#2 Majlis Perkahwinan

Romance Series 6661

Flashback

     Pada hari perkahwinan abang takumi iaitu cinta pertama dan juga cinta tak menjadi . Aku terpaksa terima kenyataan bahawa abang takumi bukan milik aku . Aku dari dulu lagi dah lama terpikat pada abang takumi yang baik dan tenang tu walaupun dia sebenarnya sedara aku tapi akhirnya dia jadi milik perempuan tak guna ,perampas abang kesayangan aku .

     Ramai yang datang ke majlis perkahwinan takumi ,sahabat handai dan juga keluarga belah pihak perempuan . Ramai yang memuji pengantin baru tu .

KYAAA .. Takumi segaknya awak! Awak macam modal lah bila pakai baju tu Sakura! Cantik betul awak ni! Itulah para tetamu katakan pada pasangan pengantin itu .

      Hanna berasa tidak selesa apabila para tetamu memuji pasangan sejoli itu ,bahkan dia berasa tidak berpuas hati .

"Sesiapa pun akan nampak cantik kalau pakai gaun pengantin! Apa lagi kalau dah pergi rawatan kecantikan berpuluh - puluh kali!" Hanna berkata sendiri walaupun dengan nada tak berapa nak suka tu sambil menjamah kek perkahwinan abang Takumi nya tu .

"Wahh! Bagusnya! Baru tiga bulan kenal, terus nak kahwin! "Kata salah seorang tetamu .

"Apa yang bagus? Aku dah lapan tahun kejar dia ,tau! Sedih ya amat ." Hanna berkata dalam hati .

Sejak pertama kali Hanna bertemu dengan abang sedaranya ,hanna telah terpukau dengan Takumi . Hanna menari dengan penuh kegembiraan bila mendengar berita yang abang sedaranya itu ingin bermalam di rumahnya kerana jarak dari rumah Hanna dengan sekolah abang Takumi lebih dekat .

       Sejak abang Takumi tinggal dirumah keluarga Hanna ,apa yang Takumi buat Hanna akan buat .bahkan dating sekalipun Hanna akan ikut kerana dia ingin menjadi penghalang pada mana - mana perempuan yang menjadi kekasih Takumi . Oleh kerana abang Takumi ialah milik dia seorang . Tapi ...

Selama lapan tahun, Hanna berjaya menghalang mana - mana perempuan yang cuba mendekati abangnya . Dengan mudahnya abang Takumi tersangkut dalam jerat cinta ,dan dirampas oleh sakura iaitu pengantin perempuan a.k.a kakak ipar Hanna .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience