Rate

Bab 2

Romance Series 1045

Tiga minggu sudah berlalu . Aku dan Zhi Seng telah menjadi semakin rapat . Begitu juga Pika dan Biskut . Pada mulanya aku agak janggal untuk mendekati Zhi Seng , tetapi Biskut meyakinkan kepada aku bahawa Zhi Seng adalah lelaki yang baik .

Aku dan Pika pernah bertanya kepada Biskut bagaimana dia boleh mengetahui latar belakang Zhi Seng . Dan dia menceritakan kepada kami bahawa dia dan Zhi Seng sebenarnya ialah 'BFF' . Sebab tu masa Zhi Seng baru memasuki kelas aku , Biskut sama sekali tidak terkejut .

Sedang aku berkhayal , tanpa aku sedar Zhi Seng berada disebelahku .
"Ehem . Jauh termenung . Dah sampai mana ?" . Suaranya menyedarkan aku dari khayalan .
"Eh bila awak sampai ?" . Aku bertanya sebaik sahaja aku memandangnya .
"Dah setengah jam saya tunggu kat sini . Tapi awak tak berhenti menjelajah mimpi . Awak pergi mana tadi ? Lama saya tunggu awak tau" .
"Haa ? Setengah jam ? Serious lah ?" .
"Hahaha !" .

'Dia ketawakan aku ?' Aku menyoal diri sendiri tanpa menyedari bahawa dia sedang mempermainkanku .
"Awak kenapa ketawa ?" . Tanyaku geram apabila dia masih ketawa .
"Haihh apalah awak ni . Kalau dah setengah jam , saya rasa saya dah tak duduk sebelah awak . Saya rasa saya dah ada dalam kelas" . Dia meneruskan tawanya .
Tak sempat aku membuka mulut , seorang pelajar perempuan berbangsa cina datang ke arah kami berdua .

"Hai Zhi Seng" . Sapa pelajar perempuan itu .
"Hai . Awak siapa ? And macam mana awak tahu nama saya ?" . Tanya Zhi Seng kepada pelajar perempuan itu .
"Nama saya Xie Lyn . Awak boleh panggil saya Lyn . Saya ada 'friend' dengan awak kan ? Kat FB ?" . Dia menjawab seraya menghulur tangan untuk bersalam . Aku tau lah kau boleh salam dia . Aku hanya menjeling .

"Ouh . Okay saya ingat awak . Maaf lah saya hampir tak kenal awak tadi" . Zhi Seng menunjukkan rasa bersalah kepada gadis itu .
"Hai Lyn" . Aku menyapa dia .
"Maaf , kau siapa ek ? Aku tak kenal kau" . Begitu kasar bahasanya terhadap aku .
"Ehem . Aku Airin" . Aku melemparkan senyuman kepadanya walau hati tengah panas ketika itu . 'Sabar , sabar .'

"Zhi Seng , jom masuk dewan" . Tanpa menghiraukan aku , dia menarik lengan Zhi Seng ke arah dewan . Aku hanya mampu memandang mereka berdua dengan pandangan tidak puas hati . Terkejut kot .. Dan .. Tanpa mampu membuat apa-apa .

@@@@@

"Awak okay ?" . Soal Zhi Seng . Agaknya dia perasan akan perubahan sikapku kepadanya . Huh nak buat macam mana , kalau orang dah jealous memang macam ni . Aku hanya diam seribu bahasa . Malah memandangnya juga tidak . Aku hanya menghadap buku . Madam Sangeetha tidak dapat masuk ke kelas kerana ada mesyuarat . Itu adalah masa yang paling bahagia untuk semua murid .

Ada yang tidur , ada yang study , ada yang membawang , dan tidak ketinggalan juga yang berdating . Budak zaman sekarang . Pelbagai karenah .
'Mana pulak Pika dengan Biskut ni pergi ?' . Aku bertanya kepada diri sendiri .
"Saya ada buat salah ke ?" . Arghhh !! Again ? Dah beribu kali dia asyik bertanya soalan yang sama . Bukan aku tak simpati kepadanya yang mengharapkan jawapan dari aku , tetapi aku masih teringatkan perempuan cina yang bernama Lyn itu . Perbuatannya itu tidak boleh aku maafkan ! Terlalu biadab !

"Awak .. cakap lah dengan saya . Jangan lah diam je . Awak tak nak kawan dengan saya lagi ke ? Awak .. cakap lah . Saya rindu suara awak ni .." . O.M.G ! Dia rindu suara aku ?! Betul ke apa yang aku dengar ni ?! Betul ke ?!
"Awak nak apa ?" . Akhirnya aku mengalah dengan permintaannya itu .
"Hah dapat jugak saya dengar suara awak . Rindunya saya dengan suara awak" . Dia terus memujuk aku .
Aku dapat rasa darah menyerbu ke mukaku . Pipiku mula memerah . Aku blushing !!
"Awak ?" . Dia memanggilku . Lagi .

Selang beberapa minit , Pika dan Biskut masuk ke dalam kelas . Yang aku pelik , diorang tersenyum-senyum ! Sekali imbas macam orang gila yang dapat lepas dari Tanjung Rambutan !
"Korang berdua ni dah kenapa ? Tersenyum-senyum macam orang gila !" . Tanpa membuang masa , aku terus menyoal mereka .
"Ish , apalah kau ni . Orang gila pulak . Kitorang normal lagi okay" . Pika membalas .
"Kalau normal , korang berdua ni tak kan tersenyum macam tu sekali tau . Macam ada apa-apa je ni" . Aku cuba membuat serkap jarang terhadap mereka berdua .

"Tak de apa-apa lah Airin . Saya dengan Pika okay je . Kan Pika ?" . Biskut mencelah .

"Suka hati korang lah" .
"Ni korang dari mana ? Lambat noh !" . Aku mendengus .
"Awak nak tahu tak ? Tadi kami pergi tengok relief . And then kat situ ada satu notis . Dia tulis kat situ akan ada satu pertandingan sajak" . Biskut memberitahuku .
"Laa tu je ? Habis tu kenapa korang berdua tersenyum-senyum ?" . Soalku lagi . Pika dan Biskut saling berpandangan sebelum kedua-keduanya tersengih . Pika memberi isyarat kepada Biskut supaya memberitahuku . Alis kening aku angkat .

"Kami berdua berikan nama awak kepada cikgu" . Sejurus dia menghabiskan ayatnya , aku tersentak . And me belike .. What the fish !!!!!
"What ?! Tanpa inform kat aku dulu ?! Sampai hati" . Aku bangun dan terus berlari ke arah tandas dihujung koridor . Sengaja nak tunjuk protes . Biar diorang rasa bersalah . Hahaha (ketawa jahat !)

@@@@@

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan pada hari itu telah pun tamat . Semua murid berasa gembira . Begitu juga kami berempat . Diluar kelas , member KKA menunggu aku dan Pika . Maklumlah , hanya aku dan Pika yang berada di kelas kedua dalam Tingkatan 3 . Mereka yang lain semua berada di kelas pertama . Mereka budak pandai ! Huhu .

Tiba-tiba aku terpandang seorang pelajar perempuan cina berada di hadapan kelasku . 'Pahal macam pernah tengok minah tu ?' . Aku bermonolog sendirian . Kami berempat berjalan seiring keluar dari kelas . Tiba-tiba ..
"Hai Zhi Seng" . Dia menyapa .
'Laa minah ni rupa-rupanya .' . Siapa lagi kalau bukan Lyn si minah senget tu ! Aku merengus . Zhi Seng dan yang lain memandangku dengan hairan .

"Hai juga , Lyn" . Aku menjawab bagi pihak Zhi Seng .
"Eh ? Aku tak tegur kau lah , perempuan murah ! Aku tegur pakwe aku !" . Pedas sekali ayatnya . Heiyhh , dah lebih dia ni . Perempuan murah dia panggil aku ?! Palabawang lah . And wait . Pakwe ? Bagai dihempap batu yang besar , aku terkaku . Pakwe ? Betul ke apa aku dengar ni ? Wait ! Aku tak bermimpi kan ? Entah kenapa , tiba-tiba badan aku menggigil .
"Airin ?" . Ana menyedarkan aku dari lamunan .
"Awak .. Jom balik" . Rayu Lyn dengan suara yang menggoda .
"Guys , aku balik dulu eh . Bye , jumpa esok ." . Zhi Seng menuruti . Aku dapat rasa bahawa Zhi Seng memandangku . KKA dan Biskut hanya mengangguk membenarkan mereka berdua pergi . Tapi aku ? Hanya diam seribu bahasa .
"Aku balik dulu eh . Tiba-tiba rasa tak sihat" . Aku meminta diri untuk pulang . Airmataku tiba-tiba mengalir . Aku terus berlari menuju ke luar kawasan sekolah .

"Kenapa dengan Airin tu , awak ?" . Biskut bertanya kepada Pika setelah aku hilang dari pandangan mereka .
"Zhi Seng tu kawan awak kan ?" . Tanya Pika .
"Yes . Why ?" .
"Kalau awak nak tahu , actually Airin tu suka dekat Zhi Seng" . Jelas Pika
"Oh , tapi macam mana Airin boleh suka Zhi Seng ?" . Biskut meneruskan pertanyaan .
"Actually Zhi Seng pernah selamatkan Airin dari kena langgar dengan kereta masa first day sekolah . Start tu , Airin terus suka kat Zhi Seng tu . Kalau awak perasan , Airin terkejut gila masa Zhi Seng masuk kelas kita masa first day sekolah tu" . Panjang lebar Pika cerita .

"Oh macam tu . Okay baru saya faham ." .
'Macam awak jugalah Pika . Awak akan jadi seperti Airin bila saya tegur perempuan lain' . Bisik hati kecil Biskut .

"PAKWE ?" . Untuk kali keberapa aku bertanya kepada diri sendiri . Kenapa dia tak cakap dengan aku pun pasal tu . Kenapa dia tak bagitau aku yang Lyn awek dia . Entah-entah tadi kat kelas , yang dia beria nak cakap dengan aku tu sebab dia nak bagitau aku pasal benda ni . Aduh ! Kenapa aku tak bagi dia peluang nak cakap . Kenapa dia mesti buat aku berharap ?

Satu buku diari berwarna ungu aku keluarkan dari dalam kotak . Buku diari pemberian Iman , ex-boyfriend aku . Ex yang paling aku sayang , dia pergi tinggalkan aku dengan satu alasan yang sangat teruk ! Aku buka buku diari itu dengan berhati-hati . Sudah setengah tahun aku simpan buku itu di dalam kotak . Kulit buku kelihatan sangat berhabuk . Aku membersihkan habuk itu dan membuka buku itu . Helaian demi helaian aku selak . Perasaan sebak tiba-tiba hadir . Airmata mula bertakung di tubir mata . Hanya menanti untuk jatuh menyembah bumi .

Buku itu penuh dengan gambar aku dan Iman , penuh dengan kebahagiaan kami berdua . Segala apa yang kami tempuhi setiap hari , aku coretkan di buku diari itu . Aku menyelak helaian baharu untuk aku tuliskan apa yang berlaku pada hari ini .

Khamis ,
24 Januari 2019 ,
03:30 P.M
~Hari ini aku sedar bahawa aku telah menyukai seorang lelaki berbangsa cina . Aku tidak mengambil kira agamanya . Nama dia Yap Zhi Seng . Aku menyukainya kerana keperibadiannya yang cukup sempurna dimataku . Biarpun dia tidak seagama denganku , hatiku terlalu menginginkannya . Tapi .. Hari ni dia dah jadi milik orang lain . Xie Lyn namanya . Nama yang cantik sesuai dengan tuannya . Tidak seperti aku .. Kalaulah aku dapat putarkan masa kembali .. Akan aku katakan pada Zhi Seng bahawa aku menyukainya saat dia masuk kekelasku . Namun apakan daya . Aku hanya mampu berharap ×_×

Yang benar ,
Airin .

Selesai . Aku menutup kembali buku itu dan aku menyimpan didalam laci . Aku mengeluh .

@@@@@

"Assalamualaikum semua" . Angah memberi salam sebaik sahaja tiba dimuka pintu .
"Waalaikumussalam ." Aku dan ummi menjawab salam serentak .
"Angah dah balik ?" . Aku bertanya .
"Eh tak lah . Angah kat ofis lagi . Ni kembar angah yang balik" . Angah membalas bersahaja . Aku menjeling angah . Ummi hanya tertawa melihat karenah kami berdua .
"Angah dah makan ?" . Tanya ummi .
"Belum lagi" .
"Pergi lah mandi , lepas tu makan ." . Arah ummi .
"Baik boss !" .

Tok tok tok . Pintu bilikku diketuk .
"Boleh alang masuk ?" . Alang , kakak ketiga aku .
"Masuklah" . Aku menjemputnya masuk .
"Alang bawa apa tu ?" . Soalku apabila aku ternampak dia menatang sebuah dulang .
"Biskut dengan susu" .
"Oh" . Aku agak janggal sebenarnya kerana aku dengan alang tidaklah rapat sangat . Boleh dikira dalam sebulan hanya sekali kami akan bertegur . Huhu sadis !
"Kenapa tiba-tiba datang bilik Airin ?" . Aku bertanya sebaik sahaja dia duduk di atas katilku .

"Saja nak melawat ." . Jawapannya membuatkan aku hampir tersedak .
"Kenapa ?" . Dia tanya kepada aku .
"Tak de apa-apa . Rasa lawak" . Aku ketawa .
"Apa yang lawak ?"
"Tak pernah-pernah macam ni sebelum ni , tak de angin , tak de ribut tiba-tiba kata nak melawat . Tu yang lawak" . Aku meneruskan tawa yang masih bersisa . Alang hanya melemparkan senyuman kepadaku . Alang berjalan menuju katilku lalu duduk dibirai katil .
"Siapa lelaki tu ?" . Alang memulakan perbualan . Aku terkesima . Alang tahu ke pasal Zhi Seng ?

"Lelaki mana pulak ni alang ?" . Soalku berpura-pura tidak mengetahui apa-apa .
"Siapa Yap Zhi Seng ?" .
Sekali lagi aku terkesima . Tiada jawapan yang mampu aku berikan . Hanya diam . Diam . Dan diam .
"Jawablah Airin . Alang tanya ni . Diam pulak dia" .
"Mana alang tahu ?" . Aku menyoalnya kembali
"Cakap lah . Siapa dia ?" . Alang tetap mendesakku agar aku memberitahunya .
"Alang tak marah ?" . Aku memberanikan diri bertanya .
"Alang tak marah lah , Airin" . Jawapannya membuat aku lega .

"Yap Zhi Seng tu kawan Airin . Budak baru . Dia baru pindah dari Sabah" . Aku memberitahu serba-sedikit tentang Zhi Seng kepada alang .
"Dan ?" . Tanya alang .
"Dan apa ?" . Giliran aku menyoal alang .
"Airin suka dia kan ?" . Alang membuat serkap jarang kepada aku . Aku gelisah . Tak tahu nak jawab apa . Namun akhirnya ..

"Ya , Airin suka dia . Tapi .." . Aku menggantung ayat . Aku biar tanpa menghabiskan ayat itu .
"Tapi ? Dia dah ada girlfriend ?" .
"Tapi ..." . Aku tidak mampu meneruskan ayat . Airmata aku mulai bertakung . Badanku mulai terhinjut-hinjut . Nafas panjang aku tarik lalu kusembus perlahan .
"Tak pe , alang tunggu" .
Airmata aku tumpah buat kesekian kalinya tanpa sempat aku menahan .
"Bukan .. Tapi Airin cuma takut .. Airin takut untuk jatuh cinta lagi . Airin tak nak peristiwa lama berulang kembali . Luka lama belum pulih , alang . Airin takut luka dalam hati ni makin dalam .

Airin tak nak jatuh buat kali kedua disebabkan seorang lelaki . Cukuplah Airin jatuh sebab Iman dulu" . Bagai melepaskan batu yang menghempap diri ini , aku melepaskan nafas lega . Lega kerana aku dapat melepaskan beban tersebut .
"Dah lega ?" . Alang bertanya . Aku hanya mampu menganggukkan kepala .
"Tak pe , alang faham . Tapi alang nak Airin ingat satu perkara . Melupakan seseorang yang kita cinta itu memang bukan perkara yang mudah , tetapi jika semakin diingat semakin sakit , cubalah lupakan je dia .

Alang tahu Airin kuat . Alang tahu Airin kuat menghadapi cabaran . Jadi ? Sabar . Banyak manfaat sabar ni . Ingat juga , gagal sekali tak bermaksud gagal selama-lamanya" . Terasa bagai ada semangat baru yang meresap masuk dalam diri aku . Aku bangun dan terus peluk alang yang sedang duduk di atas katilku .
"Terima kasih , alang" .
"Sama-sama . Dah makan biskut tu , habiskan susu tu . Lepastu tidur . Dah malam" . Arah alang kepadaku .
"Baik boss !" .

@@@@@


Jam penggera menggangu mimpi lena sang tuan.
"Hish..kalau tak kacau mimpi aku tak sah ea ?!" Aku merungut .
'Jam ni pun lagi satu..mimpi tengah best la dia kacau' . Rungutku lagi sambil pejam mata semula berharap mimpi itu kembali .Tetapi..
"AIRIN" . Suara seorang wanita bergema dalam mimpinya .Ya dia kenal suara ini.
"Jam dekat sebelah telinga pun tak boleh bangun ke?" Haduhh aku kenal nada ini . Nada yang bakal bergema sekejap lagi . 3...2...1...

"AIIIIIIRRRRRRRIIIIINNNNN" . Haaa itu dia .. Kan dah kata.
"Ye..ye..Airin dah bangun dah ni" . Nak tak nak kena bangun juga .
'Haihhh kenapalah dalam banyak-banyak mimpi,mimpi yang inilah dikacau?'. Bukan apa tapi mimpi orang yang disayangi ajak kahwin, gila ke nak bangun? Memang tidaklah jawabnya .
Selesai mandi dan solat, aku turun ke bawah untuk bersarapan.

"Haih tunggu mak lampir jerit ye baru nak bangun?" ujar alang mengusik aku .
"Apa dia alang?" Soal ummi sambil piat telinga alang .
"Ahh...aduh..duh sakit mi" alang mengaduh apabila dipiat oleh umminya . Huish jangan dibuat main dengan piatan ummi , sekali sudah terkena taubat nasuha terus .
Haa padan muka . Siapa suruh main cakap lepas je , kan dah kena" gelak angah .
"Dah makan nanti lambat nak pergi sekolah dengan Juwa" kata ummi .

"Airin mimpi ape sampai tak nak bangun?" Soal along sambil makan bihun kuning .
"Mimpi ada putera kayangan ajak kahwin tapi ada suara yang bergema sampai mimpi tu musnah, nak buat macam mana" aku jawab sambil perhatikan ummi yang baru sahaja masuk ke dapur .
"Belakang beranilah cakap. Cuba cakap depan-depan, berani tak?" Kata angah dengan senyum sinis dia .
"Tak makan lagi ke?" Tidak sempat aku nak balas tiba-tiba ummi tanya sebaik sahaja keluar dari dapur .

"Ha nak makanlah ni. Angah ni kacau" aku bagi alasan pada ummi berharap ummi tidak dengar apa yang angah katakan tadi . Lalu aku pun duduk dan makan secepat mungkin .
"Dah siap! Orang pergi dulu" aku letak pinggan kat dapur dan salam semua orang .
"Aik cepatnya? Tak lari tak sekolah tu." Ujar alang
"Nak cepat ni. Kan nak ambil Juwa lagi. Bye, assamualaikmum" laju aku berlari keluar rumah .
"Waalaikumussalam"jawab mereka serentak .

Tak sampai 5 minit aku dah sampai di rumah Juwa dan aku memberi salam. Tak lama lepas aku beri salam, terdengar orang menjawab .
"Oh sekejap eh" tersembul muka Juwa sebaik sahaja buka pintu .
"Haa ok" jawab aku sambil capai handphone aku dalam bakul motor. Aplikasi Fac aku buka untuk memeriksa notification, terdapat beberapa orang yang menghantar request permission untuk menjadi rakan tapi aku biarkan sahaja. Tiba-tiba Juwa muncul dengan beg sekolah dan helmet Swan yang selalu dia pakai untuk pergi ke sekolah.
"Dah?" Soal aku sambil off handphone.
"Dah. Jom" ajak Juwa sambil menaiki motorsikal dengan bismillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience