LUM 18 | WITHOUT MY PERMISSION

Romance Series 652398

SANDRA yang melihat kedatangan kedua lelaki itu mula berdiri dari duduknya diikuti dengan jasmine dan Karmila.

  "Mirul?, iwan.. Where zahid? Kenapa korang lambat ha?" Soalnya pada kedua lelaki itu sedari tidak melihat kelibat Zahid bersama mereka.

Sedangkan Zahid dan iwan mula terkeluh sambil memandang semasa sendiri tidak tahu harus menjawab apa yang ditanya gadis itu.

  "Kenapa diam? Jawablah! Zahid mana? " Soalnya lagi sedari mirul dan iwan tidak menjawabnya.

  "Err.. Sa.. Sandra.. Nah makanan yang Zahid beli tadi.. Dia nak kamu makan dulu, sebab dia ada hal.." Balas iwan dan terus memberikan makanan pada gadis itu.

Sedangkan mirul hanya mengangguk disebelah lelaki itu mengiyakan apa yang dikatakan iwan. Dia sendiri pun tidak tahu mahu jawab apa.

  "What?!.. Aku dah lama tunggu sini, dia boleh kata dia ada hal? Seriously? Hal apa yang mustahak sangat dibanding jumpa dengan aku ha? " Ujarnya Tidak puas hati.

   "Beb.. Rileks lah.. Mana tahu betul, dia memang ada hal nak kena buat.." sampuk Jasmine cuba untuk menenangkan gadis itu.

   "Takpelah.. Korang makanlah.. Aku dengan iwan nak kena gerak dulu.. " Ujar Mirul meminta diri. Sebelum tiba-tiba Karmila mendekati nya dan memaut lengan nya.

   "Eh.. Eh jap! Takkan you pun nak pergi tinggalkan i? You tak nak teman i makan ke?" rengek Karmila yang sudah memeluk lengan Mirul dengan sengajanya.

Mirul yang sedikit terkejut terus melepaskan tangan Karmila dari memeluk lengannya. Diikuti dengan gelakkan kecil dari iwan yang melihat kejadian itu.

  "Dah lepaslah! Tak malu ke? Peluk tangan orang macam tu.. " Ujar Mirul sedikit geram sebelum menarik tangan iwan untuk segera pergi dari situ. Tak kuasa dia mahu melayan karenah ketiga perempuan itu.

  "Eh you! Tunggu lah i!, Mirul! " Jerit Karmila pada mirul yang sudah berlalu pergi dari situ.

   "mila! Kau asal tergedik-gedik sangat ni ha! Kau tak nampak ke sekarang ni mood Sandra tengah tak okey? " Tegur Jasmine pada Karmila yang dari tadi cuba untuk memanggil kedua lelaki itu kembali.

  "Ish biarlah! Asal jealous?" balas Karmila seraya memutarkan bola matanya malas.

  "Euw.. Tak ada masa aku nak cemburu dengan kau.." Jawab Jasmine turut tidak mahu kalah.

  "Eh korang dua boleh diam tak! Serabut kau tahu tak!" bentak Sandra pada kedua gadis itu yang tidak habis habis bertengkar di hadapan nya.

  "Ni kau punya pasal lah ni!" tuduh Jasmine.

   "Kau lah! Asal aku pulak!" balas Karmila.

  "Eh stop lah sial! Korang buat bising lagi aku jahit mulut korang dua!.." amarahnya tidak puas hati..

Sedangkan Jasmine dan Karmila terus diamkan diri sedari melihat wajah tidak puas hati pada gadis itu. Nampak sangat mood nya sekarang sudah tidak terkawalkan.

* * *

  "Kayla?.. Asal lama sangat pergi toilet? You pergi mana?" Soal amna sedari melihat kedatangan sahabatnya itu.

  "Sorry amna buat kau tunggu lama, tadi toilet kantin rosak aku terpaksa pergi toilet kelas.. Sebab tu lama. " Balasnya sebelum mengambil tempat duduk di hadapan gadis itu.

   "Dah jom lah makan.. Tengok ni makanan pun dah sejuk dah.. Kejap lagi nak habis waktu rehat dah.. Cepatlah habiskan.." ujar amna seraya memberikan makanan yang dipesannya tadi.

  "Kenapa amna tak makan je dulu tadi? Tak lapar ke?.." Soal Kayla sedikit risau. Dahlah gadis itu kelihatan seperti kelaparan menunggu nya.

  "Sebab lapar lah i tunggu, lagipun Kayla pun tak makan lagi.. Dah jom makan dulu tak payah pikirkan apa apa lagi.. " Balas amna sebelum keduanya mula menjamah makanan.

  "Thanks amna.. " ucap Kayla terharu..

   "Ye ye.. Dah jangan cakap.. Kita makan. Habiskan semua tau... Banyak ni" arahnya. Sedangkan Kayla hanya mengangguk seraya tersenyum nipis.

Jeda-

(3:22pm)

Jasmine dan Karmila diikuti dengan Sandra yang baru keluar dari pagar sekolah. Mula terhenti dan memandang ke arah beberapa pelajar yang memandang seorang lelaki yang berdiri menunggu di hadapan kereta dengan memakai cermin mata hitam.

  "Weh!.. Cuba tengok sana.. Abang tu hensemnya.." Jerit Jasmine sedikit teruja. Sebelum Karmila bersamaan Sandra memandang ke arah yang dimaksudkan Jasmine.

Sebelum Karmila dan Sandra turut terkejut dengan kedatangan lelaki itu di hadapan sekolah mereka.. Dengan memakai pakaian yang kemas beserta kereta yang mewah dinaikinya.

  "Hensemnya!..Siapa lelaki tu? Takkan lah cikgu baru kita pulak? " Ujar Karmila teruja cuba untuk meneka siapa lelaki itu

Sedangkan Sandra hanya diamkan diri termenung memandang ke arah lelaki itu tanpa berkedip mata.

Jeda-

Sedangkan Darwish hanya tersenyum kaku sedari banyak pelajar dari sekolah itu memandang padanya tanpa berkedip mata.. Membuatkan nya sedikit tidak selesa.

  "Mana kayla ni? Tolonglah aku nak cepat pergi dari sini" gumamnya risau.

Sebelum beberapa minit Kayla berlari menghampiri Darwish yang berdiri menunggu nya di hadapan sekolah.

  "Sorry abang wish! Lama ke tunggu?" ujar Kayla yang masih tercungap-cungap dari berlari tadi.

   "Dah kayla masuk lah dulu.. Cepat" arahnya sebelum Darwish menyuruh gadis itu untuk masuk terlebih dahulu.

Sedangkan Kayla hanya terpinga-pinga. Sebelum mengikuti lelaki itu untuk masuk kedalam kereta terlebih dahulu.

Jeda-

  "Weh kejap! Tu bukan Kayla ke? Kenapa dia masuk dalam kereta lelaki tu?" Ujar Jasmine sedikit terkejut sedari melihat Kayla masuk kedalam kereta lelaki tadi.

  "Haah lah, tu Kayla lah.. Kenapa dia masuk dalam kereta tu? Lelaki tu siapa? " balas Karmila yang turut terkejut.

  "Perempuan tu betul-betul murah kau tahu tak! Mesti dia jual diri dia untuk dapatkan perhatian lelaki.." ujar Sandra tidak puas hati.

  "Aku rasa mesti Zahid tak datang tadi sebab dia dah dapat tahu Kayla dah muncul semula kan?" Ujar Karmila cuba membatu api kan lagi keadaan.

  "Boleh jadi.. " sampuk Jasmine mengiyakan tekaan Karmila.

Sedangkan Sandra sudah berdengus geram sebelum menghentak kakinya Tidak puas hati.

  "Kita kena singkirkan dia.." tutur Sandra sinis

Sedangkan Karmila dan Jasmine turut terkejut mendengar apa yang dikatakan gadis itu sebelum kedua mereka memandang ke arah Sandra.

  "Beb.. Kau biar betul? Kau nak bunuh perempuan tu ke? Kau tak takut ke?" Soal Jasmine tidak percaya.

   "Tula beb.. I taknak jadi pembunuh, i nak hidup tenang" sampuk Karmila juga tidak bersetuju.

  "Eh aku tak takut lah! Aku lagi takut kalau perempuan tu akan rampas semua hak aku! Korang tak takut ke kalau nanti perempuan tu akan pijak kepala kita nanti?" ujarnya.

  "Tapi takdelah sampai nak bunuh.." balas jasmine.

   "Aku tak peduli! Esok ni aku nak korang tangkap dia dan bawa dia jumpa aku esok faham?" Arahnya tegas sebelum berlalu meninggalkan tempat itu.

Sedangkan Jasmine dan Karmila hanya memandang sesama sendiri. Sebelum mengejar langkah Sandra yang sudah pergi itu. Mereka sudah sangat kenal dengan perangai sandra itu. Apa saja yang mahu dilakukannya pasti dia akan lakukan.

* * *

  "Abang wish okey ke? Asal nak cepat sangat ni?" Tanya Kayla sedikit pelik melihat lelaki itu. Yang memandu kereta dengan kelajuan yang tinggi.

  "Okeylah.. Kenapa? Nampak macam tak okey ke? " Soal Darwish pula semula.

  "Apa dah jadi? Bagitahu lah kayla.." Ujarnya lagi ingin tahu.

Sedangkan Darwish hanya tersengih memandang gadis itu. Sebelum memperlahankan lagi pemanduan nya sedari mereka sudah jauh dari perkarangan sekolah gadis itu.

  "Abang ni alright tak?" pelik Kayla bila dimana lelaki itu hanya tersenyum padanya.

   "Ish abang okey jela kayla.. Why? Kayla risau semua pelajar perempuan tu minat kat abang ke? " Soalnya semula.

Sedangkan Kayla hanya mengerutkan keningnya tidak faham. Sebelum tiba-tiba hidung nya dicuit oleh lelaki itu.

  "Jangan risau lah! Abang tak pandang pun.. Abang cuma pandang Kayla je.." Ujarnya lagi diikuti gelakkan kecil melihat wajah memerah gadis itu.

  "Apa abang merepek ni? Lain yang Kayla Tanya lain yang abang jawab.." Soal Kayla tidak faham.

  "Aish kayla ni kan.. Bukan ke tadi kayla risau kenapa abang nak lari cepat dari sekolah tu?. Tula jawapan dia.. Abang Nak lari dari pelajar perempuan yang cuba nak ngorat abang tadi.. " Jelasnya lagi pada gadis itu.

  "Oh yeke? Hm.. Faham" balasnya masih belum memahami situasi yang berlaku pada lelaki itu. Jadi yang tadinya nak cepat sebab tu lah?

  "Kenapa diam? Tak boleh terima driver Kayla ni hensem? Ha.. Ha.. " ujarnya diikuti gelak tawa melihat wajah blur gadis itu.

  "Takdelah.. Kayla terkejut je.. Celah mana lah mereka tu nampak abang ni hihi.." Balasnya sengaja mahu menyakat lelaki itu.

  "Aishh! Kayla.. Tak baik eh cakap abang macam tu.. Teruk sangat ke abang? " Soalnya tidak puas hati melihat gadis itu menertawakan nya.

  "Ha.. Ha.. Sorry abang.. Takdelah Kayla gurau.. Abang hensem sangat" puji Kayla cuba untuk memujuk lelaki itu semula. Sedari melihat raut wajahnya sudah muncung ke hadapan.

Jeda-

Beberapa minit diamkan diri, Kayla mula menoleh memandang ke arah Darwish yang masih fokus memandu kereta itu. Sebelum Darwish memandang sekilas pada Kayla yang hanya diamkan diri memandang nya.

   "Ada apa apa nak cakap dengan abang ke?" Tegur Darwish pada gadis itu.

  "Boleh ke?" Soal Kayla

  "Boleh je, cakap lah.. Nak cakap apa?" balasnya.

  "Kayla boleh minta tolong abang hantar Kayla pergi rumah lama kayla dulu boleh?" pinta kayla

  "Kenapa?, Nak buat apa? Kayla taknak balik rumah Tuan lagi?, tuan dah tahu?" Soal Darwish bertalu-talu inginkan jawapan

  "Bu.. Bukan macam tu, Kayla cuma nak ambil barang sekolah Kayla sekejap dekat rumah tu.. Please abang.. Hantar Kayla kejap pergi rumah tu.." pujuknya pada lelaki itu.

  "Maaf Kayla.. Abang tak boleh bawa selagi tak dapat keizinan dari tuan az.. Hmm. Macam ni lah, abang call dulu tuan az kalau dia bagi baru abang bawa Kayla pergi sana.. Kejap eh" Ujar Darwish sebelum mengeluarkan telefon miliknya untuk menghubungi arfaaz.

Sedangkan Kayla hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan lelaki itu.

   "Kenapa abang? " Tanya Kayla bila dimana melihat lelaki itu seperti tidak dapat menghubungi Tuan arfaaz.

  "Tuan az tak angkat call Kayla.. Macam mana ni? Abang dah cuba hubungi banyak kali, tapi tak angkat" Ujar Darwish sedikit kesian melihat perubahan wajah gadis itu.

  "Tak apalah abang.. Kita balik jela.. " balas Kayla pasrah. Nak taknak mereka semua kena mengikut aturan yang diberikan lelaki itu. Jadi tidak ada siapa yang berani untuk melanggar peraturan arfaaz.

Sedangkan Darwish Hanya mengangguk faham. Dia sendiri pun tidak tahu mahu berbuat apa. Dia kesian melihat wajah gadis itu seperti sedih tidak dapat pergi ke rumah lamanya.

   "Abang minta maaf Kayla.." ucapnya serba salah.

Kayla hanya tersenyum nipis menandakan dia baik baik saja. Sebelum Kayla membuang pandangan nya ditepi tingkap untuk melelapkan matanya.

* * *
(5:21pm)

   "Thanks dato Keith.. And I'm really sorry pasal kejadian yang lepas. Dan saya akan sponsor lagi untuk buat ulang event tu, sebagai ganti rugi atas apa yang dah jadi" Ujar arfaaz.

  "Ha.. Ha.. Tunku jangan risau tunku.. Semuanya berjalan lancar, tak perlu nak buat ulang event tu. Saya sangat suka dengan kinerja tim kamu yang dapat meyakinkan semua orang orang disitu.. Dan saya gembira dapat berkerja sama dengan company tunku. " Jelasnya. Sedangkan Arfaaz hanya mengangguk faham.

  "Thanks for the explanation.. Apapun saya minta diri dulu. " ujar Arfaaz sebelum berjabatan tangan dengan lelaki itu.

Sedangkan dato Keith hanya mengangguk seraya mengukirkan senyuman sebelum menjabat tangan lelaki itu dan terus meminta diri keluar dari bilik mesyuarat itu.

Sedangkan Zayn terus mengekori lelaki itu dari belakang untuk menghantar nya pergi dari situ.

  "Kamu semua boleh keluar.. " arah Arfaaz lagi pada beberapa staffnya yang masih berada di situ untuk bersurai. Sebelum mereka semua serentak meminta diri untuk keluar dari situ.

  "Tunku ada apa apa lagi? " Soal arxie yang masih berada di ruang itu sedari memandang kepergian pekerja yang lainnya.

Sedangkan Arfaaz hanya menggeleng kepala sebelum mengorak langkah keluar dari situ. Diikuti arxie yang turut membontotinya dari belakang.

Jeda-

Masuk saja ke dalam pejabat, Arfaaz terus mengambil telefon miliknya yang terletak dimeja ruang pejabat nya. Sebelum Arfaaz melihat jam dan pandangan nya tertuju pada panggilan tidak dijawab banyak kali.

  "Darwish mana? Dia dah hantar kayla balik sekolah ke?, kenapa dia call banyak kali? " Tanya Arfaaz pada arxie yang berdiri di situ.

Sedangkan arxie hanya mengangkat bahunya tidak tahu. Sebelum arxie cuba untuk Mengecheck telefon miliknya. Dan melihat panggilan tidak dijawab dari Darwish.

  "Darwish pun ada hubungi saya tadi tuan.. " ujar arxie dan menunjukkan pada lelaki itu.

  "Kau cuba call dia balik!, aku dah call dia tapi tak dapat. " Arah Arfaaz. Sebelum arxie mengangguk dan terus mendail nombor telefon lelaki itu. Tapi sama saja tiada jawapan dari dalam talian.

   "Tak dapat tuan.. " ujar arxie sedari tidak dapat menghubungi Darwish.

  "It's okay kau telefon darel untuk siapkan kereta, aku nak balik sekarang. " arahnya sebelum Arfaaz segera keluar dari situ.

Sedangkan arxie hanya menurut perintah dan terus mencapai beg kerja lelaki itu sebelum arxie mengikuti kepergian lelaki itu.

* * *

  "Kayla.. Bangun kayla!.. " Kejut Darwish pada Kayla yang masih tertidur di situ.

Sedangkan Kayla yang tadinya tertidur nyenyak. Mula menggosok-gosok matanya sedari tidurnya dikejutkan. Sebelum Kayla bangun dari tidurnya dan memandang pelik ke arah Darwish.

  "Dah sampai ke?" soal Kayla sambil menguap. Dengan matanya yang cuba memandang ke luar kereta dan sedikit terkejut melihat kawasan tempat itu.

  "Kita kat mana abang wish?.. " Tanya Kayla lagi sedikit pelik. Dan rasanya tidak seperti asing tempat itu dengan nya.

  "Kita dah sampai rumah kayla.. Dah cepat keluar" arah Darwish sebelum mereka berdua keluar dari situ.

  "Kenapa abang wish bawa kayla dekat sini? Abang dah dapat keizinan dari uncle ke?" Soalnya pada lelaki itu.

  "Kayla kan nak ambil barang kejap, so abang hantar kan lah.. Pasal Tuan az Kayla jangan risau nanti abang wish jelaskan dekat dia. " balasnya sambil tersenyum nipis. Walaupun jauh disudut hati dia sedikit ragu dengan keputusan yang dibuat nya.

Tapi Darwish tidak sampai hati melihat kesedihan pada wajah gadis itu.

   "Abang wish, kayla tak apalah kalau tak dapat barang tu, yang penting sekarang ni abang wish. Macam mana kalau nanti uncle marahkan abang wish disebabkan Kayla?" Ujar Kayla serba salah pada lelaki itu. Kerana Kayla dapat melihat raut wajah lelaki itu seperti takut dengan apa yang akan terjadi nanti.

  "Dah, kayla jangan risaukan abang okey.. Cepat lah tekan lonceng tu.." ujar kayla sebelum kedua mereka cuba memanggil bibik dan penjaga rumah itu.

Sedangkan Kayla hanya mengangguk faham. Sebelum pembantu rumahnya diikuti dengan penjaganya dulu keluar dari dalam rumah itu.

  "Cik kayla?.. Ahmad! Cik kayla mad! "Jerit bibik manda sedikit terkejut sedari melihat kedatangan anak kepada majikan mereka dahulu.

  " cik kayla? " Panggil ahmad turut terkejut dengan kedatangan gadis itu.

Sedangkan kayla hanya tersenyum lebar melihat bibik manda diikuti dengan pak mad yang sudah banyak berbakti pada keluarga nya dulu. Sebelum wanita tua itu terus memeluk tubuhnya sesudah pagar dibuka.

  "Bila cik kayla sampai? Dah lama ke tunggu kat luar ni? Maaf kan bibik cik kayla.. Bibik tak dengar" Soal bibik manda bertalu-talu. Buatkan Kayla tergelak kecil pada wanita itu.

  "Baru je bik, ni kayla datang kejap je ambik barang.. Lepasni kena balik dah" balas kayla sambil mengenggam kedua tangan wanita itu.

  "Kenapa kejap je? Taknak makan malam dulu dekat sini ke? " ujar bibik manda sedikit kecewa

  "Betul tu kayla.. Dah jom lah masuk dulu.. Kita sembang dekat dalam, sementara bik manda nak siapkan makan malam nanti. Lagipun perjalanan jauh kamu rehat lah dulu.." ajak pak mad pada Darwish dan Kayla yang masih berdiri di situ.

  "Betul tu kayla.. Marilah masuk dulu.. Bibik masakkan untuk kayla, kayla tak rindukan masakan bibik ke?" ujar bibik manda pula cuba untuk memujuk gadis itu.

Sedangkan Kayla hanya terdiam seketika sambil memandang ke arah Darwish yang seperti tidak senang duduk. Dengan raut wajahnya yang seperti kerisauan.
  
  "Okey bibik masuk lah dulu, Kayla Nak cakap dengan abang wish kejap. " Ujarnya sebelum pak mad dan bibik manda melangkah untuk masuk kedalam rumah terlebih dahulu.

"Abang wish.. Boleh ke? " Ujar Kayla pada lelaki itu.

"Takpe, abang tahu Kayla mesti rindukan mereka kan?.. Pasal Tuan az biar abang yang akan jelaskan. Jangan risau okey" Balas Darwish seraya tersenyum nipis.

Sebelum membawa gadis itu untuk masuk ke dalam rumah. Sedangkan Kayla hanya mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

* * *

Arfaaz yang baru memasuki villa nya. Terus mengarahkan arxie untuk memanggil bibik halwa untuk berjumpa dengan nya ke untuk mengetahui keadaan Kayla.

Beberapa minit bibik halwa terus lari tergesa-gesa mendekati Arfaaz bersamaan dengan arxie.

"Ye tuan.. Ada apa?" Soal bibik sebaik saja mendekati Arfaaz.

"Darwish dah balik hantar Kayla? " Tanya Arfaaz pada wanita tua itu.

"Belum tuan.. Saya ingatkan Darwish akan hantar Kayla terus ke Tuan" Balas bibik

Sebelum Arfaaz yang mendengar terus berubah riak wajah. Kemana Darwish membawa Kayla sampai sekarang belum balik. Dan lelaki itu malah tidak memberitahu nya apa apa.

"Tak apa, bibik boleh pergi" Arahnya pada wanita itu. Sebelum Arfaaz berbalik memandang Arxie menyuruh lelaki itu untuk menghubungi Darwish kembali.
"Tak dapat tuan.. " Ujar Arxie pada lelaki itu.

"Cepat hubungi hailex untuk datang kesini secepatnya! " arahnya tegas. Dia sudah mula susah hati tidak dapat tahu dimana keberadaan gadis itu bersama Darwish.

"Baik tuan!.. " balas Arxie sebelum menghubungi hailex dalam talian.

Sedangkan Arfaaz terus beredar dari situ. Sebaik saja Arxie sudah menghubungi hailex untuk datang menemui nya.

"Darwish!.. Kau bawa Kayla pergi mana ha?.. Kau betul-betul nak cari masalah lah! " gumam Arxie risau akan keadaan Darwish.. Tak pernah pernah Darwish berbuat masalah seperti ini. Apatah lagi cuba untuk melakukan sesuatu tanpa pengetahuan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience