ARIQ : TERUSKAN PERJALANAN INI!

Adventure Series 1296

"Kita balik, bang." Suara Daniel begitu lirih seolah-olah untuk bersuara pun dia telah kehabisan tenaga.
Aku tersenyum sinis memandang Daniel. Memang aku cukup sedar, dia kelihatan begitu letih. Kemudian aku mengalih pandanganku kepada Mia yang asyik mengambil gambar bunga lalang di tanah terbiar.
"Mia, ke mari!"
Mia yang bertubuh kurus dan tinggi lampai berlari-lari ke arahku dan Daniel.
"Cantik sungguh bunga lalang itu, bang," ujar Mia sebaik-baik sahaja sampai di hadapanku.
"Eloklah kau ambil gambil bunga lalang itu. Itu lambang kekayaan orang di sini... ."
"Apa maksud abang?" Mia meningkah.
"Meraka sudah kaya, kerana itu tanah yang boleh mengeluarkan hasil dibiarkan menjadi taman lalang."
Mia segera tergelak apabila mendengar kata-kataku. Aku hanya tersenggih. "Di tangan orang yang bijak bertani secara canggih, tentu sahaja tanah seluas ini akan mengeluarkan wang sehingga ribuan ringgit." fikirku.
"Kenapa abang panggil saya?" soal Mia sebaik-baik ketawanya reda.
"Kau lihat abang kau tu." Aku menunjuk ke arah Daniel yang duduk di tepi jalan, di sisi basikalnya. "Dia mengajak kita patah balik... ."
"Balik ke rumah?" Mia memandangku dengan mata terbeliak. Ternyata dia begitu terkejut.
Aku mengangguk. Mia segera tergelak lagi. Ah, anak dara 16 tahun ini memang kaya dengan gelak tawa!
"Daniel." Aku melangkah menghampiri Daniel. Mia mengikut. "Negara kita mengamalkan sistem demokrsasi untuk memilih pemerintah. Abang tak mahu dituduh sebagai diktator. Jadi, selarang kita undi."
Daniel tidak memandangku.
"Kau mahu balik. Abang mahu kita teruskan perjalanan. Sekarang Mia menjadi undi penentu." Aku memandang Mia. "Kau pilih balik atau teruskan?"
"Perjalanan ini sungguh menyeronokkan, tak mungkin Mia memilih untuk balik!"
"Sekarang sudah jelas dua orang mahu teruskan perjalanan, dan seorang mahu balik. Daniel, kau tentu faham, dalam amalan demokrasi, yang kalah wajar memurut kehendak majoroti." Ucapju satu persatu dengan suara tidak terlalu keras. Daniel bangun lalu memandangku dan Mia.
"Tapi apa tujuan kita berbasikal sebegini jauh?" Daniel melontarkab pertanyaab kepada aku dan Mia dengan suara yang agak keras. "Ini kerja gila!"
"Janganlah pura-pura lupa, Daniel. Sebelum kita bertolak pagi tadi abang sudah jelaskan tujuan kita. Pertama, untuk menyahut cabaran datuk. Kedua, untuk melihat tanah air kita yang merdeka ini secara lebih dekat... ."
"Dan ketiga untuk menjadikan abang orang lelaki!" Mia meningkah kata-kataku.
"Cakap jangan sembarangan, Mia!" jerit Daniel lalu membongkok mengambil seketul batu.
Aku menerpa ke arah Daniel, menghalang dia membaling adiknya dengan batu.
"Bersabar, Daniel. Anggaplah kata-kata Mia itu sebagai satu cabaran yang mesti disahut dengan berani. Abang percaya apabila sudah sampai ke destinasi nanti, kita akan berasa menjadi orang lelaki yang gagah dan lasak." Aku menepuk-nepuk bahu Daniel.
Daniel diam sahaja. Batu sebesar telyr ayam dibuang ke tanah.
"Lupakan rumah untuk sementara waktu." Aku menepuk-nepuk bahu Daniel lagi. "Ayuhlah teruskan perjalanan!"
Kami pun kembali mengayuh basikal masing-masing. Mia dihadapan. Olahragawati Sekolah Menengah Kapar itu kelihatan aktif dan tidak letih. Aku di tengah-tengah, dan Daniel di belakang. Sekejap-sekejap alu menoleh ke belakang, dan aku melihat kayuhan Daniel semakin lama semakin perlahan. Mampukan dia sampai ke destinasi? Pertanyaan itu segera menyerbu ke benakku. "Ah, kalau datuk boleh sampai, mengapa kami tak boleh sampai?" Pertanyaan yang terdetak di hati mencabar kemampuanku.
Pukul 7:00 pagi tadi, kami meninggalkan kampung kami, Kampung Bukit Kapar. Kami berbasikal menuju ke Meru, kemudia ke Klang. Bandar Klang pada pagi Sabtu memang sibuk, dan kami berbasikal dengan berhati-hati sekali. Selepas melintasi Jambatan Musaedin yang merentangu Sungai Klang, kami masuk ke Jalan Kampung Jawa.
Aku menunjukkan Masjid Sultan Sulaiman kepada Daniel dan Mia. Kemudian ku tunjukkan pula Kolej Islam Sultan Alam Shah, sekolah berasrama penuh yang terkenal di negera ini. Sesudah berkayuh untuk beberapa minit, ku tunjukkan pula Istana Mahkota yang cantik itu.
"Kamu berdua patut tahu semua banggunan ini kerana semuanya ada nilai sejarah, bukan sekadar tahu di mana The Mall, Subang Parade atau Plaza Bukit Bintang." kataku kepada kedua-dua sepupuku itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience