Aku terjaga dan seperti aku berada di sebuah bilik yang kotor dan busuk serta gelap.
tiba tiba,pintu terbuka.
Aku bangun. nasib baiklah aku tidak di ikat.
seseorang melangkah masuk iaitu Kemikaze,orang kanan Blackmirror.
aku dapat syak yang aku ditangkap oleh kumpulan yang paling aku benci,Evilution.
agak sukar untuk aku bertarung dengan Kemikaze.dia memang kuat.
'kalau lah ada Iman....'detik di hatiku.
kerana aku pernah terjumpa Kemikaze dan dia mengajak aku bertarung dengan nya.aku hampir kalah.nasib baik Iman datang tepat pada masanya.semasa Iman mahu membakar Kemikaze,
Kemikaze lari dan Iman berkata kepada ku "kau jangan risau...aku ada dengan kau."
Seperti yang aku jangkakan, Kaze ingin aku untuk join kumpulan nya.
aku menolak dan aku tahu yang aku akan dipukau.
kerana Iman berkata dia pernah ditangkap tetapi dia sempat untuk melarikan diri.
Aku dipukau dan nasib baik aku dapat tahan di saat saat akhir.aku menutup mata ku.mereka sangkakan yang aku sudah di pukau jadi,mereka lepaskan aku.
Selepas mereka melepaskan aku,Kaze berkata"kau kena ikut aku."
"jangan harap."kata ku sambil tersenyum sinis.
aku bertarung dengan mereka dan juga Kaze.
tetapi, Blackmirror hilang.ahli yang lain sudah pengsan dan Kaze pula sedang terbaring keletihan.begitu juga aku.tetapi aku gagahkan diri untuk melarikan diri walaupun dengan darah yang berlumuran.
*********
Aku pulang ke rumah.tetapi apa yang mengejutkan aku,rumah ku senyap sunyi dan seperti tiada apa apa di dalam rumah.
aku terlihat sehelai kain rentang yang tertulis'Maaf,kami telah berpindah ke London.'apa? mereka berpindah tanpa aku?
macam mana mereka boleh berpindah dengan begitu cepat?
aku melihat ke rumah Iman dan kelihatan bilik nya gelap. 'mungkin masih tidur' fikir ku.
Aku mengapungkan diri ku dan dan masuk ke bilik Iman. aku meninggalkan sekeping surat terakhir untuk sahabat ku.
'Iman, kalau kau dapat kertas ini,bermakna aku dah tak ada.tapi,aku tetap ada dalam hati kau.ingatlah aku selalu.jaga diri kau elok elok.ini adalah surat terakhir daripada aku.maaflah kalau aku ada buat silap.terima kasih sebab dah jadi sahabat aku dan dah simpan rahsia aku sampai hari ini.Bye-Liyani.'
selesai aku menulis kertas itu,aku pergi.
tapi, ke mana harus aku pergi?
Share this novel