Rate

2

Romance Series 2843

Bab 2

Sudut pandangan Haziq

Kereta dipakir dan seraya kaki melangkah keluar dari kereta Proton Inspira berwarna hitam mati itu. Langkah dibawa menuju ke meja kerjanya. “pagi bro” muka sabahat karib yang menyakitkan hati sudah muncul.

“Bukan main senyum lagi muka ya, cuba la muka bersalah sikit” haziq berbicara dalam hati kecilnya. Dia tidaklah marah benar dengan sahabatnya itu Cuma geram kerana liat bayar hutang. Patutnya hutang didahulukan bukannya teman wanita.

“Pagi mister joe jambu” balas haziq malas melayan. Senyum joe makin besar, tahu sangat dia perangai haziq, kalau dah ditambah ‘jambu’ dibelakang namanya maka Haziq sedang angin atau sedang berkecil hati dengannya. “ala bro jangan la marah aku bro, gaji bulan depan serius aku bayar ya. Kau percaya aku kan?”

Percaya memang percaya tetapi masuk ini dah tiga kali tempoh bayaran diminta tangguh. Andai kata dia meminjam dari Ah long sudah bertimbun jumlah bunga yang perlu dibayar. Nasib la dia meminjam dari Haziq yang sememangnya sahabat karib dia. “ya aku percaya kat hang. Hutang-hutang hang sebelum ni pun semua hang bayaq tapi lambat macam tunggu kura-kura nak habis lari merentas desa” perli Haziq dalam nada gurauan.

Sampai macam tu sekali kiasan yang digunakan. “lambat sangat ka aku bayar? ” tanya joe dalam hatinya. “You the man la bro, aku janji gaji depan aku bayar. Kalau aku tak bayar, kau ludah pipi aku.” Joe berjanji sambil menampar lembut pipi kanannya.

Haziq geleng kepalanya melihat telatah joe. Gemar benar sahabatnya itu berjanji dengan menyuruh orang lain meludah pipinya, kalau-kalau tak tertunai kan dah naya pipi kena ludah. “dah shuhh, hang pi main jauh-jauh aku nak buat kerja aku.” Sambil digerak-gerakan tangan tanda mengusir.

Sedikit pun dia tidak terasa dengan gaya haziq mengusirnya kerana tahu itu semua hanya gurauan. “weh, kau cuba la kurangkan loghat utara kau tu, we’re at kuala lumpur weh” mana la boleh hilang loghat utara dari mulut haziq, dia begitu selesa degan loghat tempat asalnya.
“by the way, kes mama kau nak bagi kau jodoh tu mcm mana?” joe menambah. Ibu haziq sedang dalam proses untuk menyatukan haziq dengan gadis pilihannya.

“bab tu joe, haihhhhhh” keluhan panjang dilepaskan keluar dari mulut.

Sudut pandangan Aisyah

“assalamualaikum cik Aisyah boss kesayanganku” sapa Mimi staff butik perusahaan Aisyah. Memang benilah cara Mimi menyapa Aisyah setiap hari, penuh dengan wajah yang ceria dan ucapan yang menyenangkan hati. Sesuai dengan sikapnya yang begitu manja sekali.

“Waalaikumusalam staff-ku yang comel” balas Aisyah sambil tersenyum. Aisyah sangat rapat dengan pekerjanya. Dia tidak mahu menghidupkan jurang antara pekerja dengan majikan, itulah cara dia yang membuatkan pekerjanya senang dengan dirinya.

“mana hanis?” ringkas soalan yang ditujukan.
Mimi mula gelisah. Hanis ni pun nk cuti tu cuba cakap sendiri kat boss. Omel mimi didalam hati. “saya tanya mana hanis” suara Aisyah sudah mula tegas.

“errrr emmm errr” Mimi masih belum menjawab soalan Aisyah. Kening Aisyah sudah mula dinaikan. Petanda awal bahawa Aisyah sudah mahu marah ialah keningnya akan dinaikan lebih tinggi dari Gunung Kinabalu.

“cuti?”

Mimi sekadar menaganguk perlahan. Maka akan bermulalah mulut petir miss boss. “kan saya dah cakap kalau nak cuti beritahu saya dua hari awal, sekarang ni kerja sia sapa yang nak siapkan? Saya? Awak? Orang kedai sebelah? Menteri? Siapa?” Mimi terdiam sambil mengangkat bahu. “saya dah cukup baik kan. Tak cukup baik ke saya ni? Bukan saya taknak bagi cuti cuma tolonglah beritahu awal supaya saya boleh cuba datang awal ke cari part timer ke” Aisyah masih membebel tanpa henti. “sebab awak terilabat sekali tak nasihatkan si hanis tu maka kerja dia awak yang kena settlekan” Aisyah menghentikan bebelannya dan terus masuk ke pejabatnya.

Dari dalam pejabat terdengar bunyi ketukan pintu. “masuk” seraya pintu dibukak dan wajah Mimi kelihatan. “kenapa? Nak cuti juga?” orang lain yang salah orang lain yang kena marah. “ehh tak, Cik Farah datang nak jumpa boss” nama yang tidak asing lagi dalam hidup Aisyah sepanjang 23 tahun ini. “suruh dia masuk” senyuman lebar diukir diwajah aisyah.

“hai cik boss” sapa Farah, sebaik masuk ke pejabat Aisyah. “rindunya aku kat kau Aisyah” kedua-dua sahabat karib sejak kecil itu berpelukan. Farah masih belajar di luar negeri nuh jauh di Kelantan, sedangkan Aisyah terus membuka butik selepas taman pengajian peringkat diploma. Agak sukar untuk mereka berjumpa selalu.

“kau apa khabar Farah, makin gebu pipi kau ye” Aisyah mengusik Farah. “khabar baik la sis, ehh betul ke makin gebu ni” dipicit-picit pipinya sendiri. “aku dah gemuk ka Aisyah?” biasalah perempuan, cukup takut jika berat badan naik. “aku gurau jelah Farah, kau masih flawless lagi la” sepontan terhambur tawa kedua-gadis itu.

Setelah panjang lebar mereka berborak, soalan yang paling bahaya ditujukan oleh Farah kepada Aisyah. “kau dah jumpa calon suami belum ni, kau ada masa sebulan je lagi sis” soalan itu mengembalikan memory Aisyah tentang janjinya dengan ibunya bahawa jika dalam masa 12 bulan dia masih belum ada calon suami maka ibunya akan memilih calon suami untuk aisyah.

“bab tu ye Farah, haihhhhhhh” keluhan panjang dilepaskan oleh Aisyah.

-nanti aku sambung ya, tulis time boring2 ja ni. Btw sapa minat gusti boleh komen nama superstar fav hampa-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience