Aku pergi ke tempat persembunyian aku.
kelihatan tempat itu huru hara.
Aku syak ini semua kerja orang-orang suruhan Blackmirror.
aku perlu membuat tempat persembunyian yang baharu.
entah siapa lah yang bagitau tempat ini.
takkanlah Iman sebab cuma aku dengan dia sahaja yang tahu.
tapi,kami dah janji untuk menyimpan rahsia antara satu sama lain.
tetapi aku percaya kan dia..
arrrggghh.....
fikiran ku keliru sekarang ini.
aku mengekori Iman hampir setiap masa.dia takkan tahu aku mengekori dia sebab aku menggunakan kuasa halimunan.
Aku pelik kerana dia suka bercakap sendirian sejak akhir-akhir ini.
Sebelum aku mengekori Iman,aku telah pun membuat rumah persembunyian yang baharu di hutan kerana terdapat banyak alam semulajadi di sana.
di waktu malam aku tidak mengekori Iman kerana aku perlu memekarkan tumbuhan seperti bunga.aku gembira melihat pokok pokok itu tumbuh mekar.
tapi pada suatu hari ketika aku mengekori Iman,aku ada terdengar dia bercakap dengan Kemikaze.
Kemikaze kata"malam ni,aku ada misi penting untuk kau.kau datang dekat dalam hutan seberang sana pada pukul 12 tengah malam.jumpa sana."
aku terkejut kerana rumah ku berada di situ.
"aku on je.tak de hal,bro."kata Iman pula.
matanya warna merah.
aku pelik. kenapa iman bercakap macam tu je dengan Kemikaze.
macam dah lama kenal.
takkan lah kena pukau sebab hari itu dia kata dia terlepas.takkan dia nak tipu...
aku tahu yang Iman takkan menipu sebab kami dah janji.tiada apa yang perlu dirahsiakan.walaupun hal keluarga.
aku pulang ke tempat persembunyian aku atau dengan erti kata lain, rumah kerana disitu lah tempat aku berteduh,makan, minum dan macam macam lagi.
Aku baru nak hidup senang...nak tunggang terbalik pula...apa yang boleh aku buat ialah melawan sahaja.
aku bersiap sedia.aku sudah berlatih sepanjang hari.pada pukul 11:45,aku semakin berdebar.
aku berfikir sejenak, adakah Iman betul betul di pukau?
Share this novel