Rate

BAB 1

Romance Series 5812

Areena memasuki pagar sekolah dengan tergesa-gesa dia menepuk dahi apabila melihat ketua pengawas sudah ada di pagar dan merenungnya dengan pandangan maut.
   "Lambat lagi?Aku rasa dah masuk berapa kali kau lambat"tegur suara itu siapa lagi kalau bukan KETUA PENGAWAS paling hot dekat sekolah.
   "Sorry,aku ada hal kecemasan tadi.Please jangan tulis nama aku dalam buku rekod"rayu Areena.
   "Sorry-sorry itulah yang kau tahu.Ok kali ni aku maafkan tapi kalau kau lambat lagi esok kau tengok lah apa jadi kat kau"amaran keras itu diberikan dan Areena hanya mengangguk dan terus jalan sambil menunduk.Areena meletakkan beg dan terus duduk di atas kerusi.
   "Oii apahal kau lambat?Aku sempat lagi makan karipap dua ringgit kau tahu tak sebab tunggu kau"sapa Sofea atau lebih dikenali dengan gelaran Peah.
   "Macam biasa adik aku buat hal so aku pulak yang lambat"jawab Areena malas geramnya masih belum kurang dengan adiknya Nur Amara Anisya yang baru berusia lima tahun itu.
   "Aishh macam-macam kau ni.Eh jap mana pulak si Intan ni aku rasa tadi dia dengan Aleya dah naik kelas dulu"beritahu Sofea dia memandang sekeliling mencari dua orang lagi sahabat mereka,dan pada saat itu muncul Intan didepan pintu kelas sambil memegang perut menahan kesakitan.
   "Kau apahal main pegang-pegang perut ni?"tanya Sofea,Intan hanya menggelengkan kepala dan terus melabubuhkan punggungnya di sebelah Areena kerana mereka duduk bersebelahan.
   "Kau makan apa tadi kat kantin?"tanya Areena.
   "Aku cuma minum air kopi yang Aleya bagi je"jawab Intan dan Areena sudah dapat mengagak punca sakit perut itu.
   "Bukan ke sebelum ni kau cakap dengan kitorang yang kau tak boleh makan atau minum waktu pagi"beritahu Sofea.
   "Ya,tapi aku dah tak tahan tengok kopi tu sedap"jawapan balas Intan mengundang gelengan kedua-dua rakannya.Ini namanya memang sengaja cari penyakit.Areena terus menghulurkan minyak angin pada Intan dia memang suka membawanya senang jika berlaku kejadian macam ni.Intan mengambil dan menyapu di perutnya.
   "Oklah aku chau dulu Cikgu Salmah dah nak masuk tu."pamit Sofea dan pergi ke mejanya yang selang beberapa buah meja sahaja

??????

Areena berjalan keseorangan ialah rakannya yang dua orang itu masih lagi mencekik kat kantin ada saja benda yang nak dimakannya.
   "Meow!Meow!Meow"suara kucing itu menggamit perhatian Areena dia cuba mencari dari mana datangnya suara itu dan dia terlihat kucing itu terperangkap di dalam longkang yang tinggi rasa simpati di dalam hatinya.Dengan yakinnya dia cuba membantu kucing itu saat dia sudah dapat mengangkat kucing itu seorang budak lelaki
berlari dan terlanggar Areena dan menyebabkan Areena terperangkap di dalam longkang yang tinggi itu dengan kucing yang masih dipelukannya nasiblah longkang itu kering.Faridz Lee yang melihat kejadian itu terus menghulurkan bantuan,sesudah dia melepaskan kucing itu ditempat yang sesuai dia memandang ke arah Faridz Lee yang berada disebelahnya.
   "Thanks sebab tolong tadi"ucap Areena dan cuba tersenyum walaupun jantung tengah berdegup sakan.
   "Most welcome,lagipun kau dah selamatkan kucing tu so tuhan hantar seseorang untuk selamatkan kau pula"balas Faridz Lee lalu terus melangkah meninggalkan Areena yang dibuai perasaan indah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience