"Cantik Maisara ni..." puji aunty Fiya. Harini dia dan ibunya berkunjung ke rumah aunty Fiya atas jemputan aunty Fiya sendiri dengan alasan ingin berkenalan dengan diri dia. Maklumlah, ini merupakan kali pertama aunty Fiya bertemu dengan dirinya setelah setahun aunty Fiya dan Puan Maya berkenalan. Ibunya mengenali aunty Fiya setelah kedua-duanya aktif mengikuti program usrah di sebuah masjid di kawasan rumah mereka.
Aku hanya tersenyum mendengar pujian itu. Ikutkan hati mahu saja dia menolak untuk menemani ibu tadi kerana dia masih jetlag dan ingin menghabiskan masa di rumah. Tetapi disebabkan kesian akan ibunya, dia menurut saja kemahuan orang tuanya itu. "Maisara belajar di Swiss ambil jurusan apa?" tanya aunty Fiya. "Oh, saya ambil jurusan physio di Bern." Balasku sambil melirik mata ke arah figura yang berjalan ke arah pintu keluar. Mungkin dia nak berjumpa member ataupun girlfriend? Penampilan dia kasual jer tak mungkin dia hendak ke office. Tapi ibunya pernah beritahu dia yang anak aunty Fiya tu masih single.
"Zaf...ni mummy nak kenalkan kawan mummy ni, aunty Maya." Zafriel Adham berhenti melangkah dan memandang ke arah kami dengan muka mendatar. "Ouh...hai aunty nice to meet you, sorry i got to go, dah lambat." Balas Zafriel sambil terus melangkah tanpa menghiraukan aunty Fiya yang memanggil. "Hey, anak bertuah ni...maaf la Maya budak tu memang macam tu, hal dia lagi penting dari mummy dia." Aunty Fiya ketawa hambar. Perangai anak keduanya itu memang berbeza dengan anak sulung dan bongsunya. Yang kedua ni paling banyak memberontak dan suka membawa haluan sendiri. Dia tak pernah bercerita tentang masalahnya kepada siapa-siapa.
"Biasalah, anak muda sekarang, faham jer." Kata puan Maya. Aku lebih banyak membuang pandangan dan mendiamkan diri. Ibunya dan aunty Fiya berbual sehingga lah jam menunjukkan pukul empat. Kami meminta izin untuk pulang kerana sudah lama berada di sini. "Nanti ada masa datang la lagi ya kita bincang pasal plan kita tu pula." Kata aunty Fiya sambil mengenyit mata ke arah ibunya. Ibunya hanya mengangguk sambil tersenyum-senyum. Rancangan apa yang mereka nak buat sampai tersenyum-senyum begitu?
*******************************
- Rumah Zafriel Adham-
"Mummy nak bincang sikit dengan kamu." Kata Datin Fiya. Zafriel dah terbaring kepenatan kerana seharian dia menemani Alina shopping. Dia sudah lama tidak menghabiskan masa dengan kekasih hatinya itu disebabkan kesibukan dia di office. Lagi-lagi dengan kedudukan dia yang sekarang, segala urusan harus melalui dia dan mendapat persetujuan dari dia.
"What mummy?..." jawab dia sambil menutup mata. Datin Fiya menggeleng melihat anaknya. Dia pun duduk di birai katil. "Kamu nampak tak tadi anak aunty Maya tu?". Tanya Datin Fiya kepada anaknya sambil tersenyum-senyum. Zafriel membuka sebelah matanya. Apa lagi mummy ni. Riak muka mummy, membuatkan dia tertanya-tanya apa yang ingin dia bincangkan.
"Nampak, why? What are you plan to do mummy...?". Dia bangun dan bersilang dada menghadap ibunya. Dia seperti sudah dapat menebak apa yang ingin disampaikan oleh ibunya itu. "I want you to get know her, son.." ujar datin Fiya. Senyum sampai ke telinga orang tua tu berkata-kata. Zafriel mula mengeluh perlahan. Bebola mata dia berpusing keatas lalu dia terus membaringkan diri. Malas hendak melayan kerana dia sudah masak dengan perangai mummy nya itu. "I'm not interested madam, sorry." Balas Zafriel lalu memejamkan mata.
Datin Fiya memukul kaki anaknya tu dengan kuat. Zafriel mengaduh " Mummy sakitlah...!" Zafriel memegang kaki yang dipukul mummy nya itu. Mummynya kalau dah menggunakan kekerasan maksudnya hal itu serius. "Mummy tak kira, you tak ikut cakap mummy, you tak boleh keluar berjimba-jimba, biar bujang sampai tua ! ".
'Adehh...mummy ni. Ada ke mendoakan anak macam tu.' Bisik dia dalam hati. Ya, ibunya suka menggunakan kuasa veto dia di rumah.Tapi yang paling banyak melawan adalah dia, kerana Along dan Adik selalunya mendengar kata. Cuma dia yang kadang-kadang sahaja boleh terima mengikut situasi. Tapi itu pun dalam keadaan terpaksa. "Mummy tahu kan yang Zaf dah ada pilihan hati Zaf..even you already meet her, kenapa mummy sibuk cari perempuan lain lagi?". Tanya Zaf. Dia bahkan sudah bawa Datin Fiya berjumpa dengan Alina. Tapi pandangan pertama Datin Fiya terhadap Alina tidak berapa nak bagus. Disebabkan cara pemakaian Alina dan lenggok percakapannya membuatkan Datin Fiya menyampah. Memang Alina kelihatan agak sexy dan gaya percakapan nya seperti mat saleh kerana dia dibesarkan di Aussie. Sudah tentu penampilan dia agak ala- ala barat. Tapi Zafriel jatuh cinta dengan dia kerana mereka mempunyai hobi yang sama iaitu sukan lasak. Masa dia di Manchester dulu, Alina dan dia banyak menghabiskan masa bermain sukan lasak. Dia bertemu Alina semasa aktiviti bungee jumping di Manchester. Sejak itu, mereka bertukar nombor dah mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain.
"And you also know that i don't like her...please Zafriel, if you nak buat something biar semua tu lead ke jalan Allah...mummy tengok Alina tu langsung tak hormat mummy, tak kisah la cara pakaian tu, kalau you kata you boleh ubah dia nanti tapi adab tu atleast kena ada. Datang lambat dari mummy lepas tu duduk silang- silang kaki. Bila time balik dia pula yang nak balik terpaling awal sedangkan mummy tunggu dia lama. You nampak semua tu tapi you tak tegur dia. Macam mana lepas kahwin nanti? Sekarang pun you tak berani nak tegur dia lagi lepas kahwin you biar jer dia buat apa..." Bebel mummy kearahnya. Zafriel mula menggaru kepala yang tak gatal. "Okay okay, you win..I'll meet her later, but not promise you I will accept her..Zaf nak mandi ni, mummy go to sleep okay.." Zaf mengambil towel dan terus melangkah ke bilik air. Dia menerima cadangan mummynya hanya untuk mummynya berhenti membebel sahaja. Tahu la apa yang perlu dibuat nanti. Mula-mula dia perlu berhadapan dengan perempuan itu dahulu.
Datin Fiya tersenyum senang. Akhirnya Zafriel dengar kata-katanya juga. Tapi bukan dia tak kenal anaknya itu, ada sahaja akalnya untuk mengagalkan rancangannya tapi dia tak tahu mummy dia ni dah plan siap-siap supaya rancangan ni berjaya.
enjoy this chapter !! sorry time update mmg ikut mood sebab nak tunggu imaginasi datang dulu hahahah *Disclaimer: nama watak dan apa yang diceritakan takda kena mengena dengan siapa2 just for fun okay. Utk gaya bahasa dan kosa kata bagi sis improve slow2 sbb dah lama tak membaca dan mengarang..tiba2 minat ni datang kembali so hopefully korang terima seadaanya..boleh comment juga terima kasih !!
Share this novel