BAB 8

Drama Series 2115

"Encik Farhan...kita nak lunch kat mana ni?!..tak payahlah pergi restoran mahal².." kata Syifa.

"Habis awak nak lunch kat mana??"tanya Encik Farhan."Kita lunch kat kedai mamak
tepi jalan tu ha!! kat sana sedap tau,awak pernah rasa cendol abc special kat situ..mantap giler!!" ajak Syifa.walaupun anak mafia namun syifa masih mengamalkan sikap sederhananya.

"ke..kedai mamak?? ewh...awak ni memang takde citerasa eh? kedai mamak tu untuk orang orang tak berduit je..!!lagipun makanan kat situ tak sedap!!"
komen Encik Farhan.

Terkejut syifa tak terkata.tak dia sangka bosnya itu terlalu mewah sangat sampai menghinanya takde citerasa gara gara pilih kedai mamak tu je..

"Encik Farhan...kalau macam tu tak payah lunch sama - sama..saya nak lunch kat situ,kalau Encik Farhan tak nak boleh pergi lunch tempat lain.."kata Syifa lalu
meninggalkan Encik Farhan di situ.

"okey,fine...saya makan kat situ.." kata Encik Farhan lalu mengejar Syifa dari belakang.Seorang pemuda mengambil
pesanan mereka."hm..bagi saya tomyam satu okey..air kosong je.."pesan Syifa."Encik Farhan nak order apa??" tanya syifa."hm..menu ni takde stik ke spagetti ke
chicken chop ke..??" tanya Encik Farhan buat Syifa tepuk dahi.mahu juga dia ketawa dengar soalan yang memang tak kena dengan tempat tu.lelaki itu mengerut dahi."maaf ya encik..ini kedai mamak bukan restoran hotel 5 bintang..boleh order lain?" kata lelaki itu.

"Encik Farhan..orderlah apa apa.." tanya syifa."takpe lah saya tak nak makan..bagi air kosong je.."kata Encik Farhan."eh,mana boleh..encik bagi tomyam dua lah.." syifa

setelah lelaki itu mendapatkan pesanan
dia melangkah pergi.tiba² Encik Farhan
memegang tangan syifa.lantas syifa melepaskan genggaman tangan Encik Farhan."apa Encik Farhan ni..haram tau! pegang tangan saya macam tu.."kata syifa sambil menundukkan mukanya.takut Encik Farhan perasan mukanya merah.

Encik Farhan tersengih melihat wajah Syifa yang comel itu.Entah kenapa semakin dekat dia dengan Syifa,semakin dia rasa teruja.setakat ni..hanya gadis seperti syifa sahaja yang pertama menambat perasaannya.

Bagi Syifa pula,terasa gugup tidak terkata di hadapan bosnya itu.tahulah bos dia tu hensem dan popular di kalangan wanita namun tidakklah pernah terdetik di hatinya bahawa bosnya itu mempunyai perasaan terhadapnya.

"Syifa..saya suka awak..!!"terluah di mulut Encik Farhan tiba tiba.Syifa tersentak."Syifa..Syifa!!" jerit Encik Farhan.
"hah!??apa dia??"tersedar Syifa dari lamunan.rupa rupanya bayangan dia sahaja."awak dengar ke apa saya cakap tadi??"dahi Encik Farhan mula berkerut.

*alamak..apa dia cakap tadi ya??*bisiknya panik."hmm..ya!ya saya dengar.."kata syifa pura pura."jadi...apa jawapan awak.." tanyanya lagi.*apa?? dia tanya apa tadi?? tu lah kau syifa bengong sangat tak fokus sangat masa orang tengah bercerita."jawapan saya.."belum sempat syifa menjawab makanan tiba.
"oh..tomyam!!saya makan dulu..sebelum tu baca doa makan daddy ajar..bismillah.."syifa menadah tangan membaca doa.Encik Farhan pun turut membaca doa.sempat juga dia merenung
syifa yang macam budak kecil yang sedang membaca doa makan.

"hmm..comel!!"kata Encik Farhan."siapa yang comel ??" kata syifa hairan."????..hnm.tomyam ni nampak comel kan?"kata Encik Farhan padahal yang dia mahu kata kan ialah Syifa yang comel.

Setelah makan,mereka membayar di kaunter dan berlalu pergi."hmm..sedap tomyam tadi..saya suka!"puji Encik Farhan buatkan syifa memandangnya sambil tersengih."apa??salah ke apa saya cakap?"
kata Encik Farhan."nothing..."balas syifa lalu meninggalkannya."ha..nothing?Syifa,wait!!"
Encik Farhan berlari mendapatkan Syifa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience