Rate

Bab 1

Romance Series 1045

31 Disember 2018

Hari ini merupakan hari pendaftaran persekolahan untuk sesi 2019 . Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar untuk berjumpa kembali rakan-rakan mereka setelah sekian lama tidak bertemu muka . Begitu juga aku . Aku menunggu member team KKA di hadapan dewan setelah membuat pendaftaran .

"Lamanya diorang ni". Aku merungut sendirian . Tanpa aku sedari , Farzana yang merupakan leader KKA berada dibelakangku .
"Oii !" .
"Oh mak kau yang paling cantik !" . Aku melatah akibat disergah oleh dia .
"Uish mak aku memang cantik apa" . Balasnya tanpa ada perasaan bersalah terhadap aku .
'Haihh nasib aku tak de sakit jantung . Tak guna punya member !' . Aku merungut di dalam hati .

"Mana Hafika ?" Tanya Farzana kepadaku .
"Entah aku pun tengah tunggu dia ni" . Jawabku . Dari kejauhan aku ternampak sekumpulan pelajar perempuan berjalan ke arah kami .
'Macam kenal' . Aku bermonolog sendirian .
"Ana , that's KKA member's right ?" Aku bertanya kepada Farzana .
"Haa betul lah tu diorang . Akhirnya sampai juga" . Farzana membalas soalanku .

"Assalamualaikum member" . Sapa Faa . Salah seorang KKA members
"Waalaikumussalam" Jawab aku dan Farzana serentak .
"Lama kita tak jumpa , kan ?" Pika memulakan bicara .
"Rindunya kat korang !" Sampuk Azizah yang merupakan seorang yang terkenal di sekolah kerana sikap lemah lembutnya itu .
"Rindu jugak" KKA berkata serentak . Sedang asyik kami meluahkan perasaan rindu , tiba-tiba ...

"Guys .." . Pika menggamit pandangan kami ke arah sosok seorang lelaki .
"Aku rindu dia weii . Dah lah sebulan tak jumpa" . Luah Pika . Tahulah kami bahawa lelaki itu ialah Low Soon Seng a.k.a Biskut .
"Tak nak jumpa dia ?" . Aku bertanya .
"Esok lah . Esok kan dah start sekolah ." . Pika menjawab .

@@@@@

Lagu Impossible nyanyian Shontelle berkumandang . Telefon bimbit Lenovo kepunyaanku menjerit minta diangkat . 'Pika ?' . Dah kenapa call malam-malam macam ni .

Pika : Assalamualaikum Airin .
Aku : Waalaikumussalam . What's up ?
Pika : Esok kau sekolah kan ?
Aku : Gila ke tak sekolah ? Cari maut ?
Pika : Hehe mana lah tau kau nak jadi budak jahat esok .
Aku : Tak de nya .
Pika : Err ..
Aku : Apa ?
Pika : Kau rasa esok Biskut sekolah tak ?
Aku : Apa kau merepek ni ? Mesti lah dia sekolah ngek ! Apa ke bebal lah member aku sorang ni .

Pika: Tak de lah . Aku rindu dia , tu je . Kang bila beria , dia tak datang pulak .
Aku : Don't worry lah Pika . Dia mesti datang punya . Dah jangan fikir bukan-bukan . Pergi tidur sana . Dah malam . Bye .
Pika : Wait ..


Trutt .. trutt .. trutt ..

Aku terus mematikan perbualan pada malam itu . Sungguh , aku rasa terlalu ngantuk . Jam di atas meja aku lirik . Hm , padanlah aku mengantuk . Dah pukul 10:30 malam rupa-rupanya . Aku mematikan suis lampu dan terus melayangkan badanku ke atas tilam . Best nya dapat tidur !

1 Januari 2019

"Airin ! Bangun ! Sekolah !" . Ummi mengejutku bangun .
"Hm !" Jawabku . Almaklumlah , masih mamai lagi . Aku melirik ke arah jam di sisi katilku . 5.30 A.M . Aku bangun dari katilku . Lampu bilik kubuka . Aku terus menuju ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk . Selesai mandi , aku terus memakai baju dan menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslim .

Usai menunaikan solat subuh , ummi memanggilku untuk turun dan bersarapan pagi sebelum ke sekolah . Rambut yang panjang aku ikat . Tudung sekolah aku sarungkan ke kepala . Aku menyapu sedikit bedak ke muka . Pelembap bibir aku oleskan di bibir .
"I'm done" . Aku berkata sendiri . Selepas bersarapan bersama ummi , aku berangkat ke sekolah bersama kakak saudaraku , Ayu Najwa yang lebih selesa untuk aku panggil Juwa .

"Aku naik atas dulu tau , Airin ." Juwa berkata kepadaku sebaik sahaja turun dari motorsikal yang aku parking di kedai bawah sekolah .
"Haa ok . Hati-hati jalan" .
"Kau tak payah nak pesan macam tu kat aku . Kau tu yang kena jaga diri" . Katanya kepadaku kembali sambil memberikanku sebuah senyuman sinis . Aku hanya menghiraukan kata-katanya itu . Sekilas aku pandang ke arahnya , dia sudah pun menghilang .

"Laju kau jalan , Juwa" . Aku mengomel sendirian . Lagi . Dalam perjalanan untuk naik ke sekolah , tanpa aku sedar , sebuah kereta meluncur laju menuju ke arahku . Aku tidak sempat untuk mengelak . Aku merasakan bahawa ini adalah pengakhiran hidupku . Tetapi ...
"Hati-hati !" . Seseorang menjerit kepadaku . Suara lelaki . Aku cuba mengenalpasti suara siapakah itu . Namun tanpa sempat aku berpaling kepada suara itu , aku terlebih dahulu ditolak ketepi jalan sebelum sempat kereta itu melanggarku .

Aku cuba untuk menenangkan jantungku yang seperti mahu tercabut keluar daripada badan . Aku berpaling ke arah 'seseorang' yang telah menyelamatkanku sebentar tadi . Dia . Seorang . Lelaki . Cina . Aku terpegun seketika memandangnya . 'Oii Airin . Sedarlah !' Akalku membangunkan aku dari lena .

"Eh awak . Awak okay tak ? Awak ? Awak luka ke ? Awak .. terima kasih dah selamatkan saya . Kalau awak tak de , saya tak tahu apa nasib saya" Aku mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu . Dia hanya tersenyum manis memandangku . Dan aku .. 'Ya Allah , cairnya ..' .
"Saya okay . Awak okay tak ? Ada luka ke apa ke ?" Dia bertanya kepadaku .
'Auw dia risaukan aku ke ?' Aku mula berangan .

"Awak ?" Dia mengejutkan aku dari angan-angan yang agak mengarut itu .
"Ah , ye saya ?" . Aku menyahut panggilannya .
"Awak okay ke tak ni ?" Soalnya lagi .
"Uh okay , okay" Jawabku bersungguh-sungguh .
"Ye ke ni ? Kalau awak okay , kenapa muka awak merah ? Awak ... Blushing ?" Dia menyoalku lagi dan lagi .

"Ah , tak de apa-apa . Saya okay je . Err saya naik dulu eh . Bye ." Aku mematikan bicara . Sempat aku melirik ke arah tanda namanya sebelum aku berlari memasuki sekolah . YAP ZHI SENG . Itulah namanya . Tapi siapa dia ? Kenapa aku tak pernah nampak dia kat sekolah ni selama 3 tahun aku sekolah kat sini ? Dengar nama dia pun aku tak pernah . Tak mungkin lah dia Tingkatan 1 . Tinggi kot orangnya . Aku yakin dia bukan Tingkatan 1 ..

@@@@@

"Kau asal Airin ?" Soal Pika sebaik sahaja aku memasuki barisan kelasku iaitu 3USM .
"Haa ? Aku ? Kenapa dengan aku ? Ada yang tak kena ke kat muka aku ? " . Aku meraba-raba mukaku . Mana lah tau ada coklat ke apa ke .
"Eh tanya orang pula . Tak , yang kau senyum-senyum dari tadi kenapa ?" Pika mengulang kembali soalannya .
"Eh tak de pape . Mana ada pape" Aku menjawab soalannya sambil tersengih .

"Sengih-sengih . Eleh kau ingat aku ni kenal kau baru malam tadi ke apa ? Kau kalau senyum sorang-sorang macam orang gila ni mesti ada sebab punya , kan ?" Pika terus menyoalku tanpa menyerah .
"Gila kau panggil aku ? By the way .. Err .. Kau kenal Yap Zhi Seng tak ?" Aku memulakan perbicaraan .
"Hahaha memang kau gila pun . Jap . Yap Zhi Seng ? Aku tak pernah dengar pun nama dia sebelum ni" . Pika menjawab .
"Emang kenapa dengan dia ?" Soalnya lagi .

"Takde lah . Tadi .. Dia selamatkan aku" . Aku mula berterus terang .
"Selamatkan kau ? Wait , wait , wait . Aku tak faham sekarang . Selamatkan kau ? Dari apa ? Kat mana ? Pukul berapa ?" Soalnya bertubi-tubi . Aku menarik nafas sebelum mula bercerita kepada Pika .
"Okay , tadi sebelum aku masuk sekolah , aku hampir kena langgar kereta" .

"WHAT ?!! LANGGAR KERETA ?!" .
"Ish kau ni jangan lah cakap kuat-kuat" Aku memberi amaran kepadanya sambil mengisyaratkan akan keadaan sekeliling kami yang dipenuhi orang yang semestinya para pelajar perempuan yang suka membawang .
"Ok ok sorry . And then ? Apa berlaku ?" Pika memperlahankan suaranya .
"Dan dia selamatkan aku . Aku minta maaf kat dia , tapi dia cuma senyum je" . Aku menjelaskan keadaan yang sebenarnya kepada dia .

"Wau , macam drama lah" .
"Ok ok , and then apa jadi ?" . Pika meneruskan soal siasat .
"Okay lepastu dia tanya kenapa aku tiba-tiba blushing . Mananya aku tak malu . Aku cakap 'bye' and terus lari naik sekolah" . Aku mengakhiri ceritaku .
"HAHAHAHA ! Kau blushing ? Okay biar aku teka . Kau blushing sebab kau ... ter'fall' in love dengan dia kan ? Kan ? Kan ?" . Bagai dapat membaca fikiranku , dia mengetahui perasaanku . Aku hanya diam tanpa membalas soalannya . Malu kot haha .

@@@@@

"Cikgu datang , cikgu datang !" Jerit dua orang pelajar yang nakal di dalam kelas 3USM itu . 'Haihh perangai tak ubah-ubah . Macam budak-budak' . Aku merungut sendiri .
"Good morning class" . Ucap guru kelas kami iaitu Madam Sangeetha .
"Good morning Madam Sangeetha" . Balas pelajar 3USM dengan bersungguh-sungguh . "Okay sit down" Arah Madam Sangeetha kepada kami .
"Thank you Madam Sangeetha" .

"Okay , today we have a new student from Sabah . Come in" .
"Siapa ek ?" Pika bertanya kepadaku .
"Entah . Aip Pika jangan macam-macam . Biskut tu aim kau lain macam je" . Aku memberi teguran kepada Pika . Pika melirik ke arah Biskut yang duduk di sebelahnya . Seorang lelaki masuk ke dalam kelasku .


"O.M.G" . Hanya itu yang mampu aku ucapkan sekarang .
"Kau kenapa , Airin ?" .
"Pika .. Help me ...."
"Apa hal kau ni ? Gila eh ?"
"Pika ? Tu dia .."
"WHAT ?!"

"Please introduce yourself" Arah Madam Sangettha kepada 'dia' .
"Hai . Nama saya Yap Zhi Seng . Saya berasal dari Sabah . Saya berpindah ke sekolah ini kerana berdekatan dengan rumah nenek saya . Saya harap awak semua sudi berkawan dengan saya ."
"Okay good . Now .. You sit ... There" . Ujar Madam Sangeetha sambil menunjuk ke arah ruang kosong disebelahku .


"O..ow . Me ? Soalku .
"Yes darling . Any problem , Asmarin ?"
"Err .. Of course not..."
"Okay you can sit there . BESIDE NUR ASMARIN"
"Thanks Madam" .
"Most welcome , YapZhiSeng" .

DIA berjalan ke arahku . Semakin dekat , semakin dekat . Setiap kali dia meneruskan langkah , setiap kali itu jugalah hatiku berdetak kencang . Mengalahkan pelari maraton . Dan tiba-tiba ..
"Hai .." . Dia melemparkan senyuman manisnya . Lagi . Seperti pagi tadi .
'Asshiap . Dia tegur aku ... wallawweiy'
"Oh .. hai" . Aku turut membalas senyumannya .
"Boleh saya duduk ?" Dia bertanya .
"Haa ? Oh .. Boleh je"

"Okay seperti biasa , kita akan buat undian untuk jawatankuasa kelas 3USM bagi tahun 2019 . Sesiapa yang nak buat undian sila angkat tangan . Setiap orang hanya boleh undi sebanyak 3 kali sahaja" . Madam Sangeetha memulakan kelas pada pagi itu .
"Baiklah yang pertama , jawatan ketua kelas" .
Aku mengangkat tangan .
"Saya mencadangkan Biskut !" .


Pika tersentak lantas memandangku dengan tajam . Pandangan yang terlalu tajam . Seperti mahu menelan aku gamaknya .
"Aik ? Siapa Biskut ?" . Tanya Madam Sangeetha .
"Eh ? Biskut pulak . Hehe .. Saya mencadangkan Low Soon Seng sebagai ketua kelas 3USM bagi tahun 2019" .
"Oh okay . Any suggestion ?"
"Nooo" . Jawab semua pelajar serentak .

@@@@@

"Airin ? Siapa Biskut ?" . Soal Biskut kepadaku .
"Serious lah awak nak tau ?" . Tanyaku kepada Biskut sambil menjeling ke arah Pika yang sudah memerah wajahnya menahan marah dan malu .
"Biskut tu ..." . Aku melirik ke arah Pika buat kali kedua .
"Airin !" .
"Apa ? Kenapa ?" . Tanyaku seolah-olah tidak mengerti .

"Biskut tu crush Pika" . Jelasku .
"Oh . Tapi kenapa awak lepastu cakap nama saya pulak ?"
"Sebab ..." . Aku mengenyit mata ke arah Pika .
"Pabo !" . Pika memarahiku .
"Hahaha !! By the way Soon Seng , nanti awak akan tahu jugak" .
"Okay saya tunggu" .
Pika menyembunyikan senyuman tatkala mendengar Biskut berkata begitu . Eleh ingat aku tak nampak ke dia senyum ! Huh !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience