Rate

BAB 2

Romance Series 5812

   "Ish sakitnya hati aku dengan perempuan tak sedar diri tu.Mengada nak tolong kucinglah apalah nak tarik perhatian lah tu"rengus Puteri Arisya.Tania yang melihatnya sudah berkerut dahi.
   "Kau kenapa Put?macam cacing kepanasan je"tanya Tania.
   "Kau tahu tak tadi aku nampak si Areena tu bersweet-sweet pulak dengan Abang Ridz tu.Sakit hati aku tengok"luah Puteri Arisya.
   "Lah fasal tu je,kau tak payahlah nak jaelous sangat bukannya dia boyfreind kau pun kan?Dahlah buang masa je cakap dengan kau"balas Tania dia sudah malas mahu melayan perangai rakannya itu kejar sangat Abang Senior yang tak pernah sedar kehadirannya.

??????

"Achem,Achem"Areena bersin dengan teruk sekali sampai merah hidungnya,dia mengambil tuala yang berada di atas meja dan dilapkan di hidungnya yang mula mengeluarkan cecair.Oleh kerana badannya yang kurang sihat itu dia hanya berehat dirumah,itupun puas dipaksa Puan Analia kalau tak memang nak sekolah lah Areena ni.
   "Areen,Areen kenapalah antibodi kau ni lemah ha?baru kena hujan sikit dah demam tahap gaban"bebel Areena sendiri dia menyandar di kepala katil dia sudah merasa bosan sekarang ini.Bunyi kuakan pintu terjegul wajah Puan Analia yang menatang semangkuk bubur di tangan.
   "Macam mana Nur?Dah ok?"soal Puan Analia.
   "Bolehlah Ma,cuma sakit kepala sikit je"balas Areena,bubur ayam yang disuap Mamanya ditelan dengan sedikit payah oleh kerana sakit tekak.
   "Lepas makan bubur ni makan ubat"arah Puan Analia dan seperti seorang kanak-kanak Areena sudah menggeleng kepala.Dia tidak pernah suka kan ubat.
   "Jangan degil,kalau rasa esok nak sekolah baik kamu ikut cakap Mama"dengan tegas Puan Analia berkata,habis sahaja suapan yang terakhir mamanya sudah mengambil sebiji pil baru sahaja mahu menyuapkan ubat itu si kecil Amara sudah menghampiri dan apabila melihat reaksi kakaknya itu tahulah dia yang Areena seorang yang takut dengan ubat,setelah mendapat keizinan dari Puan Analia Amara terus menuju ke ruang hadapan rumah untuk bermain dengan sepupunya Ariel.
   "Amara,kenapa lambat?"tanya Ariel yang duduk di buaian.
   "kita mintak izin ngan mama kita.Tadikan kak Reen takut makan ubat!Macam budak kecik"dengan lancar si kecil Amara itu bercerita tahukah dia yang cerita itu bakal membuatkan nama Areena popular di sekolah nanti lagi-lagi diceritakan pada si mulut kepoh Ariel yang sudah pastinya musuh ketat sejati kakaknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience