#3 Lelaki pelik

Romance Series 6661

Pada hari perkahwinan Abang Takumi iaitu cinta pertama aku. Aku berasa ada seorang mamat kat sebelah aku tu,menangis entah tak tahu kenapa terlampau overnya dia menangis serupa mati bini. Lalu Hanna bertanyakan kenapa.

"Weyhh!kau ni over betul tau,tolong berhenti menangis. Kau sedar tak semua orang pandang kau? ".

Dengan pandangan tetamu sekeliling lelaki itu tidak perduli apa yang diperkatakan oleh perempuan itu.

"suka hati akulah nak nangis ke apa,bukan hal kau pun.Takkanlah aku nak ketawa pula pada hari perkahwinan perempuan yang aku paling cinta,deritanya aku. Sakit tau tak hati aku ni. "

hanna pun berasa yang mamat sebelah dia ni serupa, senasib, semalangnya dengan dia. Menderita tak terkata dan tak tertanggung kerana cinta yang tak kesampaian. Lalu Hanna menghulurkan sapu tangan kepada lelaki itu dan sama-sama mengenang cinta tak berapa nak menjadi tu.

"Nah! Lap air mata dengan hingus kau tu, dah serupa beruk aku tengok." Lelaki itu menyambut sapu tangan dari Hanna.

"Aku faham perasaan kau sebab ini perkahwinan orang yang aku cinta juga."

"Pedih tau rasanya. "

"Memang tersangatlah pedih."

"Tak ada kesakitan yang lebih sakit dari putus cinta."

" Betul tu."

"Dalam sekelip mata je semuanya berubah."

"Yalah!!"

"Aku benci lelaki tu yang cengeng dan lembik."

"Tepat seka...."

"Dan aku seribu kali ganda lebih hensem,lagipun aku jauh lebih tinggi dari si ketot tu! YANG PALING TAK TAHAN SEKALI, KAKI DIA BUSUK PULA ".

Oleh kerana memasing benci, mereka berdua bertekak sampai salah seorang pun tak nak mengalah.Hanna berasa sakit hati bila abang yang dia dikasihi di kutuk-kutuk mamat tersebut.

"TAK MUNGKIN ADA KAKI BUSUK! Dan dia sejuta kali ganda lebih hensem dari kau!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience