Hancur remuk betul hati saya bila nampak seorang perempuan berpakaian crop top seksi dengan berseluar pendek duduk di pangkuan suami saya. Bermesraan dan bermanja-manja mereka berdua di depan mata saya. Saya pun keluarkan telefon dari beg dan merakam semua perbuatan terkutuk mereka..
15 minit berlalu, mereka pun masuk ke dalam rumah siap didukung lagi perempuan tu oleh suami saya. Hilang sahaja mereka di pandangan saya.. Saya jatuh terduduk menangis disebalik pokok tu. Betapa sakitnya hati saya masa tu. Bila aku tengok balik rakaman tadi, perempuan tu macam bukan orang di sini.
Patutlah kenapa selama ini suami saya jarang nak contact saya..Sebenarnya dia dah ada perempuan lain kat sini. Baru lah saya dapat tahu kebenaran di sebalik kesibukan dia sampai jarang nak contact saya masa tu. Hancur hati tak dapat terima lelaki yang begitu polos,baik,sangat saya percaya buat saya dan anak-anak begini. Mentang-mentang lah saya sekarang ni dah hodoh,gemuk selepas lahirkan anak-anak dia.. Yang dia pula sibuk cari betina yang lebih cantik dari saya di sini.
Saya terus berlari pergi ke kereta Aznil. Aznil masa tu pun dah tarik nafas panjang. Saya pun terus minta hantar kat airport. Sepanjang perjalanan ke airport tu,saya tanya dia..
"Dah berapa lama Hairi berhubungan dengan perempuan tu?"
"Dalam 7-8 bulan.."
"Diorang kenal kat mana?"
"Perempuan tu orang Philipines,satu kerja dengan Hairi."
"Perempuan tu tau tak yang Hairi tu dah kahwin?"
Aznil mengangguk. Sakit betul hati saya masa tu. Macam saya nak terjun je dari kereta Aznil. Tapi saya ingat Tuhan dan anak-anak saya. Sesampainya saya di airport, saya bagi warning dekat Aznil..
"Jangan bagitahu Hairi kalau saya pernah pergi sini. Jangan nak bagitahu apa-apa dekat dia. Kalau kau buka mulut, kau tahu lah apa nasib kau."
"Okey-okey..Sumpah,saya tak buka mulut."
"Perempuan tu ada fac tak?"
"Ada. Kau cari je page bar tempat Hairi kerja."
Saya mengangguk dan terus menuju ke kaunter tiket. Sampailah saya di Malaysia dengan perasaan yang hampa dan sia-sia duit tambang saya. Ibu pun hairan kenapa saya balik awal. Saya ceritakanlah semua yang saya nampak sambil menangis teresak-esak. Ibu pun masa tu tak tahu nak cakap apa,dia cuma peluk dan tenangkan. Saya bawa lah anak-anak saya balik ke rumah kami.
Malam tu saya cuba cari page fac tempat suami saya kerja. Tuhan menyebelahi saya, klik sahaja page tu dah nampak post perempuan tu. Saya stalk gambar-gambar dia dalam keadaan sakit hati. Tidak dapat dinafikan lagi, perempuan tu memang cantik,seksi dan putih melepak lagi.
Saya tengok diri saya kat cermin. Yang dulu putih glowing sekarang dah pucat masam, dulu badan macam miss universe sekarang dah macam nangka busuk.. Saya sedar diri. Tiba-tiba tu suami saya call, "Hai sayang." katanya. Saya macam nak tengking je kat dia tapi saya act cool.. Kami berbual seperti tak ada apa-apa yang berlaku.
Share this novel