BAB 11

Drama Series 2115

"Assalamualaikum.."terdengar suara memberi salam di luar pintu rumah tuan Farid."waalaikumsalam.."pintu di buka.kelihatan beberapa orang lelaki sambil membawa sirih tersenyum melihat kelibat tuan farid di hadapan pintu."ya?..ada apa yang saya boleh bantu?.."balas tuan farid hairan."saya Syamsul..membawa angkatan meminang untuk anak Encik Farid,Syifa..boleh saya masuk?" "ah..boleh silakan.."balas tuan farid."Encik Syamsul..boleh saya tahu siapa yang hendak meminang anak saya?"tanya tuan farid."ya..nama dia Mohd Farhan bin Kamaruddin.Dia merupakan bos besar syarikat tempat anak Encik Farid bekerja."balasEncik Syamsul.Tuan Farid terdiam.

"Syifa..I love u.."luah Encik Farhan lalu menggantungkan dirinya."Aaaaaaaaaah!!!!"syifa menjerit. "Syifa? Syifa..kamu tak apa apa ke?"kejut shila."hah?!! mimpi rupanya.."kata syifa mengurut dadanya."Syifa..kitakan tengah meeting ,kamu boleh pula tidur kat belakang!!"marah encik Farhan."so,sorry..Encik Farhan.."syifa tunduk malu.Zarief memandang Syifa pelik.*dia nampak peliklah..macam ada yang tak kena je..*bisik hatinya.

"Syifa syazwana..saya nak cakap dengan kau sikit boleh??"zarief berdiri di hadapannya setelah habis meeting tadi."kita cakap lain kali boleh tak?aku penatlah.."rungut syifa sambil mengemas fail² di atas mejanya yang bersepah."tanya sikit je..kau nampak takut aku nampak tadi..kau mimpi apa??"bisik Zarief di telinga Syifa.Syifa berhenti mengemas fail lalu memandang Zarief."kalau aku takut pun..kau kisah apa?..ingat rief kita ni berlakon je tau!ke kau dah jatuh hati kat aku?.."kali ni nada mengejek diberikan.Zarief senyum."kenapa kau senyum?'"kata Syifa yang ingat zarief akan marah dengan kata katanya tadi."bukan aku yang dah jatuh hati kat kau,syifa..kau tu yang jatuh hati kat aku..hahaha.."kata zarief lalu berlalu pergi.Syifa terasa geram juga di buat begitu namun syukurlah dia tidak ceritakan mengenai mimpi tadi."ada sesuatu akan terjadi pada dia ke nanti?"bisik hatinya yang sudah risau.

"Daddy..daddy tak makan ke?..Syifa yang masak semua ni.."kata syifa lalu duduk di sebelah daddynya."tak nak lah..takde selera.."kata tuan farid menolak pinggan nasi di atas mejanya."laa..penat syifa masak..daddy makanlah..kalau daddy tak makan nanti daddy sakit.."kata syifa memujuk."Syifa..kamu ada sorokkan sesuatu dari daddy ke?"tiba² tuan farid menyoal anaknya itu."Hah?takdelah..mana ada syifa sorokkan apa² dari daddy...kenapa tanya?"syifa menyuap nasi dalam mulutnya."tadi ada orang datang meminang.."kata tuan farid."uhuk,..meminang, daddy? siapa?ni mesti nak meminang daddy ni kan?!!alah daddy ni..terima je lah..buat apa nak tanya syifa lagi.."balas syifa gembira."bukan untuk daddy.."balas tuan farid."ouh..syifa tahu!untuk sufian kan?!!..ni mesti makcik sebelah rumah tu yang syok kat si sufian tu yang datang meminang..kan?!!"balas syifa."pinangan tu dari Farhan untuk kamu!"tiba² tuan farid membalas."Ouh..Farhan..hmmhmm..apa!!!??Encik Farhan bos syifa tu??"jerit syifa."kenapa nak terkejut pulak?..dia tu bukan ke boyfriend kamu?..syifa kenapa kamu rahsia kan semua ni dari daddy?..kalau mr johan tahu ni..habislah!!"kata Tuan Farid."daddy..syifa takde hubungan pun ngan dia..kami cuma bos dan staf..thats it!!..syifa pun tak tahu pasal pinangan ni semua!!"kata syifa panik."ouh..macam tu..ni semua ni apa? siap keluar lunch lagi..eh,daddy suruh keluar lunch ngan zarief kan yang kamu tu pergi menggatal lunch dengan budak Farhan tu kenapa?!!"tengking tuan farid lalu menunjukkan sekeping gambar padanya.

terbeliak mata syifa melihat gambar tersebut."daddy..sorry,tapi encik farhan yg ajak lunch..jadi syifa ikut je lah..daddy janganlah nak salah faham.."kata syifa.Tuan Farid menggelengkan kepala."so,kamu betul takde hubungan dengan si Farhan ni?"Tuan Farid memandang syifa dengan pandangan tajam bak harimau yg mahu membaham mangsa."takde..."balas syifa malas.tiba² terbayang muka bosnya yg menakutkan seperti hantu jepun itu.tak ingin syifa ingin jadikan bakal suami!..Tuan Farid tiba² mencelah buat lamunan syifa hilang."haa..kalau macam tu..daddy tak nak dengar lagi pasal ni berlaku..dah! pergi masuk bilik!!"arah tuan farid."sabarlah..belum habis makan lagi ni.."balas syifa yg sudah lahap menyuap nasi berlaukkan ayam goreng sesedap kfc itu."jangan makan banyak sangat..nanti gemuk!"usik tuan farid lalu berdiri dari kerusi dan terus ke dapur."biarlah! kalau syifa gemuk,takde lelaki berani dekat!!hahaha"kata syifa.

Pinangan di tolak?tapi kenapa?tak cukup bagus lagi ke aku ni? persoalan mula bermain main di benak Farhan yg sudah cukup runsing.
"abang suka kat syifa tu kan!?"tiba² shila menyampuk."eh,shila? bila shila sampai?"kata farhan."abang..jawab soalan shila,abang suka kat syifa kan?"balas shila."kalau ya,kenapa?"kata Farhan."dia kan dah ada boyfriend..buat apa abang nak berharap sangat?"soal syifa."so,shila tu..pun kenapa tak berhenti kejar zarief?"soalan dijawab soalan."hish,mana ada shila kejar lelaki tu!"jawab shila."abang pun bukan berharap pun dekat syifa tu..abang cuma tunggu syifa je.."kata Farhan .Shila merenung tajam ke arah Farhan menampak rasa tidak puas hati dengan sikap abangnya itu."ala..abang ingat shila tak tahu abang suruh manager abang pergi lamar syifa kan?!"kata syifa lagi."so,iyalah..abang cuma nak cuba nasib kalau diterima lamaran abang tu..that it.."balas Farhan."abang kena ingat eh..syifa tu anak ketua mafia..bukan anak orang biasa².."nasihat shila.Farhan dapat rasakan sesuatu yang pelik dengan adiknya.

"Zarief..rief,.."bisik syifa perlahan."apa!?..."dengan nada perlahan tapi tegas zarief membalas."sinilah..aku ada benda nak cakap kat kau ni.."kata syifa lagi."apalagi kau nak..boleh tak kau jangan nak kacau aku?..aku tengah busy ni..kejap lagi aku perlu hantar fail ni kat encik farhan..dah shu,shu..pergi main jauh².."jawab zarief tanpa memberi ruang syifa bercakap."aduh..mamat ni ingat aku takde kerja lain ke nak kacau dia?memang bajet perasan!boyfriend apalah kalau cam gini.?tak gentlement langsung nak tolong perempuan cam aku ni..haih..wei mamat poyo!dengar sini..aku ada benda penting nak cakap dekat kau.."kata syifa lagi."hish!ha,ha..apa?kau ni ada je nak kacau aku kerja eh?"rungut zarief."sebenarnya..aku nak minta tolong kau..ni tolong hantarkan kertas ni pada encik Farhan..aku rasa tak sihat lah.."syifa buat gaya sakit kepala."laa..hantarlah sendiri..lagipun aku tengok encik Farhan tu macam suka kat kau kan?.."tambah zarief lagi."hish,kau ni memang tak ada perasaan macam boyfriend sebenar..sepatutnya kau jealous ni tak?kau sokong pulak?!!"kata syifa."eh?syifa..aku ni boyfriend palsu je tau!lagipun bukan ke kau pun beria ia sangat berlakon lah apalah..so,kau buat hal kau!aku buat hal aku..btw,kesian kau kan?takpelah aku hantarkan file ni.."kata zarief lalu merampas fail di tangan syifa lalu pergi."bla,bla,bla...ingat aku kisah?yang penting,aku tak payah hadap muka dia!.."kata syifa terlebih dos teruja yang amat sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience