Part 3

Romance Completed 13452

“ Ehem..ehem..”

Suara batuk itu mengejutkan Samia dan Rini yang sedang berbual. Rini sedang menemani Samia di bilik rawatan. Mujur lah sakit gastrik Samia tak teruk. Kalau tidak kena bawa pergi hospitallah jawabnya.

“ Aku keluar dulu.” Pinta Rini. Sekilas dia tersenyum ke arah Alif. Alif membalas lalu tunduk.

Samia memandang tajam ke arah Alif. Apa yang dia buat dekat sini?

“ Awak buat apa dekat sini? Bukan awak tak suka saya ke sampai awak tolak saya kuat.” Ujar Samia serius.

Alif tersentap. Haiya! Macam mana ni.

“ A…awak tak apa-apa?” Alif tergaru perlahan dahinya. Lain yang aku nak cakap lain pula yang terkeluar. Haish! Nak cakap maaf pun susah. Ini semua Farhanlah punya fasal.

“ Aku nak kau pergi minta maaf dekat dia. Kalau tidak aku tak mengaku kau kawan aku lagi.”

Ha! Tengok! Sampai macam tu sekali Farhan ugut Alif. Kalau tidak Alif taklah datang jumpa Samia ni.

“ Sejak bila awak tiba-tiba ambil peduli ni?” Terpamer senyuman sinis di bibir Samia.

Alif mengetap bibir geram. Ish! Dah cukup baik aku datang tapi dia perli aku pula.

“ Hei! Ingat saya nak datang sangat ke? Saya pun tak ingin lah. Saya datang ni pun sebab sa..”

Alif terhenti untuk terus bercakap. Terfikir pula dia nak minta maaf ke tak.

“ Sebab apa?” Soal Samia dengan kerutan di dahi. Pelik!

“ Sebab sa..saya nak minta maaf. Maaflah sebab buat awak pengsan semalam.”
Alif terus memusingkan badan untuk beredar. Dia datang situ pun terpaksa tebalkan muka. Teruk betul.

Samia tersenyum. Tak sangka lelaki macam dia tahu pula nak minta maaf. Hurmp!

“ Tapi saya tak kata saya suka awak. Saya meluat lagi ada.”

Seusai dia berkata, dia terus beredar. Di luar bilik rawatan, dia menghembus nafas lega. Macam baru lepas jawab exam. Punya susahnya nak cakap maaf. Apada…

Manakala Samia terlopong. Ingatkan dah berubah ternyata? Menjengkelkan sungguh dia ni. Meluat aku huh! Kau tak datang minta maaf pun takpa lah! Ish!
**
“ Amacam?”

Farhan terus menyoal Alif apabila dia sudah balik. Alif lihat muka Farhan tanpa perasaan.

“ Dah..puas?”

Farhan tersengih. Bagus! Kalau tidak payah dengan keras kepala dia tu.

“ Ikhlas ye.. jangan hanya kerana aku suruh.”

Tersentap Alif yang baru saja nak rebahkan diri di katil. Di jeling Farhan sekilas. Mujur Talha belum balik.

“ Aku tahulah!” Terus Alif menyembamkan mukanya ke bantal. Farhan yang lihat tertawa kecil. Teruk betul!

**

Tap! Tap! Tap!

Hujan lebat sudah turun. Samia yang baru balik daripada bilik rawatan terus menuju ke tepi tingkap. Inilah hobinya apabila hujan turun. Dia akan merenung hujan-hujan itu sampai tersenyum. Rini pun tak faham kenapa Samia suka sangat hari hujan.

“ Weh…pergilah rehat. Kau tu belum pulih lagi.” Tegur Rini lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Nak solat dulu baru sambung buat assignment.

Samia langsung tidak menghiraukan kata-kata Rini malah tekun sekali merenung ke luar tingkap. Dia suka hari hujan sebab dulu pernah sekali dia di lamar pada hari hujan. Masa tu dia berumur 14 tahun. Tapi sayang apabila lelaki itu telah berpindah. Sampai sekarang dia tak tahu di mana lelaki tu berada.

Samia yang tekun memandang ke luar tingkap tersentak apabila dia nampak seorang lelaki yang sangat dia kenali. Di tengah-tengah padang besbol pula tu. Tengah-tengah hujan.

‘ Apa yang dia buat dekat situ?’

Tertanya-tanya Samia melihat lelaki itu. Tapi tak pula dia nak turun dan ambil kisah fasal lelaki itu. Sedangkan lelaki itu sendiri yang meluat dekat dia. Jadi buat apa dia terhegeh-hegeh nak ambil tahu soal lelaki itu. Buang masa je!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience