Part 2

Romance Completed 13452

Kriuk! Kriuk!

Terpamer sengihan di mulutnya selepas mendengar perutnya berbunyi. Daripada pagi sampai dah petang ni dia masih belum menjamah sebutir nasi pun. Gara-gara nak siapkan assignment ni. Tulah buat kerja last-last time lagi.

“ Weh! Aku nak pergi dah ni. Kau lambat lagi ke?” Tegur Rini sambil menggalas beg. Dah hampir 2 jam dia berada dalam perpustakaan ni. Temankan Samia menyiapkan tugasan.

“ Kau pergilah dulu. Aku lagi setengah jam.” Balas Samia tanpa memandang ke arah Rini. Matanya tepat tertumpu pada kertas kerja. Sikit je lagi. Sabar okey?

Rini menggeleng melihat sikap Samia. Bukan dia tak tahu Samia sedang menahan lapar. Kalau penyakit gastriknya itu datang serang baru tahu dia. Nak melalak minta tolong. Ish!

“ Kau ni.. lebih baik kau pergi makan dulu. Risau aku tengok kau ni.” Rini tegur lagi.

Samia tersenyum lalu menggeleng perlahan.

“ sikit je lagi. Lepas ni aku pergilah makan. Dua pinggan nasi pun aku tak hairan. Okey?” Samia kembali menyambung tugasannya dengan serius.

“ Ikut kau lah. Aku balik dulu.”

Rini mula melangkah ke luar perpustakaan. Dalam hati merungut akan sikap Samia. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Teruk betul!

“ Rini?” Rini terkejut apabila namanya tiba-tiba di panggil. Dia pantas menoleh ke belakang. Mujur dah keluar perpustakaan.

“ Eh? Farhan…” Tersenyum Rini melihat Farhan dan seorang kawannya itu. Tak tahu siapa pula.

“ Ini Alif. Kawan saya. Awak datang seorang je ke?” Soal Farhan.

“ Tak. Berdua. Tapi kawan saya ada dekat dalam lagi. Masih ada kerja yang belum dia siapkan. Tapi saya risau sebab dari pagi sampai sekarang dia belum makan. Dia tu degil sikit.” Ujar Rini dengan sengihan.

“ Oh… Apa nama kawan awak tu?” Farhan menyoal ingin tahu. Alif di sebelah rasa nak menguap. Tak habis-habis lagi dua pasangan ni. Aku dah mengantuklah.

“ Samia. Awak tak kenal. Tak apalah. Saya pergi dulu.”

Rini pantas meninggalkan mereka berdua dengan senyuman. Tiba-tiba dia rasa seronok kerana dapat jumpa dengan Farhan dan dapat berbual dengannya. Tiada siapa yang tahu yang dia menaruh perasaan dekat Farhan. Dalam diam je.

Farhan pula tersenyum melihat tingkah Rini yang kelam kabut itu. Geli hati pula dia lihat.

“ Amboi! Sudahlah berangan tu. Buah hati kau dah pergi dah.” Suara Alif bosan.

Farhan tersentak.

“ Buah hati? Kau jangan nak mengarut boleh tak. Kawan je lah.” Sangkal Farhan.

Alif buat muka seposen. Kemudian dia meninggalkan Farhan dan melangkah masuk ke dalam perpustakaan.

“ Eh? Tunggulah!” panggil Farhan apabila Alif sudah bergerak meninggalkan dia.

Alif hanya melambaikan tangan. Apabila dia masuk, dia membelok ke kiri. Dan di hujung sudut terdapat meja kosong. Tetapi di hadapan meja kosong itu terdapat seorang perempuan yang tekun membuat kerja.

Alif yang malas nak tunggu Farhan pantas bergerak ke meja kosong itu. Perempuan yang berada di hadapannya itu langsung tidak di tegur.

“ Alif.. Ish kau ni! Cepat betul.” Muncul Farhan lalu ambil tempat di sisi Alif.

Alif hanya mendiamkan diri lalu membuka buku. Manakala Farhan sibuk menyiapkan assignment yang baru diberi.

Lima minit kemudian, mereka berdua terdengar seperti orang mengerang kesakitan. Mereka berdua saling berpandangan dengan tanda tanya.

“ Itu bunyi orang sakit kan?” Soal Farhan perlahan. Alif hanya mengangguk.

“ Sa..sakitnya…”

Mereka berdua pantas menoleh ke hadapan apabila suara itu datang dari arah hadapan mereka. Tekaan mereka benar apabila perempuan yang duduk keseorangan tadi mula menunduk. Mungkin tahan kesakitan.

“ Eh? Kenapa tu? Kau pergilah tengok.” Suruh Alif.

Farhan turut. Dia bangun dan melangkah ke arah perempuan itu.

“ Awak? Awak tak apa-apa?” tegur Farhan dengan risau.

“ Sa..saya okey.” Dia menjawab. Tapi mukanya tidak mendongak melihat Farhan.

“ Awak tak okey ni. Awak siapa? Mari saya bantu awak.” Farhan tawarkan pertolongan. Alif dari tadi asyik mendengar je. Bukannya nak datang tolong.

“ Sa..saya Samia. A..awak tolong telefon kawan saya Rini. Itu te..telefon saya.” Susah payah Samia keluarkan suara untuk bercakap.

Farhan tersentak. Samia? Rini? Kawan Rinilah!

“ Weh! Mari sini tolong. Dia kawan Rini.” Panggil Farhan. Alif dengan malasnya pergi ke arah Farhan.

“ Dia kenapa?” Soal Alif lalu melihat wajah yang berkerut itu.

“ Entah. Kau tengokkan dia kejap. Aku nak telefon Rini jap.”

Farhan melangkah ke luar perpustakaan bagi menelefon Rini.

Alif melihat dengan teliti wajah yang sedang berkerut itu. Sesaat..dua saat dan tiga saat. Dia terkejut.

‘ Ni perempuan yang aku tegur beberapa hari yang dulu. Haiya! Macam mana aku boleh jumpa dia dekat sini pula. Ceh!’

“ Hei awak! Awak tak ingat saya ke?” Soal Alif sedikit kasar. Bukannya nak tolong tenangkan tapi tolong buatkan hati Samia sakit adalah.

Samia gagahkan diri untuk melihat wajah orang yang menegurnya itu. Apabila dia melihat dia kembali tunduk. Tengok muka dia menambahkan sakit perut aku adalah.

“ Hei! Saya cakap dengan awaklah.” Alif menolak bahu Samia kuat.

Samia yang memang tak kuat itu jatuh terduduk lalu tidak sedarkan diri. Alif yang melihat jadi cemas.

‘ Apa yang aku buat ni? Ya Allah.’

“ Weh… awak…” Perlahan Alif menolak tubuh Samia yang terbaring itu. Bibirnya di ketap kuat.

“ Ya Allah Samia!”

Suara cemas itu mengejutkan Alif. Pantas Alif bergerak jauh daripada Samia.

“ Samia. Ya Allah. Aku dah kata suruh makan dulu. Ish!”

Alif mengerling Farhan yang sedang merenungnya tajam itu.

“ What?” Soal Alif buat-buat tak bersalah.

“ Apa yang kau buat sampai Samia tu jatuh terbaring macam tu?” Serius sungguh suara Farhan. Kalau diikutkan antara Alif dan Farhan. Farhan adalah orang yang lebih famous dekat situ berbanding Alif. Tapi Alif pun tak hebat kurangnya hensem.

“ A..aku tak buat apa-apa lah.” Tergagap Alif ingin menerangkan perkara sebenar.

“ farhan. Tolong saya!”

Alif hanya melihat. Tapi dia turut rasa serba salah sebab Samia pengsan. Haish! Yelah! Salah aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience