Series
2579
Deringan telefon mengejutkan si pemuda yang sedang nyenyak tidur.
"Assalamualaikum, boleh bercakap dengan Encik Fathan?"
"Waalaikumusalam, ya saya. Siapa di talian? " soal Fathan sambil berdehem memperbetul suara bangun tidurnya itu.
" Maaf, saya kawan Narissa, Narissa dekat hospital sekarang, Dia kemalangan"
Tanpa berlengah Fathan menyarung jaket kulit dan mencapai kunci motor berkuasa tinggi miliknya dan memecut laju ke hospital.
"Aduh, kenapa aku tak tanya hospital mana tadi"
keluh Fathan sambil menepuk dahi.
Dia kembali mendail nombor yang menghubunginya tadi untuk mengetahui lokasi Narissa menerima rawatan.
HUKM. Fathan segera ke sana.
"Narissa, Nar okay tak kenapa jadi macam ni Ya Allah"
"Nar okay abang. Nar tunggu abang lama sangat, jadi Ina melintas jalan nak pergi beli makanan dulu. Tiba-tiba ada motor rempuh Nar, itu yang luka dan calar ni."
Fathan meraup wajah. Tersedar bahawa dia lewat menjemput isterinya pulang dari kampus.
Syukurlah tiada kecederaan yang serius menimpa isterinya. Selesai mengambil ubat dan alatan mencuci luka, mereka bergerak keluar dari outpatient department.
"Amar! " serentak Fathan berpaling ke belakang. Hanya satu insan yang akan menyebut dirinya dengan nama itu.
Benar tekaan Fathan, Aminah yang memanggil dan semakin menghampiri mereka.
" U okay? U buat apa dekat sini?"
"Oh saya okay. wife accident so bawa dia untuk check if anything got serious."
Fathan memeluk bahu Narissa dan meminta izin berlalu pergi
"Abang, siapa tadi tu. Kenapa dia macam familiar je.."
" Kawan masa abang dengan Geneva dulu. Jom balik. Dah nak hujan ni " balas Fathan sambil menyarungkan helmet serta jaket hujan ke tubuh isterinya.
Share this novel