7

Short Story Series 2579

"Amar.. Macam mana cara nak lupakan U.. sakit Amar. setiap masa, setiap detik cuma rindu yang makin menebal.."

Tangisan Aminah bergema di segenap ruang bilik. Sudah tiga hari dia tidak keluar dari situ. Tiada apa lagi yang dia harapkan sementelah melihat lelaki yang begitu dia harapkan dahulu, kini bahagia bersama isteri dan anak.

Dia menatap gambar kenangannya bersama Amar Fathan.

"Amar, U akan setia tak tunggu I?"

" Seribu tahun sekalipun, selagi Allah tak ambil ingatan I, selagi itulah I akan tunggu U"

" Tapi hubungan kita ni sukar Amar"

" I sayangkan U, Mina.. only U and our love"

Dia menekup mulutnya. Kenangan itu terlalu perit namun tak berdaya untuk dilupakan.

"Ya Allah. Bantu hambaMu. Hilangkan lah rasa ini agar aku lebih tenang meniti kehidupan ini" rintih Aminah.

Di kampus tempat Narissa belajar, Fathan setia menanti isterinya tamat kuliah.

Dia sudah serik untuk lewat tiba menjemput Narissa selepas kemalangan yang berlaku tahun lalu.

Secawan kopi sejuk disuakan kepada Fathan. Dia berpaling dan membalas senyuman Narissa.

"Ada apa bodek abang ni. Selalunya abang yang kena belanja sayang kopi.."

" Tak ada lah. Saja sayang nak belanja. Harini kan ulangtahun ke 5 perkenalan kita. Abang lupa ke dengan kopi ni lah abang pikat saya dulu?"

Fathan menguis manja hidung isterinya. Ya, masih segar di ingatannya bagaimana dia berusaha mendapatkan cinta Narissa.

Fikirnya, mendapatkan hati gadis bernama Narissa segampang mencuit perasaan Aminah. Rupanya dia silap. Aminah dan Narissa dua karakter yang bagaikan langit dan bumi bezanya.

Narissa lebih matang, lebih berpendirian. Manakala sikap keanakan Aminah masih terserlah meskipun usia mereka sewaktu bersama sudahpun menginjak 23 tahun.

"Haii.. apa abang berangan tu?" Narissa memetik jarinya dihadapan Fathan.

" Tak ada apa. Abang cuma bersyukur. Sayang menjadi milik abang. Seluruh raga abang serahkan untuk sayang. Cuma, abang ada satu soalan untuk sayang.."

Narissa menjungkit kening tanda mahu Fathan melanjutkan soalan.

" Kenapa sayang masih bahasakan diri sendiri 'saya'..?"

Narissa terjeda. Tidak ada jawapan yang keluar cuma keluhan kecil yang kedengaran.

"Jom kita balik. Mesti anak dah cari mana Abah dan Mama dia ni" Narissa menukar topik perbualan sebelum menyambut helmet yang dihulurkan oleh Fathan.

Sepanjang perjalanan pulang, fikiran Narissa menerawang kepada soalan suaminya.

Entah apa perasaanya yang sebenar. Entah kenapa sukar bagi dia membahasakan dirinya sepertimana yang Fathan mahukan. Sedangkan di hatinya kini cuma ada Fathan, lelaki yang paling dia kasihi di dunia ini selepas ayahnya.

selamat membaca ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience