Setelah selesai majlis pertabalan, mereka semua pergi ke Dewan Mentari untuk jamuan besar - besaran. Terdapat banyak juadah dihidang untuk seluruh rakyat jelata.Sementara ayahnda dan bonda Puteri Amira melayan rakyat jelata itu Puteri Amira menyelinap keluar hanya untuk mencuba pedang yang diberi oleh ayahndanya tadi."Wah! Berat juga pedang ini." kata Puteri Amira sambil cuba untuk menghayunkan pedang yang berwarna biru tua itu, "saya harap bonda dan ayahnda tidak sedar akan pemergian saya ini' kata Puteri Amira dengan nada yang risau. Dia menghayunkan pedangnya selama beberapa minit. Setelah selesai puteri itu pun kembali semula ke dewan tersebut.
Sedang mereka semua berseronok dengan jamuan tersebut, t iba - tiba bangunan istana yang tersegam megah itu bergegar. Istana yang berusia 50 tahun itu mula runtuh sedikit demi sedikit. Semua orang yang berada di situ mula menjerit ketakutan. Terdapat beberapa orang yang tekorban kerana dihempap oleh dinding yang runtuh itu. Suasana di dewan tersebut kacau bilau. Disebalik kekecohan itu terdapat beratus ratus askar dari Negara Willy menceroboh istana itu. "Sudah lama kita tidak berjumpa, Raja Hafiz" terdapat satu suara disebalik asap yang menyelubungi istana itu. "Si-siapa kau?" tanya Raja Hafiz, dia berasa sangsi dengan suara tersebut, seakan - akan pernah didengar suara tersebut cuma tidak ingat akan wajahnya. "Sudahkah kau lupa dengan aku?" kata pemilik suara itu sambil menonjolkan dirinya. "Kau.." kata -kata Raja Hafiz berhenti disitu, mukanya pucat, lidahnya kelu. "Raja Rykal!" tiba - tiba Permaisuri Hana berkata, riak mukanya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Kusangka kamu berdua sudah lupa akan diriku ini" kata Raja Rykal.
"Apa yang kau mahu Rykal?" tanya Raja Hafiz dengan marah. Raja Rykal yang dahulu kawan baiknya, kini menikam belakangnya. "Aku tak sangka yang kau sanggup menikam belakang aku, bukankah kita ialah sahabat suatu ketika dahulu?" tanya Raja Hafiz lagi, dia seakan akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya hari ini. "Itu dulu Hafiz, sekarang kita bukan lagi sahabat!" kata Raja Rykal dengan marah. "Mengapa kau sanggup buat begini Rykal?" kata Raja Hafiz, "Aku buat begini kerana cemburu dengan kau, kau ade isteri dan zuriat, sedangkan aku yang tidak mempunyai apa - apa ini hanya dapat melihat kau bahagia dengan semua ini" Raja Rykal berhenti seketika, "tetapi bukan itu tujuan aku menghancurkan istana kau yang tersegam indah ini, aku mahukan.." "PERMATA MAGIKA! semua orang tahu tentang permata magika yang berkuasa dan membawa tuah itu, tidak hairanlah semua tanaman dan negara kau subur dan aman sentiasa. Sekarang berikan permata itu atau akan aku hapuskan negara kau!" gertak Raja Rykal, dia cemburu dengan kesenangan yang Raja Hafiz ada sedangkan negaranya tidak lah indah dan tanamannya pula tidak selalu segar seperti Negara Underworld itu.
"Semua tanaman yang terdapat di negara ini dan keindahan dan kedamaian di negara ini adalah kurnian Allah S.W.T Rykal, ini semua adalag kurniaannya. Permata yang dikatakan membawa tuah itu hanyalah khabar angin, bukanku tidak mahu memberikan permata itu padamu tetapi, permata itu adalah hadiah turun temurun dari nenek moyangku." pujuk Raja Hafiz dengan tenang, dia tidak mahu rakan karibnya itu percaya dengan khabar angin yang tidak benar. "Ah sudahla kau berkata begitu hanya kerana kau ingin menyimpan permata itu untuk kebaikan mu sendiri! Askar bersedia untuk berperang!" arah Raja Rykal, dia masih tidak berpuas hati walaupun sudah dipujuk oleh Raja Hafiz.
"Baiklah jika ini yang kau mahukan, panglima, kumpulkan semua askar diraja, kita akan bersedia untuk berperang!" arah Raja Hafiz pula, dia tidak sangka Raja Rykal sanggup berperang hanya kerana tamak dengan permata itu. "Adinda, ambil permata itu dan pergi bersama Amira ke bilik bawah tanah dan pergi ke sana" kata Raja Hafiz dengan segera kepada isterinya. "Tetapi.." "tiada tapi - tapi, segera pergi ke sana!" Raja Hafiz segera memotong ayat Permaisuri Hana. "Baiklah" kata Permaisuri Hana.
Second chapter! if ade apa ii yang salah bole ckp. sorry im a newbie:)
Share this novel