang ada di antaranya mencecah harga ribuan ringgit. Sebaik segalanya telah siap,mereka berlima berangkat menuju ke destinasi dengan menaiki kereta Niza.
Share this novel