SATU.
"Abang, bangun sahur~ " bahu milik suaminya yang tidur pulas di atas katil Qhadeeja goncang. Namun tiada gerak balas. Hanya disahut dengkuran halus sang suami.
Qhadeeja menggeleng-geleng. Liat betullah Adam ni nak bangun sahur! Hampir 5 Kali mengejutkannya dengan pelbagai cara, semua tak jalan.
"Abang~" suara Qhadeeja meleret-leret mengejutkan Adam buat kali keenam. Situasi tidak berubah, Adam masih seronok tidur.
Kali ini, kesabaran Qhadeeja mula menipis. Dengan tenaga dan suara seoktafnya,
"ABANGGGGGGGG!!!!!"
Share this novel