Rate

RWMH ; 01

Crime Series 1555

"Awak, makanlah apa yang saya masak tu. Kalau takat hidu bau dia, baik saya hidang dekat awak bau dia je. "

Adam mengangkat mukanya. Riak wajahnya kosong, bagai tidak memahami apa-apa. Qhadeeja mengerutkan kening. Dah kenapa si Adam ni?

"Deeja, kenapa awal sangat kita sarapan?" soal Adam, polos.

Qhadeeja tepuk dahi. Aduhai, takkanlah Adam tak ingat? Penat sahaja dia bersyarah pasal Ramadhan depan Adam dengan penuh perasaan semalam kalau suaminya itu lupa. Bazir air liur sungguh!

"Adam, kitakan puasa harini. Awak tak ingat ke?" Qhadeeja menatap wajah Adam.

Terbentuk seribu kerutan di dahinya. Namun tidak lama kemudian, kerutan tersebut hilang diganti dengan senyuman comel Adam di bibir.

"Ahh, saya dah ingat. Jom buka!" dengan loghat cina dia yang masih melekat, dia berkata teruja sambil mencapai garfu.

Qhadeeja tersenyum.

"Sahurlah. Pagi-pagi ni panggil sahur. Nanti bila maghrib, barulah kita panggil buka." tutur Qhadeeja sambil mencedokkan spaghetti ke pinggan Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience