Rate

1

Romance Series 2843

BAB 1

Sudut pandangan Haziq

Watch out! Watch out! Superkick! “Oh mak hang” kepala yang terasa berat diketuk-ketuk berkali “damn, sampai ke mimpi pengaruh WWE ni” badan yang lesu direngangkan dan tangan didepakan. Dengan kadar segera jam loceng disebelah katil diperhati, masih awal kata hati. Diperhatikan setiap sudut bilik bujangnya itu, kelihatan penuh dengan barang-barang perhiasan berkonsepkan gusti, dari poster, replika piala, baju hingga la ke patung hiasan semuanya berkonsepkan gusti WWE. “banyak sangat tengok gusti ni, haih” rambut kerintingnya diusap-usap menambahkan kusutnya. Perlahan kaki digerakan turun dari katil dan mengangkat punggung turun dari katil “arghhhhhhh!” tangan didepakan mengajuk gaya ahli gusti Randy Orton “i am the viper Randy Orton” katanya membayangkan diri sendiri menjadi ahli gusti pujaan hati. Dengan langkah malas tuala mandi dicapai lalu bergerak ke kamar mandi. “tolong la hari ni lebih baik dari semalam” bisik hati mengharapkan hari ini berjalan dengan lancar.

Usai mandi, “haih bila la nak kurus ni” perut yang agak buncit dipicit-picit. Telefon bimbit jPhone Z+ dicapai dan diperhatikan ada pemberitahuan WWE menyatakan ‘Randy Orton versus John Cena career vs career match WreatleMania 40’. “Orton wajib menang ni kalau tidak aku berhenti layan WWE” masih dengan obsesnya terhadap WWE, entah apa yang membuatkan dirinya begitu tertarik dengan rancangan gusti itu tidak dapat dikenalpasti. Secara tiba-tiba keluhan panjang keluar dari mulut apabila terbaca pesanan ringkas yang dihantar rakannya ‘bro, duit yang aku pinjam tu gaji bulan depan la aku bayar ya. Bulan ni girlfriend aku ajak pergi jalan-jalan la. Boleh ya bro’ begitulah sifat manusia, bila meminjam bukan main baik lagi ayat yang disusun tetapi bila hendak membayarnya makin cantik la ayat yang disusun untuk meminta tangguh. “Keluar dengan awek boleh bayar hutang liat” marah dalam hati. ‘ok’ ringkas dibalas pesanan ringkas sahabatnya itu. Walaupun mulut menyatakan marah tetapi tidak sanggup dia hendak mendesak sahabatnya untuk membayar hutang. “nasi bujang lagi la hujung bulan ni”makanan biasa dia apabila tiba waktu hujung bulan.

Pakaian kerja disarungkan ke badan dan apabila terasa sudah cukup kemas kaki malasnya terus melangkah keluar dari bilik bujang itu yang ditinggal tanpa dikemaskan terlebih dahulu. Kalau sudah namanya lelaki memang begitulah sifatnya, kurang kemas. Enjin kereta dihidupkan untuk memanaskan enjin, “sempat lagi nak minum ayaq dulu ni” dengan pantas kaki digerakan untuk memenuhi permintaan tekaknya yang haus itu. Air mineral dalam peti sejuk dicapai dan terus diminum, “ahhhhh” lega tekaknya, diperhatikan pingan mangkuk yang belum dibasuh dalam singki dapur “balik nanti la basuh, tak sempat dah ni” walhal dia sudah bagun awal tetapi bermain dengan sifat malasnya apa kerja pun tak jadi. Pantas bergerak keluar rumah dan mengunci pintu rumah, setelah diperiksa dua kali bahawa pintu telah dikunci baru dia masuk kedalam kereta dan terus memandu ke tempat kerja.

Begitulah rutin kehidupan anak kedua dari empat beradik ini.

Sudut pandangan Aisyah

Kringgggg! Perlahan badan diubah kepada posisi duduk dengan kaki yang terlunjur ke hadapan, sambil merenggangkan semua urat-urat badan terkumat-kamit mulut mengucapankan ucapan syukur kepada Allah SWT kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara segar dibumi yang indah ini. Dengan senyum manis terukir dibibir, badan dibawa ke ke kamar mandi untuk mandi dan seraya mengambil wuduk. Usai mandi dan mengambil wuduk sejadah hijau yang diambil di kerusi meja bersolek dihamparkan diatas lantai mengadap kiblat untuk menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Selesai solat, dia duduk berdoa kepada yang maha pencipta agar dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan agar hidupnya mendapat berkat. Begitulah sepatutnya setiap umat islam lakukan setiap hari, akan tetapi ramai telah meluoakan kewajipan itu. Sejadah hijau itu dilipat dan dikucup sebelum diletakan semula di kerusi, sayang benar dia dengan sejadah yang dihadiakan oleh arwah nenek kesayangan itu.

Setelah siap berkemas dan memastikan bilik dalam keadaan kemas, diri dibawa kedapur untuk menjamah sarapan yang setiap hari disediakan oleh ibunya. Bukan dia tidak mahu menyediakan sarapan sendiri tetapi ibunya bagun terlalu awal dan badan dia yang penat itu tidak mampu untuk bagun seawal ibunya. “wah, ibu buat bihun goreng Singapore la hari ni” teruja kerana bihun goreng Singapore menjadi sarapan kegemaran dia sejak kecil lagi. “jangan nak wah sangat, pergi panggil abah kat ruangtamu tu lepas tu pergi kejut adik kau tu ha, nak jadi apa la hari-hari bagun lewat” baru sahaja aisyah hendak bermanja dengan ibunya sudah ibunya mula membebel. Memang begitulah perangai Hajah Sofia, kalau tidak membebel sehari tidak sah. “baik ibu” ringkas dijawabnya lalu dicuitnya pinggang Hajah Sofia, “eh budak ni cucuk-cucuk pulak” belum sempat hendak dibalas Aisyah telah berlari anak keluar dari ruangan dapur bersama tawa dimulut.
“Abang long balik tak minggu ni ibu? Minggu lepas tak balik pun” abang sulung yang berkerja diluar daerah agak jarang balik ke rumah sejak dinaikan pangkat. “ibu telefon dia semalam katanya minggu ni balik tapi belum pasti lagi katanya” jelas Hajah Sofia. “nasib la kerja luar daerah ja kalau dah keluar negeri tu ke Melaka ka ke Johor ka lagi jarang la abang long balik” cebik adik lelakinya yang baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-10. “Ucu, tak baik cakap macam tu. Long tak balik bukan saja-saja, dia banyak urusan kerja tu” Haji Ismail faham sangat yang anak bongsu dari tiga beradik itu kecewa dengan abangnya yang tidak pulang menyambut ulang tahun kelahirannya.

Selesai bersarapan satu keluarga Aisyah bersalaman dengan kedua-dua orang tuanya sebelum masuk kedalam dan memandu ke butik yang diusahan oleh dirinya sendiri. Begitulah rutin kehidupan seharian satu-satunya anak gadis hasil perkongsian hidup diantara Hajah Sofia dan Haji Ismail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience