PENDAHULUAN

Adventure Series 1296

Novel "Destinasi" memaparkan isu cabaran yang mencabar dan yang dicabar. Kedua-duanya digarap dengan begitu baik oleh pengarang melalui watak Daniel, seorang anak muda yang pantang dicabar. Watak Ariq dan Mia pula sentiasa berlegar di sekeliling konflik yang dihadapi oleh Daniel. Cabaran untuk berbasikal ke Pantai Morib terjelma hasil perbualan antara mereka dengan datuk mereka. Daniel, abang kepada Mia, seorang lelaki lemah lembut, pantas terusik ego kelakiannya apabila dicabar untuk berbasikal. Daniel mencapai kemuncak konfliknya apabila hampir-hampir lemas di laut semasa cuba menyelamatkan rakannya. Selepas insiden itu, bibit keinsafan mula tumbuh segar dalam hatinya. Nama-nama latar yang digunakan ialah fakta sebenar seperti Masjid Sultan Sulaiman, Istana Mahkota, Kampung Jawa, Jalan Kebun dan Pantai Morib Baru. Semua latar ini terletak di Negeri Selangor. Penulis menggunakan latar sebenar untuk mengaitkannya dengan cabaran yang sentiasa wujud di bumi nyata. Cabaran tidak wujud melalui angan-angan. Bukan semua orang mampu menghadapi cabaran. Yang mampu menghadapi cabaran akan berjaya. Yang gagal usahlah cepat putus asa. Terimalah cabaran dengan fikiran positif untuk membina ketahanan diri dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience