Rate

Bab 1

Mystery & Detective Series 1394

Fatima, gadis kecil yang usianya belum genap sebelas tahun itu tengah duduk merengkok di kubangan air keruh di bawah jambatan kayu di sebuah sungai kecil di kampung Madama, Selatan Nablus, Palestin. Terlindung dari pandangan para tentera pemburu iaitu Tzva HaHagana LeYisra'el yang dipimpin Kolonel Ariel Sharon.

Dibantu hari yang mulai senja dan kewujudan rumput liar tebal di sekitar sungai yang menyamarkannya. Fatima masih menutup mulutnya sendiri erat-erat dengan kedua tangannya. Sambil itu ia tidak putus menzahirkan do’a yang entah bagaimana, berharap agar tentera pemburu itu segera pergi. Ketika dibekap mulutnya, dia merasakan semakin kuat nafasnya kedengaran turun dan naik. Air mata kian membanjiri kelopak matanya dan menitis sebati ke dalam aliran keruh air sungai seiring ketakutannya yang terus tumbuh setinggi gunung.

Disamping Fatima, wujudnya seorang gadis muda yang sedang memeluk tubuh kecil seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur. Bayi lelaki ini ditemukannya secara tidak sengaja diantara mayat yang bergelimpangan di Pasar Bakara semasa melarikan diri dari tentera pemburu yang sedang melaksanakan pembantaian terhadap penduduk Nablus.

Wafa, gadis muda itu terus menerus menggerakkan secara lembut tangan kanannya untuk menidurkan bayi lelaki tadi. Pergerakannya itu juga seolah-olah menyalurkan kekuatan dirinya kepada bayi lelaki tadi. Dengan tatapan yang sama ketakutannya dengan Fatima, Wafa cuba untuk terus membangunkan seberapa keberanian yang masih bersisa di dalam dirinya. Dia sangat bersyukur bayi tersebut masih tertidur, tapi sampai bila ia tidak tahu.

Bayi lelaki dalam pelukan Wafa itu tidak pernah tahu apa yang sebenarnya terjadi pada saat ini. Semenjak dipeluk dengan erat dan penuh kasih oleh Wafa, bayi itu terus tertidur. Sementara itu, Wafa berharap agar bayi itu terus tidur dan bernafas dengan tenang.

Wafa sendiri tidak yakin bagaimana ia akan menjaga bayi itu. Dia hanya berfikir untuk menyelamatkan bayi itu sahaja. Dia sendiri tidak terlalu ingat apa yang telah terjadi. Memorinya seakan seperti video rosak yang tersekat-sekat. Jika Wafa mengingati kembali kronologi hari ini, boleh saja ia meninggalkan bayi itu tadi. Tapi entah apa yang membuatnya memilih membawa bayi bersamanya. Yang jelas otaknya sedang buntu ditengah ketakutan dan kekalutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience