BAB 9

True Story Completed 2967

Lepas tu saya cakap lah dengan Hairi..

"Siapa sayang kau? Dari hari pertama kau buat benda terkutuk ni aku bukan bini kau lagi. Apa kau cakap tadi tu? Bukan diri aku lagi? Jadi kau?! Lelaki yang aku sanjung hormat,percaya.. Tahu-tahu dah ada perempuan lain kat sini bukan diri kau ke? Setan yang merasuki?"

Saya tengok perempuan tu dari atas pergi bawah.

"Pathetic!! Right after you give birth to that child then this jerk will leave you and do the same thing like what he did to me... Sekarang aku nak kau pilih Hairi! ME OR THAT WOMAN?!"

Terdiam suami saya sambil mundar-mandir dalam rumah.

"Baby don't baby.."

Rayu perempuan tu. Senyum sinis je saya tengok perempuan tu.

"Baby don't be like this baby..."

Dengan nada mengijik saya tengok mereka berdua. Dua-duanya terdiam...Jam pun menunjukkan pukul 3 pagi.

"Hairi,kau pilih sekarang. ME OR HER?!"

Mahu dekat 2 jam juga saya push-push dia suruh pilih siap dengan ugutan lagi.

"OKAY FINE, I CHOOSE YOU!"

Saya ketawa sinis sambil menuju ke arah suami saya, memeluknya lalu mengusap-usap kepalanya di depan perempuan tu.

"Aku tahu kau akan pilih aku juga."

Suami saya dah tak kuat nak balas balik pelukan saya di depan perempuan tu. Saya pandang perempuan tu dengan pandangan sinis.

"See? You are nothing to him."

Saya keluar dari rumah tersebut lalu menghubungi Aznil untuk ambil saya. Masa tu dah hampir pukul 6 pagi. Saya duduk di balkoni sambil menunggu ketibaan Aznil dalam keadaan yang sudah kesejukan. Sampai sahaja Aznil di situ, Hairi cepat-cepat keluar dari rumah.

"Sayang nak jalan? Sayang nak pergi mana? Abang ikut."

Saya terus tarik nafas panjang. Saya pegang tangan dia dengan perasaan yang sebak.

"Thanks for the past 8 years... Saya tak tahu benda ni boleh jadi dekat kita. Walaupun kau dah bersalah, saya nak bagitahu kau juga benda ni. Terima kasih sebab jaga saya dan anak-anak selama kau kat Malaysia. Terima kasih sebab jadi ayah yang baik untuk anak kita selama kau masih kat Malaysia. Thanks for the good memory dari mula kita kenal sampai sekarang. Terima kasih sebab prihatin kirim duit pada kami selama kau kat sini.. Saya dah gunakan separuh dari duit tu dan saya janji saya akan bayar pelan-pelan.."

Saya terus tunduk,cium tangan dia untuk kali terakhir. Air mata saya pun mengalir sangat deras.

"HAIRI BIN MOHAMMAD MUHSIN, CERAIKAN SAYA TALAK 3."

"SAYANGGG....TOLONGGG SAYANGGG JANGANNN.... ABANG MENYESAL SAYANGGG.."

Dia melutut peluk kaki saya. Saya pun masa tu dah tak dapat tahan sebak di hati.. Saya menangis semahu-mahunya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience