Puteri Amira selaku puteri tunggal kepada Raja Hafiz dan Permaisuri Hana juga kepada Negara Underworld ialah seorang puteri yang penyayang dan suka akan warna merah, tetapi berbanding dengan puteri - puteri di negara lain, Puteri Amira ialah seorang yang gemar akan benda yang lasak, malahan berbanding memakai baju gaun, Puteri Amira lebih suka memakai baju dan seluar panjang.
"Amira!" laung Permaisuri Hana, ketika ada majlis - majlis peting beginilah anak tunggalnya menghilang, "ya bonda?" sahut Puteri Amira, "kemana sahaja kamu menghilang Amira? Sekarang pergi bersiap, bonda dan ayahnda akan tunggu di balairung istana." kata Permaisuri Hana sambil memberi Puteri Amira sebuah gaun dan selendang berwarna biru langit. "Tapi bonda..." belum sempat Puteri Amira berkata - kata, tiba - tiba Permaisuri Hana berkata "tiada tapi - tapi pakai baju dan tudung itu sekarang!" kata Permaisuri Hana dengan tegas. "Baik bonda" kata Puteri Amira, dengan hati yang berat dia segera menukar baju dan memakai selendang yang diberi oleh bondanya tadi.
30 minit kemudian....
Seluruh rakyat jelata di Negara Underworld berkumpul di balairung istana, mereka semua sedang menunggu kehadiran Puteri yang bakal ditabalkan sekejap lagi.Gendang istana mula berbunyi menandakan Puteri Amira sudah tiba, semua rakyat jelata yang berada di balairung istana itu meletakkan tangan kanan ke dada kiri dan menundukkan sedikit kepala mereka sebagai tanda hormat mereka terhadap Puteri Amira. Sedang Puteri Amira menyusun langkahnya dia berkata didalam hati "saya benci untuk memakai baju gaun ini ianya ibarat memakai rantai besi di badan" rungut Puteri Amira. Setibanya dia di singgahsana istana dia menundukkan sedikit kepalanya.
Raja Hafiz mengambil sebuah tiara yang bertatah kan emas dan permata kemudian berkata, "hari ini anakanda beta iaitu Puteri Amira telah genap berumur 20 tahun dan juga bakal permaisuri bagi Negara Underworld ini" kemudian Raja Hafiz meletakkan tiara tersebut diatas kepala Puteri Amira dan memberi Puteri Amira sebilah pedang perak sebagai hadiah kepada hari lahirnya. Setelag selesai upacara tersebut semua rakyat jelata bertepuk tangan dan gembira melihat bakal permaisuri mereka itu.
This is my first novel hope you guys enjoy
Share this novel